Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik
Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts

Monday, August 3, 2015

PROFESION ARKITEK LANDSKAP


Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profesion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function and Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah. 

Bidang arkitek landskap juga ialah satu bidang yang berkaitan dengan pengajian sains dan seni dan ianya adalah satu profesion yang menekankan pertalian di antara alam binaan dan alam tabie dengan mengambil kira kedua-duanya dalam konteks kehidupan manusia sejagat. Dari segi pentakrifan bidang ikhtisas rekabentuk landskap bolehlah ditakrifkan sebagai seni dan sains mengubahsuai kawasan persekitaran dengan mengatur dan mengambil kira unsur-unsur semulajadi, tumbuhan serta binaan mengikut suatu rancangan estetik dan teknik yang menyeluruh. Peranan arkitek landskap (landscape architect) akan menjadi bertambah penting dengan pemesatan proses urbanisasi dalam tekad kerajaan mencapai matlamat wawasan 2020.

Sebagai bidang kerja yang menggabungkan unsur-unsur 'seni dan sains', arkitek landskap adalah salah satu profesion yang memerlukan kefahaman saintifik dan seni dalam mewujudkan alam bina bagi penghidupan manusia. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1995 (pindaan), telah menekan pentingnya peranan yang akan dimainkan oleh bidang landskap dalam proses pemajuan. Malah Jabatan Landskap Negara baru sahaja ditubuhkan oleh kerajaan atas sebab kesedaran ini. Pihak berkuasa perancang tempatan di Malaysia memandang serius terhadap pentingnya pelan-pelan landskap dikemukakan bagi mana-mana projek yang hendak dimajukan sebelum kebenaran menjalankan kerja-kerja tanah dimulakan.

Namun demikian pelaksanaan peraturan ini tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan kekurangan kakitangan yang terlatih sebagai seorang arkitek landskap yang profesional sama ada di pihak swasta atau kerajaan. Keperluan pakar dalam bidang landskap tidak dapat dinafikan pada masa kini dengan kepesatan pembangunan yang tinggi di pelbagai sektor perumahan, industri, perhutanan, lebuh raya, perlombongan, pelancongan dan taman-taman rekreasi.

Bidang arkitek landskap adalah penting dalam proses pembangunan kawasan-kawasan kediaman, komersial, industri dan rekreasi. Ini jelas terbukti dengan perkembangan kawasan-kawasan pembangunan yang meningkat pada kadar 35 peratus (%) setahun. Jika pembangunan ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang sempurna, ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering dan tidak bermaya.

Justeru itu perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju. Pengajian landskap antara lain merangkumi isu guna tanah dan perancangan alam sekitar, perancangan dan rekabentuk tapak dan permasalahan tanah dan pengurusan landskap. 

PROFESION ARKITEK LANDSKAP 

Keterbatasan pemahaman profesion arkitek landskap pada suatu masa dahulu kini telah mula menampakkan keperluannya pada masa kini. Di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, para arkitek landskap biasanya sejak awal-awal lagi menjadi ahli integral kepada pasukan ikhtisas yang bertanggungjawab merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek pembangunan. Peranan serta sumbangan para arkitek landskap, dalam keseluruhan perancangan dan merekabentuk alam sekitar adalah mustahak. Namun begitu, senario tersebut di Malaysia adalah agak berlainan.

Pada suatu ketika dahulu, peranan para arkitek landskap tidak langsung diambilkira dan diberi tempat dalam keseluruhan merancang, merekabentuk dan melaksanakan projek-projek pembangunan alam sekitar. Industri Binaan dijangka berkembang pada kadar purata 8 peratus setahun sehingga 2020. Jangkaan ini selari dengan hasrat kerajaan supaya Malaysia menjadi negara maju pada tahun tersebut.

Dalam masa lima tahun yang akan datang, industri pembinaan akan berkembang dengan begitu rancak. Dalam Rancangan Malaysia Ketujuh, telah dijangkakan bahawa 16,100 km jalan akan dibina; 800,000 rumah akan didirikan; pelaburan di dalam industri pembuatan dijangka mencecah RM110 billion; pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia diramalkan meningkat sebanyak 9.6 peratus setiap tahun sehingga mencapai 12.5 juta orang pada tahun 2000 dan sejumlah RM2.6 billion akan dibelanjakan untuk meningkat perkhidmatan kesihatan negara.

Projek-projek besar seperti Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang memberi penekanan yang amat tinggi kepada persekitaran. Justeru itu, permintaan untuk kepakaran bidang landskap akan meningkat bagi tahun-tahun yang akan datang.Pembangunan landskap di Malaysia berkembang dengan kadar yang begitu cepat sekali. Pembangunan industri binaan yang juga berkembang dengan begitu pesat telah juga memungkinkan profesion ini mendapat kesan limpahan walaupun terpaksa menghadapi keterbatasan yang tertentu. 

TUGAS SEBAGAI ARKITEK LANDSKAP 

Bidang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar (EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik. 

1. Perancangan Pelan Induk

Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan. 

2. Kajian Pelan Tempatan dan Struktur

Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan. 

3.  Kajian Keberkesanan Alam Sekitar (EIA) 

Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek.

4.  Projek-Projek Landskap Spesifik 

Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti berikut:
  • Perumahan / Kondominium
  • Pejabat / Perindustrian / Kompleks
  • Perdagangan
  • Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan
  • Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan
  • Kawasan tinggalan sejarah
  • Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong
  • Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang
  • Kawasan peranginan / pelancongan
  • Padang Golf / Kelab Golf

Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap lembut dan kejur. Diantaranaya seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan, badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti bangku, tong sampah, alat-alat permainan, papan tanda / petunjuk arah; air terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya.

5.  Tugas-tugas umum arkitek landskap 
  • Mengenalpasti keperluan-keperluan pelanggan seperti peruntukan projek, kegunaan bangunan dan bila bangunan hendak digunakan. 
  •  Menyedia pelan atur dan menentukan cirri-ciri senibina luar, memilih bahan-bahan dan menyediakan pelan hiasan. 
  • Menyelaras rekabentuk struktur, mekanik dan elektrik.  Menyedia pelan-pelan dan spesifikasi untuk kontraktor dan memastikan bahawa rekabentuk mematuhi undang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pembinaan dari PBT. 
  • Memastikan bangunan yang dibina mengikut spesifikasi, kemajuan kerja mengikut jadual dan perbelanjaan projek tidak melebihi peruntukan. 
  • Memastikan bangunan yang dibina mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sebagainya.

CIRI-CIRI SEORANG ARKITEK LANDSKAP 
  •  Kefahaman dalam matematik, sains, fizik, sejarah dan kesenian.
  • Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengaturan.
  • Kebolehan menyelesaikan masalah.
  • Kreatif dan imaginative.
  • Boleh menganalisa secara logic.
  • Mempunyai daya pemerhatian yang tajam.
  • Kemampuan dalam analisa logik pengurusan dan pengakuan 

LATIHAN ASAS ARKITEK LANDSKAP 

Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) termasuklah:
  • Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)
  • Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)
  • Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)
  • Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)
  • Prinsip prinsip ukur tanah
  • Geologi dan Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Ekologi
  • Biologi
  • Botani
  • Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)
  • Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral Science + Psycology)
  • Lukisan Teknikal
  • Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)
  • Amalan Iktisas
  • Latihan Praktikal

PELUANG KERJAYA BAGI ARKITEK LANDSKAP 

Peranan dan reputasi arkitek landskap menjadi semakin penting dan mencabar selari dengan kepesatan pembangunan negara. Di antara organisasi-organisasi di Malaysia yang memerlukan perkhidmatan arkitek landskap adalah seperti:

Sektor Awam Dan Berkanun
  • Jabatan Landskap Negara
  • Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Pertanian
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Jabatan Perhutanan
  • Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Kerajaan Tempatan
  • Lembaga Pembangunan Bandar
  • Perbadanan Kemajuan Negeri
  • Institusi Pengajian Tinggi
  • Institusi Penyelidikan
  • Agensi-agensi berkaitan

Sektor Swasta
  • Firma Perunding Senibina Landskap
  • Kontraktor Landskap dan Senitaman
  • Firma Arkitek dan Perancangan Bandar

PELUANG KERJAYA DAN PROSPEK 

Semua arkitek yang sedang berkhidmat masih berdaftar dengan Persatuan Arkitek Malaysia (PAM). Peluang pekerjaan terdapat di sektor awam dan swasta. Peluang di sektor awam seperti di Jabatan Kerja Raya, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Bandaraya, Perbadanan Kemajuan Negeri dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi. Di sektor swasta kebanyakan peluang pekerjaan terdapat di firma-firma arkitek.

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
  • Universiti Malaya 
  • Universiti Teknologi Malaysia 
  • Universiti Teknologi Mara 
  • Universiti Putra Malaysia 
  • Politeknik Ungku Omar 
  • Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah Kuantan 
  • Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah Jitra 
  • Politeknik Port Dickson 
  • Kolej Tunku Abdul Rahman
 
Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut:
  • Twintech Institute Of Technology 
  • Lim Kok Wing Institute Of Creative Technology 
  • Taylors College
  •  Alif Creative Academy

Sunday, August 2, 2015

KERJAYA SEBAGAI ARKITEK LANDSKAP

Pengenalan

Senibina Landskap (Landscape Architecture) adalah satu profeasion yang diiktirafkan sebagai satu bidang kerja yang tertumpu kepada rekabentuk persekitaran luaran (External Spaces), pembinaannya, serta kerja-kerja berkaitan untuk memastikan kerja-kerja tersebut adalah bersesuaian dengan fungsi dan kegunaan (Function & Use) sesuatu kawasan. Ianya menitik beratkan rekabentuk persekitran alam yang melibatkan kerja-kerja seperti analisis setempat, perancangan dan pemilihan tapak untuk pembangunan, rekabentuk, susun atur tapak serta pengawasan terhadap pembangunan sesuatu projek. Sejak kebelakangan ini skop profesion ini juga meliputi bidang rekabentuk bantuan komputer (CAD), perancangan ekologi, kajian mengenai persekitaran alam dan tempat-tempat yang mempunyai nilai sejarah. 

Tugas sebagai Arkitek Lanskap 

Badang tugas seorang Arkitek Landskap terbahagi kepada empat skop utama, iaitu Kajian Perancangan Pelan Induk, Kajian Pelan-Pelan Tempatan dan Struktur, Kajian Kebekesanan Alam Sekitar(EIA) dan Projek-Projek Landskap spesifik. 

Perancangan Pelan Induk 

Didalam skop kerja ini, Arkitek Landskap bersam-sama dengan ahli-ahli iktisas yang lain bekerjasama dalam mewujudkan konsep pembangunan dan perancangan pelan induk berdasarkan kepada faktor-faktor alam sekitar serta sumber-sumber landskap sedia ada serta menyediakan cadangan awal pembangunan termasuklah penyediaan pelan induk landskap, kos pembangunan dan strategi-strategi pembangunan landskap yang mengambilkira perancangan keseluruhan pembangunan. 

Kajian Pelan Tempatan dan Struktur 

Berdasarkan kepada Akta Perancangan Bandar, salah satu aspek kajian ialah landskap dan kawasan persekitarannya, sumber-sumber landskap sedia ada, serta mengariskan panduan pembangunan landskap untuk digunapakai oleh Kerajaan Tempatan, Projek-Projek serta kos pembangunan landskap yang dikenal pasti untuk dimajukan dibawah Kerajaan Tempatan. 

Kajian keberkesanan Alam Sekitar 

Aspek landskap meliputi kajian nilai landskap dan kawasan persekitarannya semasa sama ada ianya dipelihara ataupun perlu digantikan landskap yang baru berdasarkan kepada keperluan pembangunan tersebut. Nilai-nilai positif dan negatif akan dikaji dan juga perlu atau satu pelan pembangunan landskap yang menyeluruh perlu sidediakan bagi mengurangkan kesan-kesan negatif alam sekitar yang wujud akibat daripada pembangunan satu-satu projek. 

Projek-projek Lanskap Spesifik 

Skop kerja ini merupakan tugas typikal dan tugas utama ialah merancang dan merekabentuk landskap kawasan-kawasan seperti berikut:
  • Perumahan / Kondominium
  • Pejabat / Perindustrian / Kompleks
  • Perdagangan
  • Pinggir Sungai, tasik, laut / empangan
  • Sistem laluan pejalan kaki, basikal / kenderaan
  • Kawasan tinggalan sejarah
  • Tebus guna tanah / tanah terbiar/ bekas lombong
  • Taman Bandar / Zoo / Pertanian / Kejiranan / Lapang
  • Kawasan peranginan / pelancongan
  • Padang Golf / Kelab Golf

Elemen-elemen landskap yang dicadangkan biasanya merangkumi landskap lembut dan kejur. Diantaranaya seperti penggunaan tumbuh-tunbuhan, badan-badan air, lampu-lampu landskap, binaan batu tiruan, sistem pengairan,laluan pejalan kaki, mall, perabut landskap/ jalan/taman seperti bangku, tong sampah, alat-alat permainan, papan tanda / petunjuk arah; air terjun. Air pancut, wakaf, jambatan pejalan kaki dan sebagainya. 

Proses merekabentuk dan menjayakan sesuatu Planskapan meliputi;
  • Analisis keperluan pelanggan
  • Analisis kebaikan dan kelemahan tapak projek
  • Membentuk pelan awal yang menepati keperluan pelanggan dan bersesuaian dengan tapak projek serta syarat-syarat yang ada
  • Perbincangan pelan awal dengan pelanggan
  • Membentuk pelan akhir dan lukisan kerja
  • Membuat permohonan untuk kelulusan pelan landskap dan lain-lain berkaitan kepada Pihak Berkuasa Tempatan
  • Membantu dalam penyediaan kontrak kerja
  • Menyediakan spesifikasi kerja-kerja landskap serta Bil of Quantity
  • Membantu pelanggan memilih kontraktor
  • Pengawasan kerja-kerja pembinaan
  • Membuat syor bagi pembayaran kepada kontraktor
  • Sijil Siap Kerja bagi pembinaan landskap. 

Latihan Ikhtisas 

Latihan Iktisas mandatori bagi seorang Arkitek Landskap (perlulah dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf) termasuklah:
  • Prinsip-prinsip perancangan (Physical Planning)
  • Prinsip-prinsip Senibina (Architecture)
  • Prinsip-prinsip Senibina Landskap (Landscape Architecture)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk (Physical Design)
  • Prinsip-prinsip Rekabentuk Tanaman (Planting Design)
  • Prinsip-prinsip kejuruteraan (Basic Engineering)
  • Prinsip prinsip ukur tanah
  • Geologi dan Sains Tanah
  • Sains Tumbuhan
  • Ekologi
  • Biologi
  • Botani
  • Saliran dan Pengairan (Drainage dan Irrigation)
  • Sains Kemasyaratan (Social Science + Human/Animal Behavioral Science + Psycology)
  • Lukisan Teknikal
  • Dokumen Kontrak (Contract Documentation and Specification)
  • Amalan Iktisas
  • Latihan Praktikal

Untuk keterangan lanjut berkenaan Profeseion Arkitek Landskap, sila hubungi:

INSTITUT ARKITEK LANDSKAP MALAYSIA (ILAM)
Jabatan Landskap Negara
Tingkat 7, Plaza IGB
Jalan Kampar, Off Jalan Tun Razak
50786 Kuala Lumpur
atau 

BACELOR PENGURUSAN LANDSKAP UCAM (KOLEJ UNIVERSITI AGROSAINS MALAYSIA)


KPT CODE:  
JPT/BPP(N/581/6/0064)03/20  

MQA CODE:
MQA/PA5032 

TEMPOH :
4 Tahun (8 Semester) 

SINOPSIS PROGRAM 

Program 4 tahun ini direkabentuk bagi melahirkan graduan profesional dalam bidang hortikultur dan landskap. 

Kurikulum program ini memberi penekanan kepada kefahaman asas saintifik, teknikal dan pengurusan dalam bidang hortikultur. Ini akan membolehkan mereka untuk menterjemah ilmu yang dipelajari kepada penggunaan teknologi hortikultur dan landskap untuk faedah manusia sejagat. Kursus-kursus dalam program ini merangkumi sains tanah, sains asas, tanaman hiasan, pembiakbakaan tanaman, rekabentuk tanaman, kerja pembinaan landskap, ekonomi dan pengurusan serta komunikasi. Aspek pengurusan sumber, perancangan dan penilaian perniagaan hortikultur dan landskap merupakan komponen integral dalam program ini. Selain daripada latihan dalam kampus pelajar akan didedahkan dengan situasi sebenar dengan menjalani latihan praktik di industri berkenaan. 

KELAYAKAN MASUK
  1. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau mana-mana yang berkaitan, dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) subjek; ATAU
  2. Sekurang-kurangnya Gred C dalam dua (2) subjek dan Gred D dalam dua (2) subjek lain, dengan sekurang-kurangnya satu kredit dalam Matematik untuk SPM bagi program tertentu ; ATAU
  3. Lulus Diploma dengan CGPA minimum 2.5 dalam bidang berkaitan dari mana-mana Institusi pengajian tinggi yang diiktiraf; ATAU
  4. Lulus program UniKL Foundation dalam Sains dan Teknologi dengan minimum CGPA 2.0 atau lulus Matrikulasi dengan minimum CGPA 2.0

ROSPEK KERJAYA
  • Pegawai landskap
  • Kontraktor landskap
  • Pengurus nurseri
  • Pegawai hortikultur
  • Pegawai pertanian
  • Pegawai penyelidik
  • Arkitek landskap
  • Perunding
  • Usahawan
  • Pensyarah
  • Eksekutif syarikat swasta

Lokasi UCAM

Kolej Universiti Agrosains Malaysia
Lot 2020, Ayer Pa'abas,
Alor Gajah 78000
Melaka Malaysia

Hubungi UCAM

E-mail: admin@ucam.edu.my
Phone: 06-5529227/06-5529642
Fax: 06-5529963