Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik
Showing posts with label Landskap Kejur. Show all posts
Showing posts with label Landskap Kejur. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

BUAT MEJA TAMAN

Sebagai pengayaan kemahiran dalam pembelajaran kami, tugasan diberi kepada kami untuk membina meja taman yang dibuat daripada batu (asas simen ferro). Dengan berkongsi tenaga, dapatlah kami menyiapkan beberapa unit meja. Pada peringkat awal pembinaan, taklah rasa seronok. Namun apabila projek dah mula menampakkan bentuknya barulah rasa seronok, dan tak sabar nak menyiapkannya. Hati bertambah gembira apabila projek dah dicat. Woww... cantik. Dah boleh letak di taman... 
 
 










Saturday, March 2, 2013

PROJEK KITORANG YANG BELAJAR LANDSKAP DAN NURSERI...

Inilah di antara beberapa projek yang kami kena siapkan di sepanjang pembelajaran kami dalam subjek Landskap dan Nurseri. Macam rasa bangga pulak apabila kami dapat membinanya. Daripada kami tak tahu, kini kami dah tahu dan dah berjaya membinanya. Boleh jual pulak tu... Penghargaan dah tentu kami berikan kepada pembimbing kami iaitu Cikgu Hasan Kasmuri.

Inilah sebahagian daripada kami...




















Thursday, January 24, 2013

BUAT CENDAWAN BATU SIMEN FERRO

Buka-buka sekolah tahun ni kitorang cadangkan kat Cikgu Hasan Kasmuri agar beri peluang buat cendawan batu. Biasanya abang-abang kitorang dulu hanya buat bangku batu bentuk batang kayu potong. Jadi tahun ini kitorang buat dua projek sekaligus: bangku batu batang kayu dan cendawan batu. Proses penyediaan dan pembuatan cendawan batu ini lebih mudah jika dibandingkan buat bangku batu batang kayu. Bahan-bahan yang digunakan masih sama iaitu: BRC, dawai mata punai, besi link, dawai, simen, pasir dan air. Kalau cantik kerangka cendawannya, maka cantiklah hasilnya setelah kerangka dilepa dengan mortar.  Lebih cantik apabila diwarnakan dengan warna yang sesuai.


Campuran pasir dan simen bernisbah 2 : 1.

Pasir dan simen digaul sebati.

Pasir, simen dan air digaul rata bernisbah 2 : 1 : 0.5.

Mortar dah siap digaul...

Melepa mortar pada kerangka cendawan.

Lepaan lapisan pertama mortar dibiarkan mengeras...

Apabila mortar hampir keras, buat lepaan lapisan kedua...

Buat kemasan agar cendawan batu kelihatan lebih cantik dan kemas...

Dah siap dah cendawan batu kami. Biarkan ia kering dan keras...

Apabila cendawan batu dah kering, kitorang cat dengan kaler putih. Nak
warna lain boleh...tapi kaler putih lebih menawan...kan...kan...

Haaa...dah siap dah cendawan batu kitorang. Bentuknya berbagai. Kira
orraitlah tu...boleh dijadikan aksesori taman agar taman lebih menarik.


Thursday, January 19, 2012

CARA BUAT PROJEK SIMEN FERRO

Nak buat projek simen ferro? Projek-projek yang mudah, taklah susah sangat nak buat. Projek 'simple' seperti bangku dan meja senang sikit nak buat. Lainlah kalau nak buat projek air terjun, memanglah susah sikit dan memerlukan kemahiran yang tinggi. Masa yang diambil untuk membuat satu set meja dan lima bangku simen ferro termasuk membuat kemasannya sekali lebih kurang seminggu sahaja (bagi seseorang yang rajin dan nak bermain dengan simen).

Kalau nak cuba, tenunglah foto-foto ini. Insayallah boleh buat punya... Mula-mula buat yang mudah-mudah sahaja. Kalau dah boleh buat dan kemahiran pun dah meningkat, buatlah projek-projek yang lebih susah seperti kolam, jambatan, air terjun, bangku bersandar dan pondok. Barulah taman di sekeliling rumah nampak anggun  dengan kos pembinaannya yang rendah. Bertambah bangga apabila ia dibuat sendiri.

OKlah. Inilah cara  nak buat bangku simen ferro yang paling asas.
  1. Membuat lakaran projek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya apabila projek siap kelak, ia menyamai lakaran yang dibuat.
  2. Menggunakan bahan yang sesuai seperti simen, keluli, pasir, air, jejaring dawai (BRC) dan dawai mata punai.
  3. Menggunakan alat yang sesuai seperti perata simen, sudip, sekup, penapis, gunting besi, dan peralatan lain yang berkaitan.
  4. Memotong bahan kerangka (BRC) menepati spesifikasinya iaitu mengikut lakaran. Elakkan pembaziran bahan. Kalau berniaga, rugilah nanti.
  5. Untuk menambah kekuatan struktur, gunakan juga besi 'link' yang diikat bersama BRC. 
  6. Membentuk kerangka mengikut lakaran.
  7. Mengikat kerangka dengan kemas. Ikat kerangka dengan dawai halus / lain-lain yang sesuai.
  8. Kalau nak, balut kerangka tadi dengan dawai mata punai agar mortar mudah melekat ke kerangka semasa melepa.
  9. Menyediakan bahan bancuhan mortar dengan nisbah yang betul: 2 bahagian pasir halus, 1 bahagian simen dan ½ bahagian air.
  10. Membancuh mortar dengan sekata.
  11. Lepa selapis simen pada bahagian luar kerangka.
  12. Melepa mortar pada kerangka dengan betul dan ketebalannya sekata.
  13. Biarkan keras.
  14. Buat lepaan lapisan kedua. Ketebalannya lebih kurang 1 cm. Biarkan mengeras 2 hingga 3 jam.
  15. Buat lorekan seperti kulit kayu. Lorekan ini dibuat sebelum mortar betul-betul keras. Kalau mortar dah keras, tak bolehlah nak dilorek. Ingat tu...
  16. Lorek dengan apa? Alaaa... gunakan paku boleh, gunakan pemutar sekru boleh, gunakan test pen boleh, gunakan hujung sudip simen pun boleh... gunakanlah benda-benda yang tajam di hujungnya...
  17. Buat lorekan dengan betul dan kreatif agar nampak lawa dan cantik...buatlah lorekan seperti kulit kayu...
  18. Apabila dah dilorek, biarkan betul-betul kering.
  19. Sebelum mengecat, bersihkan projek itu dari gerigis simen menggerutu dan habuk dengan menggunakan berus keluli.
  20. Cat kulit kayu lapisan pertama dengan car berwarna hitam termasuk di celah-celah lorekan. Bahagian yang berupa potongan kayu tak payah dicat hitam, kan nanti nak disapu dengan cat warna kuning atau coklat muda...
  21. Apabila lapisan pertama cat dah kering, bolehlah cat lapisan kedua dengan warna-warna yang menyerupai warna kulit kayu seperti warna coklat, kuning, putih, oren dan lain-lain warna yang sesuai.
  22. Biarkan kering.
  23. Kilatkan projek menggunakan pengilat. Barulah nampak cantik dan menarik... jom buat...


Memotong bahan kerangka.

Membentuk dan mengikat kerangka.

Bentuk kerangka projek yang dah siap...

Melepa mortar ke kerangka lapisan pertama.

Masing-masing khusuk dengan kerja melepa mortar pada kerangka.

Lapisan pertama dah siap...

Projek diterbalikkan. Lepaan lapisaan kedua pulak...

Mengemaskan lepaan mortar di tepi projek.

Sebelum lepaan mortar keras, buat lorek seperti batang kayu.

Nak senang, gunakan paku untuk melorek...

Haaaa... dah siap melorek...

Beberapa projek yang dah siap di lorek... biarkan kering sepenuhnya...

Keseluruhan tepi projek dicat hitam. Guna cat kilat...

Dah siap mengecat lapisan pertama... cat hitam...

Mengemaskan tepi projek dengan cat terpilih mengikut warna batang kayu.

Tu dia... dah siap... amacam.. boleh buat kan...

Projek dah siap... Wowww macam batang kayu asli...