Taman 
ini dinamakan Taman Bestari. Letaknya taman ini ialah di antara Blok D 
dan Blok E sekolah kitorang SMK Telok Kerang. Ia dibina oleh murid-murid MPV Landskap di bawah bimbingan dan tunjuk ajar guru mata pelajaran Landskap dan Nurseri, Cikgu Hasan Kasmuri. Taman yang berkonsepkan 
'sekolah lestariku' dibina ala-ala resort. Taman ini mempunyai sebuah pondok, sebuah kolam, pergola 
dan pelbagai tumbuhan hiasan yang hijau seperti buluh
 kuning berdaun hijau, bakung, phoenix dan pokok pinang. Ia dibina pada tahun 2003 dan 
mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan. Kewujudannya diruang antara 
bangunan ini memberi satu suasana yang nyaman dan menyegarkan.
 













 
 
No comments:
Post a Comment