Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Friday, December 19, 2014

TAMAN SAYUR DI MAHA 2014

Jika kita suka membina taman sayur, mungkin kita tidak melepaskan peluang melihat sendiri taman-taman sayur yang di pemerkan di MAHA 2014 yang lalu. Sesiapa yang tidak berkesempatan ke sana, di sini kami kongsi bersama dan post beberapa foto reka bentuk taman sayur yang mungkin dapat memberi idea untuk melaksanakannya di mana-mana sama ada indoor atau outdoor. 





















Wednesday, December 3, 2014

TAMAN-TAMAN MENAMBAH SERI MAHA 2014

Pembinaan taman-taman di kawasan tapak MAHA 2014 menambah seri suasana pameran dan mewujudkan keindahan dan tarikan kepada MAHA itu sendiri. Di sini kami post untuk berkongsi beberapa foto taman yang sempat diambil.






























Monday, December 1, 2014

PERTANDINGAN TERRARIUM MAHA 2014

Bermula dari 20hb hingga 30hb November, MAHA 2014 anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menemui orang ramai di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS). MAHA 2014 kali ini bertemakan Agroteknologi Pemangkin Tranformasi. Pameran dwitahunan ini akan lebih menumpukan kepada penyertaan golongan muda. Ia membabitkan lapan fokus utama iaitu Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK), Industri Agro Makanan, Industri Asas Tani, Agro Belia, Cabaran Inovasi Pertanian Malaysia (MAgIC), Agro Pelancongan, Agro Gaya Hidup dan Agro Dagang. 

Berasaskan inisiatif memperkayakan sektor pertanian dan memba­ngunkan pertanian baru, Pameran MAHA 2014 menggariskan beberapa objektif :
  • Untuk mempamerkan perkembangan terkini agro-makanan dan pertanian berasaskan industri di Malaysia
  • Untuk menggalakkan pemahaman mengenai hala tuju agro-makanan dan perniagaan berasaskan pertanian
  • Menyediakan platform untuk peluang perniagaan dan pembangunan di peringkat tempatan dan antarabangsa
  • Untuk mendorong dan memotivasi pembangunan generasi muda dan masa depan dalam agro-makanan dan industri asas tani
  • Bagi menjadikan MAHA sebagai pameran perdagangan yang mampu menarik minat penyertaan syarikat korporat

Selain dari pameran dan jualan para peserta, Pameran MAHA 2014 juga menganjurkan beberapa aktiviti dan program yang boleh disertai oleh orang ramai. Ianya boleh disertai secara percuma disepanjang berlangsungnya pameran MAHA 2014 ini.


Tapak Pameran Utama MAHA 2014 terbahagi kepada beberapa kategori dan lokasi iaitu :
  • Tapak Pameran Ternakan
  • Tapak Pameran Jentera
  • Tapak Pameran Padi
  • Tapak Pameran Pavilion Negeri-Negeri
  • Tapak Pameran Hall Utama & Agrobazaar
  • Tapak Pameran Flora
  • Tapak Pameran Sayur-sayuran
  • Tapak Pameran Perikanan
  • Tapak Pameran Nanas

Di antara acara yang dianjurkan ialah pertandingan terrarium untuk murid-murid sekolah menengah dari seluruh Malaysia. Setiap negeri diwakili oleh dua buah sekolah yang disertai dua orang murid dan seorang guru pengiring.