Keindahan sebuah taman atau landskap yang tidak hanya bergantung 
kepada elemen pokok dan tanaman hijau sahaja. Malah banyak faktor lain 
yang turut menyumbang kepada pelengkap seni hiasan di taman dan 
landskap. Batu dan kayu, misalnya merupakan elemen semulajadi yang wujud 
sejak dahulu dan tidak dinafikan ia berperanan besar dalam kehidupan. 
Kini penggunaan elemen batu dan kayu semakin meluas dan menjadi elemen 
hiasan penyeri taman serta landskap.
TUMBUHAN
TUMBUHAN
Pokok hiasan yang kita tanam berupaya
 untuk menyerikan sesuatu kediaman atau sesebuah bangunan itu. Di negara
 kita contohnya, kita boleh dapati setiap rumah mempunyai pokok hiasan 
walaupun hanya terdiri dari sejenis tumbuhan sahaja.
Kepentingan dan keperluan kepada 
tanaman hiasan dewasa ini telah menyebabkan ramai pengusaha telah 
mencuba untuk mengkormesialkan tumbuhan hiasan ini.  Untuk terus 
menikmati dan menghargai kehidupan, manusia memerlukan santapan rohani 
contohnya kehijauan, ketenangan dan kedamaian untuk mendorong manusia 
terus produktif dan ceria.
Itulah jawapan mengapa pokok-pokok 
diperlukan untuk menghiasi halaman rumah, pinggir jalan, kawasan awam, 
kompleks membeli belah, ruang legar hotel dan pejabat, taman rekreasi 
serta perkarangan bangunan.  Warna hijau pokok-pokok yang ditanam untuk 
menghiasi laman dan dalaman rumah, bangunan komersial dan kawasan awam 
dapat melahirkan suasana tenang dan damai.  Pokok hiasan juga memainkan peranan 
penting sebagai penyaman udara di kawasan terbuka kerana pokok-pokok 
berfungsi sebagai penyerap debu atau jerebu dan menukar udara yang 
mengandungi karbon dioksida kepada oksigen.  Kita sebagai individu atau 
masyarakat mampu melakukan sesuatu demi menjaga kawasan persekitaran 
yang lebih hijau bersih dan selesa demi masa depan yang lebih mencabar.
BATU
Penggunaan elemen 
batu misalnya, menjadi pelengkap kepada pelbagai konsep taman Samaada 
berkonsep Jepun atau Zen, Bali, tropika moden dan juga kontemporari. 
Batu memainkan peranan penting dalam menyerikan sesebuah taman disamping
 membuatkan konsep sesebuah taman tampak lebih semulajadi. Selain 
berupaya menjadikan taman kelihatan cantik,batu juga adalah bahan 
semulajadi yang tahan lama, kuat serta senang diselenggarakan.
Elemen
 ini amat memberikan efek yang menarik dalam pelbagai fungsi taman atau 
landskap bagi menjadikan hiasan itu nampak bersahaja dan ia juga susunan
 bagi membina kolam atau air terjun. 
Oleh itu penggunaan batu amat 
relevan jika disatukan bersama desiran air yang mengalir lembut dalam 
suasana tumbuhan yang menghijau dan berwarna–warni. Ini menjadikan 
suasana taman atau landskap menjadi amat tenang dan damai serta 
menyegarkan sesiapa sahaja yang mendekati.Malah elemen air ini dapat 
menyederhanakan suhu sekitar. Mengikut sumber, bunyi desiran air dapat 
menenangkan minda bagi sesiapa yang mendengar dan udara yang dihirup 
mempunyai banyak kandungan air yang mengandungi nutrient dari batuan dan
 amat baik untuk penggunaan otak manusia.
Elemen batu bukan 
sahaja didapati dalam bentuk semulajadi, tetapi ianya boleh ditempah 
mengikut kesukaan pengguna atau yang sudah tersiap sedia. Sebagai contoh 
tanamera, wall cladding stone yang menghiasi dinding luaran bangunan. 
Antara kegemaran penghias landskap taman adalah water feature pond yang 
didatangi dalam satu set dan berfungsi sebagai kolam air pancut. Ianya 
mempunyai dekorasi ukiran bunga pada batuan yang mengalirkan air pancut 
bagi menambah seri kolam tersebut.Penghias taman juga boleh menanam 
pokok-pokok hijau bagi mengindahkan water feature pond tersebut.
Bagi 
negara Malaysia yang beriklim khatulistiwa, amat sesuai jika landskap 
dihiasi dengan water feature pond ini kerana landskap ini dapat 
menjadikan suhu sederhana ditambah pula dengan pokok–pokok yang segar 
menghijau menjadikan penghias taman mempunyai ruang yang selesa untuk 
berteduh.
Bak kata pepatah kerana nila setitik, rosak susu 
sebelanga. Oleh itu susunatur batuan juga amat dititikberatkan. Jika 
tidak disusun secara teratur, taman akan kelihatan seakan tidak 
realistik dan membuatkan suasana menjadi tidak menarik. Langkah yang 
dapat diambil untuk mengatasi masalah itu ialah dengan membina sebuah 
rekabentuk dinding hiasan taman atau garden feature wall. Ia didatangi 
dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kebiasaannya garden feature wall ini 
ditempatkan di sudut–sudut taman yang strategik agar ia menjadi titik 
tumpu(focal point) sekaligus dapat menutup kecacatan terhadap taman 
tersebut. Kebanyakan penghias tanam membina feature wall dalam rekabentuk
 kontemporari dimana idea ini amat mudah dibentuk dan amat praktikal 
bagi suasana tropika.
Kombinasi taman dihiasi rumput dengan deretan batu hiasan menarik 
membuatkan taman tampak hebat.  Malah, penggunaan batu hiasan 
mengurangkan keadaan tidak selesa ketika hujan lebat.  Masyarakat di 
bandar semakin gemar menggunakan batu sebagai hiasan kerana ia mudah 
diselenggara.
Kehadiran batu hiasan menguji daya kreativiti anda mencorak konsep 
taman.  Terdapat pelbagai jenis batu hiasan sesuai dijadikan pilihan 
menutup kelemahan tanah bergantung kepada elemen tertentu termasuk saiz,
 permukaan dan warna.  Ia termasuk jenis batu sungai semula jadi, buatan
 simenferro atau batu yang berasal dari gunung berapi yang boleh 
digunakan untuk taman.
PASU
Indah nama kerana 
tuannya, indah pokok kerana pasunya. Tidak lengkap jika hanya menanam 
pokok didalam pasu yang biasa dan tidak bermotif. Tidak salah sekiranya 
penghias taman mengorak langkah kepada taman yang lebih bergaya menerusi
 pemilihan pasu yang beraneka bentuk. Antara pasu yang digemari penghias
 taman adalah dari jenis Square Pot, Round Pot dan Pasu Air. 
Square 
pot 
adalah pasu yang mempunyai bukaan mulut berbentuk segi empat, segi empat
 sama atau segi empat tepat. Ia di datangi dalam pelbagai warna dan 
saiz. Pemilihan warna yang tepat akan membuatkan taman kelihatan cantik 
dan menarik. Oleh itu jika pemilihan pasu yang tidak berwarna, 
gunakanlah
 pokok berbunga bagi menambah seri dan kontra terhadap pasu tersebut. 
Rekaannya adalah menepati citarasa moden kontemporari dan clean cut. 
Kemasannya boleh didatangi dalam sentuhan rustic, berkilat dan bercat 
manakala materialnya adalah dari campuran tanah liat dan terracotta. Tip
 penjagaan bagi penggemar Square Pot ini ialah ia amat berguna bagi 
tanaman yang mempunyai akar berserabut kerana ia mampu menampung 
kandungan tanah yang lebih.Ia juga memberi ruang untuk pertumbuhan 
tanaman yang sukar dikawal.
Amat bersesuaian jika digabungkan 
pasu yang berbentuk bulat atau round pot pada taman anda kerana ia akan 
menampakan suatu dekorasi yang berkonsepkan organik. Ia adalah satu 
langkah penyelesaian yang mudah bagi penghias taman yang buntu apabila 
membuat pilihan. Round pot mempunyai bukaan mulut yang bulat dan mudah 
untuk diselenggara. Perkembangan akar juga dapat dibentuk dengan baik dan
 pengaliran air dalam tanah akan lancar. Di datangi dalam pelbagai saiz 
dan warna. Jika inginkan keceriaan pada taman, pilihlah pasu yang 
berwarna terang dan digabungi dengan gubahan bunga segar dalam keadaan 
merimbun. Pasti memukau sesiapa yang melihat. 
Antara tip-tip bagi 
penjagaan bunga untuk pasu bulat ini ialah lakukan penyiraman dengan 
lebih kerap kerana pasu ini mempunyai material polos yang cepat meresap 
air terutamanya pada waktu panas. Semakin Besar pasu semakin besar saiz 
tanaman. Oleh itu gunakanlah pasu yang kecil jika ingin mengawal 
pertumbuhannya.
KAYU
Jika
 dibandingkan dengan elemen batuan, elemen kayu amat sinonim dengan 
tumbuhan landskap kerana kayu juga adalah sebahagian daripada tumbuhan. 
Oleh itu tidak hidup suatu tanam tanpa kehadiran elemen kayu. Bagi 
penggemar seni pula, kayu mempunyai aspek kesenian yang amat tinggi 
samaada dari rupa bentuknya atau urat-urat pada bahagian 
permukaannya. Semakin usang kayu tersebut, semakin unik hiasan 
tersebut.
Ada sesetengah peminat sanggup membeli kayu usang yang telah 
diawet dengan harga ribuan ringgit hanya untuk kepuasan mata memandang 
dan jika disatukan dengan hiasan tanam, ia akan memberikan suatu suasana
 yang memukau mata si pemandang dan akan menjadi buah bicara.
Pada
 masa kini, penggunaan elemen kayu amat popular dikalangan pencinta taman
 kerana ia amat mudah dipasang dan mempunyai kualiti yang tahan 
lama. Sebagai contoh penggunaan kayu cengal yang semakin digilai penghias
 taman. Antara produk kayu cengal yang semakin popular ialah meja taman, 
lampu taman, lampu siling, bidai, pergola dan lain-lain lagi. 
Bagi 
penghias taman yang mempunyai kolam, penggunaan pelantar konkrit boleh 
ditukarkan kepada pelantar kayu. Ia lebih fleksibel dan unik serta 
memberikan kelainan pada kolam anda. Pemilihan jenis-jenis kayu mestilah 
menepati supaya masalah pelantar kayu yang kurang menarik dapat 
dielakkan. Aplikasi pelantar kayu atau dek bukanlah suatu elemen baru 
bagi menghias kolam malah material dan dominasi struktur dek dapat 
memberi mood natural dan semulajadi kepada pengguna serta kekuatan dek 
itu sendiri yang tahan lama. Fungsi pelantar kayu atau dek ini adalah 
bertujuan untuk menutup ruang yang kurang menarik atau longkang yang 
boleh mencacatkan pemandangan pada kolam atau taman.
Tentu ada 
dikalangan penghias taman kurang percaya tentang pembinaan dek 
ini, tetapi di sini terdapat beberapa aspek pemilihan yang dapat dikongsi 
supaya penghias taman dapat membuat pilihan serta mempunyai sebuah dek 
yang diidam-idamkan. Pembinaan dek yang baik dapat bertahan selama 20 
tahun, oleh itu terdapat tiga kriteria utama yang menentukan kualiti dan
 kesempurnaan sesebuah dek.
Antara kriteria tersebut adalah memilih gred 
atau kualiti kayu yang terbaik, mengenal pasti sistem pemasangan yang 
betul serta memilih spesis kayu yang betul untuk digunakan. Dalam 
pembinaan pelantar kayu, penggunaan kayu lembut memonopoli penggunaan 
kayu keras kerana harganya lebih murah dan mudah diselenggara. Namun 
begitu penggunaan kayu keras masih menjadi pilihan kerana faktor warna 
yang begitu menarik serta tahan lama. Kayu keras juga mempunyai 
ketumpatan yang tinggi dan tahan lasak berbanding kayu lembut.
Apa
 yang dapat disimpulkan disini ialah, penggunaan elemen semulajadi 
seperti batu dan kayu bukanlah suatu perkara baru dalam dunia 
landskap. Penggunaan elemen ini telah berevolusi dari semasa ke semasa 
supaya penghias taman mendapat kepuasan yang maksima apabila menghias 
taman mereka. Elemen ini juga mudah didapati dan mempunyai pelbagai saiz,
 corak dan warna yang menarik. 
AIR
Kehadiran kolam atau 
pancuran ini sebenarnya menghidupkan lagi penyerlahan taman yang dibina.
 Deruan atau percikan aliran air yang berterusan bagaikan muzik latar 
yang membantu memberikan ketenangan minda. Minda yang tenang pastinya 
akan dapat membantu melorongkan individu tersebut untuk membuat 
keputusan yang lebih tepat, adil dan bermakna.
Begitulah
 peri pentingnya elemen air di dalam aktiviti landskap atau senihias 
taman. Memilikinya bukan sekadar untuk memberikan nilai estatik tetapi 
menyumbang secara sampingan di dalam mengimbangi mood dan pemikiran 
mereka yang menghayatinya. Taman Air boleh terdiri daripada pelbagai 
bentuk dan rekaan. Bergantung kepada keperluan dan fungsinya, 
taman-taman air selalunya mengundang minat penguna taman untuk 
menghampirinya terutama dari kalangan kanak-kanak.
Air yang
 mengalir adalah ciri utama yang menjadi tarikan dalam gambaran 
syurga di dalam al-Quran. Ia memberi gambaran keindahan dan kedamaian. 
Air adalah salah satu sumber alam semulajadi yang penting dalam 
kehidupan manusia. Air juga sering dikaitkan dengan sifat yang nyaman 
dan menyejukkan.
Oleh itu, elemen air yang ada di dalam taman mempunyai dua fungsi 
iaitu sebagai hiasan dan sumber air bagi tanaman di dalam taman.
Pancuran air dalam taman Islam selalunya berpunca daripada sumber air
 semula jadi seperti sungai atau mata air. Ini boleh dilihat dengan 
jelas dalam rekaan taman di bawah pemerintahan empayar Mughal di India, 
Safavid di Iran, Mamluk di Syria dan Umaiyah di Sepanyol.
Sumber semulajadi seperti mata air penting kerana ia lebih efektif 
dalam bekalan air berbanding kolam buatan terutamanya sewaktu musim 
kemarau. Bekalan air daripada sumber semulajadi ini kemudiannya disalurkan di 
seluruh taman dengan rekaan kolam air yang dilengkapi pancuran air.
Kolam 
pancuran sering menjadi titik fokus dalam rekaan taman Islam. 
Ia diletakkan di bahagian tengah taman yang dilihat sebagai pembahagi 
keseluruhan susun atur taman. Terdapat beberapa rekaan asas pancuran air
 yang sering digunakan 
iaitu rekaan kolam air yang besar bagi taman diraja yang luas dan kolam 
pancuran yang kecil bagi taman di dalam kediaman dan istana. Bagi kolam 
dan pancuran air di dalam tempat kediaman seperti di istana ia dapat 
menyejukkan suasana di dalam kediaman tersebut. Sewaktu zaman 
pemerintahan Kerajaan Mughal di India, salah seorang 
maharajanya iaitu Jahangir telah membina beberapa taman diraja di dalam 
empayarnya. 






No comments:
Post a Comment