Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Saturday, February 20, 2010

LANDSKAP DI HADAPAN BANGUNAN MPJBT

Jika kita menggunakan Jalan Skudai menghala ke Bandaraya Johor Bahru atau sebaliknya, pastinya kita akan melalui Bangunan MPJBT di Skudai. Bangunan yang tinggi itu dapat dilihat dari jauh semasa kita memandu di lebuhraya di hadapan bangunan tersebut. Saya rasa ramai pemandu kenderaan akan menjeling ke hadapan bangunan tersebut semasa memandu. Sebenarnya di hadapan bangunan tersebut telah wujud sebuah taman atau landskap yang menarik dan berwarna-warni. Walaupun konsep dan rekabentuknya ringkas, kewujudannya menarik perhatian pemandu termasuk saya yang melalui lebuhraya tersebut. Ia dapat mengurangkan ketegangan semasa memandu. Terima kasih MPJBT.






No comments:

Post a Comment