Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Tuesday, January 21, 2014

USAHA BERTERUSAN MENGHIJAUKAN KAWASAN SMK TELOK KERANG

Usaha-usaha untuk menghijaukan kawasan SMK Telok Kerang iaitu sekolah kitorang ke arah sekolah yang yang lebih mesra dengan alam sekitar telah lama dilakukan dan masih diteruskan sehingga kini. Peringkat demi peringkat kerja-kerja pembinaan taman dan penanaman pokok-pokok hiasan dilakukan oleh guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Pelakon utamanya tentulah murid-murid dan guru-guru mata pelajaran MPV Landskap dan Nurseri. Mereka sama-sama  merancang, merekabentuk, membina taman serta menanam pokok-pokok hiasan yang sesuai dengan persekitaran sekolah. Dengan bantuan pekerja-pekerja swasta, kebersihan kawasan taman sentiasa dijaga. Pekerja-pekerja ini akan memangkas, membersihkan daun-daun yang gugur, menyiram dan membaja pokok-pokok tersebut.














Sunday, January 19, 2014

TAMAN BESTARI SMK TELOK KERANG

Taman ini dinamakan Taman Bestari. Letaknya taman ini ialah di antara Blok D dan Blok E sekolah kitorang SMK Telok Kerang. Ia dibina oleh murid-murid MPV Landskap di bawah bimbingan dan tunjuk ajar guru mata pelajaran Landskap dan Nurseri, Cikgu Hasan Kasmuri. Taman yang berkonsepkan 'sekolah lestariku' dibina ala-ala resort. Taman ini mempunyai sebuah pondok, sebuah kolam, pergola dan pelbagai tumbuhan hiasan yang hijau seperti buluh kuning berdaun hijau, bakung, phoenix dan pokok pinang. Ia dibina pada tahun 2003 dan mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan. Kewujudannya diruang antara bangunan ini memberi satu suasana yang nyaman dan menyegarkan.













Saturday, January 18, 2014

MENEBANG DAN MEMANGKAS POKOK HIASAN

Mereka belajar secara teori dan praktikal. Itulah cara pembelajaran MPV Landskap dan Nurseri. Mereka mempraktikkan apa yang mereka pelajari dari buku. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap belajar menebang dan memangkas pokok hiasan. Bukan mereka tak sayang pada pokok-pokok hiasan itu. Bahkan abang-abang mereka yang terdahulu yang menanam pokok-pokok itu. Tetapi memandangkan pertumbuhan pokok tersebut yang meninggi dan mengganggu keselesaan pengguna, memang sepatutnya pokok-pokok itu ditebang atau dipangkas.







Tuesday, January 14, 2014

MENERUSKAN PROJEK PENGINDAHAN KAWASAN SEKOLAH

Kerja-kerja pengindahan kawasan sekolah diteruskan. Kali ini pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap tahun 2014 mengambil alih untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Tumpuan diberikan di kawasan hadapan kelas Pendidikan Khas. Di situ akan dibina satu taman yang baru. Design taman telah siap. Kerj-kerja penyediaan aksesori taman sedang giat dijalankan oleh pelajar-pelajar.










Sunday, January 12, 2014

PROJEK TANAM PISANG TANDUK

Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap buat projek tanam pisang tanduk. Mereka menanam sebanyak 150 anak pisang tanduk di kawasan lapang di belakang Bengkel Kemahiran Hidup. Teori kaedah penanaman dipraktikkan sepenuhnya. Berkat kerjasama mereka, kerja-kerja penanaman siap dalam tempoh satu jam.