Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Thursday, March 21, 2013

MENYENGGARA BANGKU BATU SIMEN FERRO

Hari ini kami pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap dengan gembira dan saling bekerjasama memberi sumbangan tenaga untuk menyenggara dan membaik-pulih bangku simen ferro di susur gajah menuju kantin sekolah. Inilah sumbangan kami dalam kerja khidmat masyarakat untuk warga sekolah kami. Kata Cikgu Hasan Kasmuri yang menyelia kerja-kerja kami, inilah salah satu proses pembelajaran tak secara langsung pendidikan ke arah sahsiah terpuji. Bangku yang dah lusuh itu dikemas dan dicat kilat semula agar nampak bersinar dan berseri. Kami bertambah gembira apabila Tuan Pengetua belanja kami makan nasi goreng dan air kotak. Kerja-kerja menyenggara itu siap pada pukul 11.30 pagi. 











Monday, March 18, 2013

SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2012

Untuk mengetahui keputusan peperiksaan SPM lebih cepat, boleh disemak melalui mySMS 15888. Semoga anda berjaya.



Wednesday, March 13, 2013

BUAT MEJA TAMAN

Sebagai pengayaan kemahiran dalam pembelajaran kami, tugasan diberi kepada kami untuk membina meja taman yang dibuat daripada batu (asas simen ferro). Dengan berkongsi tenaga, dapatlah kami menyiapkan beberapa unit meja. Pada peringkat awal pembinaan, taklah rasa seronok. Namun apabila projek dah mula menampakkan bentuknya barulah rasa seronok, dan tak sabar nak menyiapkannya. Hati bertambah gembira apabila projek dah dicat. Woww... cantik. Dah boleh letak di taman... 
 
 










Saturday, March 2, 2013

PROJEK KITORANG YANG BELAJAR LANDSKAP DAN NURSERI...

Inilah di antara beberapa projek yang kami kena siapkan di sepanjang pembelajaran kami dalam subjek Landskap dan Nurseri. Macam rasa bangga pulak apabila kami dapat membinanya. Daripada kami tak tahu, kini kami dah tahu dan dah berjaya membinanya. Boleh jual pulak tu... Penghargaan dah tentu kami berikan kepada pembimbing kami iaitu Cikgu Hasan Kasmuri.

Inilah sebahagian daripada kami...