Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik
Showing posts with label Aktiviti Pelajar-pelajar LN. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Pelajar-pelajar LN. Show all posts

Wednesday, September 30, 2015

SOLAT HAJAT PERDANA

Majlis Solat Hajat Perdana SMK Telok Kerang akan diadakan pada petang Khamis malam Jumaat 1 Oktober 2015 bertempat di Masjid kampung Telok Kerang. Majlis bermula pada pukul 6.00 petang. Calon-calon PT3 dan SPM 2015, ibu-ibu, bapa-bapa, warga sekolah, serta penduduk setempat dipersilakan hadir. 
 
Semoga doa kejayaan bagi 17 orang pelajar sekolah ini yang mengambil MPV Landskap dan Nurseri, dan semua yang lain  di makbulkan Allah SWT.
 
Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2: 
 
Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda,
Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad). 
 
Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut: 
 
Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2: 
 
Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata,
Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya.

Monday, August 10, 2015

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 LANDSKAP BERFOTO KENANGAN DI TAMAN YANG MEREKA BINA

Inilah wajah-wajah beberapa orang pelajar Tingkatan 5 Landskap SMKTK yang telah bersama-sama membina beberapa taman di kawasan sekolah ini. Dengan usaha mereka dan abang-abang mereka terdahulu, wujudlah beberapa taman mini. Mereka diajar dan belajar daripada menyemai tanaman hiasan, membuat penyenggaraan, membina aksesori taman sehingga membina taman melalui proses pembelajaran MPV Landskap sama ada di dalam kelas atau di lapangan. Pada hari ini mereka teringin berfoto bersama di taman yang mereka bina sebagai kenangan kerana tidak berapa lama lagi mereka akan menamatkan pembelajaran di sekolah ini. Mudah-mudahan mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.















Sunday, August 31, 2014

SMKTK NAIB JOHAN DALAM PERTANDINGAN KECERIAAN DAN PENCAHAYAAN

Tahniah. Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap gembira kerana hasil usaha mereka telah menempah kejayaan dengan meraih tempat naib johan dalam pertandingan keceriaan dan pencahayaan kemerdekaan Malaysia ke-57 peringkat daerah Pontian. Mereka berusaha keras untuk menceriakan kawasan sekolah dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan memasang lampu-lampu pecahayaan untuk menerangi kawasan sekolah pada waktu malam. Usaha yang diketuai oleh Cikgu Hasan b Kasmuri amat berbaloi apabila SMK Telok Kerang berjaya membawa balik piala sebagai naib johan serta habuan wang tunai sebanyak RM1,000.00. Tahniah dan terima kasih semua...