Inilah
wajah-wajah beberapa orang pelajar Tingkatan 5 Landskap SMKTK yang telah
bersama-sama membina beberapa taman di kawasan sekolah ini. Dengan
usaha mereka dan abang-abang mereka terdahulu, wujudlah beberapa taman
mini. Mereka diajar dan belajar daripada menyemai tanaman hiasan, membuat penyenggaraan, membina aksesori taman sehingga membina taman melalui proses
pembelajaran MPV Landskap sama ada di dalam kelas atau di lapangan. Pada
hari ini mereka teringin berfoto bersama di taman yang mereka bina sebagai kenangan kerana tidak berapa
lama lagi mereka akan menamatkan pembelajaran di sekolah ini.
Mudah-mudahan mereka berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM
nanti.
No comments:
Post a Comment