Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik
Showing posts with label Tumbuhan Hiasan. Show all posts
Showing posts with label Tumbuhan Hiasan. Show all posts

Wednesday, February 18, 2015

FUNGSI TANAMAN AKUATIK

Fungsi utama tanaman air adalah sebagai penghias kolam. Namun, sebagaimana tumbuh-tumbuhan, tanaman akuatik/air ini tidak hanya berfungsi sebagai penghias, ia juga mempunyai banyak fungsi. 

1. Elemen estetika pada kolam. 
Estetika menjadi alasan utama mengapa kita menggunakan tanaman pada kolam. Sebuah rumah tanpa kehadiran taman bakal nampak kurang asli. Begitu pula kolam yang tidak dihiasi tanaman akuatik, terasa sepi dan dingin. Selain itu, tanaman akuatik juga dapat menjadi solusi bagi kita yang tinggal di rumah dengan kawasan yang terbatas. Daripada menanam tanaman yang langsung ditanam di tanah, tanaman air yang terapung boleh menjadi pilihan. 

2. Menjadi habitat ikan. 
Jika kita memelihara ikan di kolam, tanaman air bisa menjadi tempat berlindung dan bertelur ikan. Tanaman air dengan ukuran daun yang lebar dapat melindungi ikan dari teriknya matahari, sementara akarnya yang panjang merupakan tempat berlindung ikan dari predator dan juga perubahan lingkungan. Akar tanaman bisa menjadi tempat ikan untuk meletakkan telurnya. 

3. Menyerap racun pada air. 
Ketika memelihara ikan di kolam, kotoran dan urinenya dapat menghasilkan zat yang berbahaya bagi ikan sendiri. Selain itu, sisa makanan dan zat yang membusuk juga dapat menghasilkan amoniak yang akan menjadi racun bagi ikan. Kehadiran tanaman air dapat menjadi solusinya. Tanaman air mampu menyerap amoniak yang akan diubah menjadi makanan bagi tanaman tersebut. Berkat tanaman air, kadar amoniak pada air akan berkurang sehingga air terbebas dari zat yang membahayakan bagi ikan. 

4. Mencegah pertumbuhan lumut. 
Lumut sangat cepat tumbuh di tempat yang basah. Jika sudah begini tentunya sangat mengganggu pemandangan, juga mengesankan kolam yang tidak terawat. Dengan kehadiran tanaman air dalam kolam, pertumbuhan lumut dapat dicegah. Lumut dapat tumbuh pesat jika terjadi kelebihan zat makanan dalam air, namun tanaman air lebih cepat menyerap zat makanan di dalam air dibandingkan lumut. Sehingga lumut akan “kalah” oleh tanaman air. 

5. Meningkatkan kandungan oksigen dalam air. 
Seperti layaknya tanaman berklorofil, tanaman air juga dapat menghasilkan oksigen. Saat proses fotosintesis, tanaman air akan membentuk bahan organik dengan bantuan sinar matahari. Dari proses tersebut, tanaman ini akan menghasilkan oksigen yang dilepaskan ke dalam air. Dengan meningkatnya kadar oksigen di dalam air, ikan dan hewan lainnya dalam air dapat bernafas dengan baik.

Wednesday, April 9, 2014

KREATIVITI ANDAMAN TOPIARI

Seni topiari sebenarnya sudah lama wujud dalam bidang seni taman terutama di Barat. Seni ini merujuk kepada amalan hortikultur bagi membentuk atau menggubah pokok renek menjadi pelbagai reka bentuk seperti bentuk geometri atau objek unik dan menarik seperti cawan, teko, pelbagai binatang dan pelbagai bentuk lain.

Sebagai seni rekabentuk, ia sebenarnya sejenis seni arca hidup. Sebenarnya perkataan topiari atau ‘topiary’ dalam istilah Inggerisnya ini dikatakan berasal dari perkataan Latin iaitu topiarius yang bermaksud juru landskap taman hiasan.

Bagi masyarakat Barat, sejak zaman dulu lagi mereka sering menggunakan pelbagai tanaman hiasan diandam menjadi pelbagai bentuk bagi mencantikan lagi taman awam dan kediaman mereka.

Kini, seni topiari didapati kian popular dan dapat dilihat menghiasi taman di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia sebenarnya boleh memainkan peranan yang penting dalam membentuk struktur dan karakter taman atau ruang dengan kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.

Ciri-ciri tanaman topiari

Ada beberapa ciri tanaman yang sesuai untuk ditanam dan diandam menjadi pelbagai objek seni topiari:
  1. Daun pokok sebaiknya bersaiz kecil supaya senang diandam untuk membentuk objek dengan tekstur yang lebih halus, cantik dan bernilai tinggi. 
  2. Ranting dan pucuk baru pokok cepat tumbuh semula selepas dipangkas atau dipotong. 
  3. Pokok yang digunakan perlulah dari jenis yang tahan lasak dan boleh hidup lama serta memerlukan sedikit penjagaan saja. 
  4. Mempunyai bentuk pokok yang padat yang mengandungi banyak ranting pendek. 
  5. Penampilannya biarlah unik, istimewa dan tersendiri.

Jenis tanaman sesuai

Di negara kita tanaman yang sesuai untuk seni topiari ini adalah seperti berikut:

Pokok berdaun
Contohnya Duranta; Ficus; Kesinai; Podocarpus dan Acalypha siamensis atau pokok teh liar yang berdaun kecil. Manakala spesies Syzygium campanulatum pula sangat cantik digunakan sebagai tanaman topiari kerana daunnya sentiasa bertukar warna dari muda hingga ke tua.

Pokok berbunga
Contohnya Melati atau Wrightia religiosa yang berbunga wangi. Manakala pokok bunga kertas pula berbunga pelbagai warna menarik.

Reka bentuk topiari
Seni topiari ini boleh dipelbagaikan reka bentuknya yang menarik di antaranya seperti daun bertingkat-tingkat ala pagoda; satu kanopi atau silara di hujung batang; bentuk kon; banyak ranting dan daun hanya ditemui di hujungnya  serta objek seperti binatang. 

Kaedah bentuk topiari

Dalam membentuk reka bentuk objek topiari ada beberapa tekniknya seperti berikut:

Guntingan bebas
Pokok digunting secara bebas oleh pemotong topiari yang berpengalaman mengikut reka bentuk yang dibayangkan dalam mindanya . Pokok pagaran yang dipotong kemas itu sebenarnya adalah reka bentuk topiari paling mudah dan ringkas menggunakan kaedah ini.

Rekabentuk ’dawai mata punai’ (Chicken net)
Kadangkala diperbuat daripada wayar besi dan diletakkan atas silara atau kanopi pokok supaya ranting dan daun pokok dapat tumbuh memenuhi ruang di dalam rekabentuk berkenaan. Kaedah ini lebih mudah kerana hanya daun yang terkeluar daripada reka bentuk berkenaan perlu dipotong untuk membentuk objek yang dinginkan itu.

Satu lagi kaedah mudah ialah dengan membiarkan pokok menjalar berdaun kecil menjalar dan menutupi bahagian luar reka bentuk dawai atau wayar besi seperti di atas yang akan membentuk objek topiari berkenaan dalam beberapa bulan.

Tip Pokok topiari
  • Pokok topiari juga memerlukan penjagaan yang sempurna seperti siraman, pembajaan dan sebagainya. 
  • Pokok juga perlu dipotong dan diandam kemas sekerap mungkin supaya dapat mengekalkan bentuknya sentiasa. 
  • Seni topiari bukan saja boleh diterapkan untuk pokok yang ditanam di tanah tetapi juga boleh dilakukan untuk pokok yang ditanam dalam pasu atau bekas lain. Pokok topiari dalam pasu sangat sesuai untuk menghiasi premis perniagaan, rumah kediaman dan sebagainya kerana ia boleh diubah tempat pamerannya.

Thursday, December 12, 2013

BUNGA KEMBOJA KUNING YANG WANGI

Kemboja kuning ini merupakan tumbuhan dalam keluarga Plumeria. Ia pokok kecil dengan daun jarang namun tebal. Bunganya berbau harum, putih di tepi dan kuning di tengah. Daun bunga umumnya berjumlah lima buah. Tanaman ini biasanya berbunga sepanjang tahun. 

Tumbuhan ini berasal dari Amerika Tengah. Nama Plumeria diberikan untuk menghormati Charles Plumier (1646-1706), pakar botani berasal dari Perancis. Walaupun berasal dari tempat yang jauh, kemboja sekarang merupakan pokok yang sangat popular di rantau Asia Tenggara. Di Pulau Bali ia ditanam di hampir setiap pura serta sudut kampung, dan memiliki fungsi penting dalam kebudayaan setempat. Di Bali juga, tanaman kemboja telah banyak dimanfaatkan untuk tanaman hiasan, pelengkap upacara keagamaan, diyakini memiliki kekuatan penerang jiwa, dan bahkan digunakan sebagai hiasan di tubuh. Di beberapa tempat di Nusantara, termasuk Malaysia, kemboja ditanam di pekuburan sebagai tumbuhan peneduh dan penanda tempat.

Kemboja dapat diperbanyak dengan mudah, melalui pembiakan secara keratan batang. Plumeria ini popular digunakan sebagai tanaman hiasan di luar bangunan walaupun pada dulunya tanaman ini hanya digunakan sebagai tanaman kuburan. 

Ciri khas tanaman ini memiliki batang yang berkayu keras tinggi. Selain itu, tanaman ini juga memiliki cabang yang banyak. Tingginya boleh mencapai lebih enam meter. Batang utamanya besar, dahan muda yang lembut, dan batangnya cenderung bengkok dan bergetah. Daun tanaman kamboja berwarna hijau, berbentuk lonjong dengan kedua ujungnya meruncing dan agak keras dengan urat-urat daun yang menonjol. Daun ini akan gugur terutama ketika berbunga lebat. Daun bunga umumnya berjumlah lima buah. Tanaman hias yang tengah naik daun ini, biasa berbunga sepanjang tahun.

Sunday, November 3, 2013

POKOK TANDUK RUSA

Pokok Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok basar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk. 
Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran “adus, pulasari” serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak. Daun tanduk rusa ditumbuk bersama sedikit garam dan ditambah segelas air, ditapis dan diminum pada waktu pagi dan petang dipercayai dapat merawat demam. Untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur, daun paku tanduk rusa dicampur dalam air mendidih dan diminum sebelum kedatangan haid. Daun paku tanduk rusa dan sedikit kapur sirih ditumbuk halus dan ditampal pada bisul dapat merawat bisul.

Pokok ini dahulu memang popular di tanam di rumah-rumah. Ia jenis epifit dan melekap pada dahan atau batang pokok besar yang lain. Pokok ini mempunyai daun yang unik bentuknya iaitu menyerupai tanduk rusa. Terdapat lebih daripada 17 spesis paku tanduk rusa di seluruh dunia seperti platycerium bifurcatum(Australia Timur, New Guinea dan New Caledonia), platycerium andinum(Peru dan Bolivia, platycerium alcicorne (Madagascar), Platycerium grande (Australia, Malaysia dan Filipina) dan platycerium conorum(Malaysia). Pokok tanduk rusa lebih menggemari cuaca tropika tetapi mampu bertahan dalam cuaca di bawah paras beku(-9 Celcius). Pokok ini membiak melalui spora dan pecahan anak.

Nama Saintifik: Platycerium wallihi
Nama Botani : Platycerium sp.
Nama Lain: Pakis Tanduk Rusa, Staghorn Fern
Famili : Polypodiales@ Polypodiaceace
Genus: Platycerium 

Tuesday, October 22, 2013

CANTIKNYA BUNGA MATAHARI DI HALAMAN RUMAH CIKGU HASAN KASMURI

Semasa ke rumah Cikgu Hasan Kasmuri iaitu guru Landskap kami pada Aidiladha yang lepas, kami tertarik dengan bunga matahari yang beliau tanam di halaman rumah. Bunganya yang besar dan berwarna kuning menjadikan halaman bertambah berseri dan hidup. Tahniah Cikgu Hasan.

Pokok bunga matahari (Helianthus annuus) ialah sejenis pokok semusim dalam famili Asteraceae yang berasal dari benua Amerika.  Batang pokok bunga ini boleh tumbuh setinggi 3 meter, dan bunganya pula boleh mencapai diameter 30 cm bergantung kepada keadaan iklim tempat penanamannya. Bunga matahari mendapat namanya kerana ciri bunganya yang akan sentiasa berpaling mengikut arah matahari. 

Ia merupakan sejenis tumbuhan yang mudah di tanam. Medium tanamannya berupa tanah yang neutral atau sedikit alkali. Jika tanah asid, kapur perlu ditabur sebelum bunga matahari ditanam. Seperimana namanya ia memerlukan cahaya matahari yang penuh. Ia merupakan tumbuhan semusim yang mempunyai kitar hidup yang pendek. Sesetengah jenis hanya mampu bertahan selama 60 hari sahaja. Pembiakannya dilakukan melalui biji benih yang didapati daripada bahagian tengah bunganya.

Bunga matahari ditanam secara komersial untuk biji dan minyak yang diekstrak daripada bijinya. Ia ditanam diladang secara besar-besaran di negara-negara seperti Rusia (pengeluar minyak bunga matahari terbesar di dunia, Argentina(kedua) dan Amerika Syarikat (ketiga).
  • Nama Tempatan:  Bunga Matahari
  • Nama Saintifik:  Helianthus annus
  • Nama lain:  Common Sunflower, Sunflower dan Mirasol
  • Famili:  Asteraceae/Compositae










Sunday, October 20, 2013

BRUGMANSIA ATAU ANGEL'S TRUMPET YANG CANTIK TETAPI BERACUN



Bunganya besar, cantik dan berjuntaian. Kami temui bunga ini semasa membuat lawatan ke Tanah Tinggi Dieng Plateau, Wonosobo, Jawa Tengah. Di sana ia dikenali sebagai 'kembang trompet'.

Brugmansia adalah spisies berbunga dalam keluarga  Solanaceae. Bunga Terompet adalah tanaman berbunga. Berasal dari tropika Amerika Selatan namun boleh ditemui di seluruh dunia. Bunganya sangat menarik dan harum, berbentuk terompet dalam berbagai warna termasuk putih, peach, kuning dan oren. Selain penggunaan sebagai tanaman hiasan, Brugmansia memiliki keistimewaan dan kegunaan lain. Dalam perubatan moden, alkaloid penting seperti skopolomin, hiosiamin, dan atropin ditemukan di Brugmansia dan anggota Solanaceae lainnya. Ia memberi dan memiliki manfaat perubatan untuk antikolinergik, narkotik, ubat bius, spasmolitik dan anti-asma.

Saturday, September 28, 2013

PILIHAN TANAMAN AKUATIK

Tanaman air (akuatik) tidak hanya membuat kolam di pekarangan rumah kita lebih asli tetapi juga memberi banyak manfaat bagi ekosistem air itu sendiri. Sebagai contoh, menambah persediaan oksigen, menyerap kandungan racun dalam air, dan menjadi tempat ikan untuk membiak. Namun, ketika memilih tanaman air untuk kolam di taman, sesuaikan jenis tanaman air ini dengan konsep kolam kita. Tanaman air yang digunakan tentunya tanaman yang hidup di atas permukaan air.

Cadangan tanaman air yang sesuai ditanam dalam kolam di kawasan tropika:
  1. Teratai atau Nyamphaea - Merupakan tanaman air yang paling dikenal dan paling sering digunakan. Bunganya cantik berwarna-warni dengan daun yang mengembang di permukaan air. Ukuran teratai berkisar antara 45 - 90 cm. Teratai memiliki berbagai varieti yang dibezakan daripada bunganya.
  2. Tifa atau Typha latifolia - Merupakan tanaman air liar. Batangnya dan daunnya  memanjang, dengan bunga yang menyerupai cerut.
  3. Gulma atau Eichornia crassipes - Tanaman ini memang lebih dikenal sebagai gulma, namun pada dasarnya Eichornia crassipes juga merupakan tanaman penghias. Termasuk tanaman air yang terapung, batang daun gulma mengembung dan berwarna hijau. Diameter tanaman ini berkisar antara 5-15 cm. Ia tumbuh sangat cepat dan sering memenuhi permukaan air. Selain itu, tanaman ini juga mengganggu ketersediaan oksigen di dalam air. Oleh sebab itu, jika kita menggunakan tanaman ini di kolam, rajin-rajinlah mengangkat tanaman ini jika sudah terlalu memenuhi kolam.
  4. Lotus atau Nyamphaea lotus - Dikenal juga dengan sebutan water lily. Tanaman ini mirip dengan teratai, namun ukurannya lebih besar. Daunnya bulat lebar berlapis lilin, berukuran antara 6-10 cm. Lotus memberi aroma yang wangi. Lotus memiliki bunga beraneka warna. Ada yang putih, kuning, ungu, dan merah jambu. Lotus termasuk ke dalam deep water aquatics plants, kerana akarnya tertanam di dalam lumpur kolam.
  5. Seroja atau Nelumbo nucifera - Tanaman ini seringkali disebut sebagai teratai. Seroja atau Nelumbo nucifera Gaertn sesuai untuk kolam yang dalam, kerana tinggi tanaman ini boleh mencapai 1.5 m. Diameter daun seroja mencapai lebih dari 50 cm. Bunga seroja hanya mekar pada bulan Julai dan Ogos.
  6. Pisang Air atau Typhonodorum lindyeyanum - Sesuai dengan namanya, tanaman ini seakan dengan pokok pisang. Namun ia memiliki daun talas. Pisang air atau Typhonodorum lindyeyanum dapat tumbuh hingga setinggi 4 m, dengan daun yang bergelombang dan berbentuk oval yang dapat mencapai 1.5 m.
  7. Apu-apu/salad air atau Pistia stratiotes/Pistia crispate - Merupakan tanaman berdaun hijau dengan permukaan yang ditumbuhi bulu-bulu halus bertekstrur, sementara akarnya berwarna putih. Tanaman ini tersusun melingkar dan bertumpuk-tumpuk. Apu-apu tidak memerlukan penjagaan khusus.
  8. Kala lili atau Zantedeschia aethiopica - Merupakan tanaman yang seakan terbuat daripada lilin. Bentuknya berupa corong berwarna putih dengan putik berwarna kuning cerah. Bunga ini memiliki aroma yang lembut. Zantedeschia aethiopica akan tumbuh lebih tinggi jika kurang mendapat cahaya matahari.
  9. Papyrus payung atau Cyperus alternifolius - Memiliki batang berbentuk segitiga dengan ketinggian mencapai lebih daripada 1 meter. Hjungnya ditumbuhi bunga yang menyerupai daun. Tanaman ini tumbuh secara berkelompok.
  10. Buluh air atau Equisetum hyemale - Merupakan tanaman air yang seakan dengan buluh pada umumnya. Tumbuhan ini berukuran kecil, tingginya hanya sekitar 25 - 100 cm dengan diameter batang yang tidak lebih dari 3 cm.

Friday, September 20, 2013

MENGHIAS LAMAN RUMAH DENGAN TANAMAN MEMANJAT

Sebuah rumah yang kelihatan menghijau dengan rimbunan tanaman yang memanjat di pergola tentu menjadi pemandangan yang menyejukkan. Lebih-lebih lagi jika lokasi rumah kita berada di kota  dimana tumbuhan yang lebat menghijau sangat jarang dijumpai. Hal inilah yang menjadikan penghuni kota mula mengaplikasikan peghijauan di sekeliling rumah mereka.

Ada di kalangan kita yang cuba membuat taman mini di perkarangan rumah, menanam tumbuhan hijau di bawah bumbung, dan ada yang menanam tanaman hijau yang memanjat di tiang atau pergola. Cara ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi kawasan terhad bagi rumah-rumah di kota.

Menentukan jenis tanaman menghijau yang akan ditanam di perkarangan rumah menjadi salah satu yang harus dipertimbangkan. Ada berbagai jenis tanaman yang boleh dipilih, mulai dari tanaman pagar, tanaman buah, tanamn hias, serta jenis-jenis tanaman lain.

Salah satu jenis tanaman yang kini banyak dipilih ialah tanaman memanjat atau menjalar. Jenis tanaman ini dianggap dapat menjadi peneduh kerana kecepatan tumbuhnya yang boleh membuat tanaman ini tumbuh sangat lebat dan menutupi kawasan sekitar. 

Tiga jenis tanaman memanjat, iaitu:
  1. Setengan memanjat - Tanaman setengah memanjat atau scamber's ini tumbuh ke arah atas. Ia tidak memiliki batang untuk tumbuh melilit, tetapi memiliki cabang dengan arah pertumbuhan merayap. Penyokong tanaman jenis ini wiremesh dengan kisi-kisi kecil dan dinding.
  2. Melilit - Tanaman jenis ini memiliki batang, namun beberapa jenis ada pula yang memanjat dengan bantuan sulur yang tumbuh di cabang di ketiak daun. Tanaman ini boleh tumbuh dengan bantuan batang besi, stainless steel wire, atau kisi-kisi kayu.
  3. Akar menumpang lekap (tempel) - Disebut juga dengan nama cliger's, tanaman jenis ini tumbuh dengan melekatkan diri di tempat melekatnya menggunakan akar-akar yang tumbuh disepanjang batang. Jenis tanaman jenis ini, seperti hedera (ivy), boleh tumbuh sehinga ketinggian 40cm dengan menempel pada permukaan dinding.

Apabila memutuskan untuk menanam tumbuhan memanjat ini, penting bagi kita untuk menanamnya di lokasinya yang sesuai dan tepat. Maka kita harus rajin-rajin dalam menjaga, merawat dan memangkasnya. Apabila tidak, maka tanaman memanjat yang tidak terjaga ini akan membuat rumah kita nampak lusuh dan tidak menarik. Sampah daun kering dari tanaman memanjat ini boleh mengotori halaman rumah kita.  

Cara menanam tanaman memanjat:
  1. Tentukan lokasi penanaman - Tanaman memanjat merupakan tanaman yang memerlukan perhatian tambahan. Lokasi penanamannya tidak boleh sebarangan. Pilih lokasi yang sesuai. Kita boleh tanamnya di tepi atau di belakang rumah.  Mengapa? Hal tersebut sangat rasional kerana apabila tanaman ini ditanam di laman depan rumah dan apabila kita leka menjaganya, tentu tanaman ini akan mengganggu penampilan halaman depan rumah kita. 
  2. Letakkan tanaman di tempat strategik - Tanamlah tanaman ini di tempat strategik di sudut-sudut tertentu di kawasan rumah kita. Kita boleh menempatkannya di tepi kolam, dekat dengan buaian, atau dekat taman bermain anak. Apabila kita memilih lokasi penempatan tanaman memanjat ini berhampiran kolam, maka pastikan jaraknya tidak terlalu berdekatan. Hal ini untuk menjaga agar daun-daun kering yang berguguran tidak akan jatuh ke dalam kolam tersebut dan mengotori airnya. 
  3. Pastikan sinaran matahari mencukupi - Meskipun tanaman memanjat ini bukanlah tanaman yang terlalu menyukai sinaran matahari, namun ini bukan bererti kita harus menanamnya di kawasan teduh. Tanaman memanjat tetap memerlukan cahaya matahari langsung. 
  4. Bina sokongan memanjat - Oleh kerana tanaman memanjat ini nantinya akan tumbuh dengan lebat dan panjang, maka kita perlu menyiapkan penyokong sebagai tempat memanjat. Penyokong memanjat ini boleh berupa pagar atau tiang-tiang yang disusun berjajar. Kita juga oleh membina sebuah tembok kecil dan tidak terlalu tinggi khusus sebagai penyokong memanjat. Pastikan letak penyokong tanaman memanjat ini haruslah strategik dengan lokasi taman.

Penjagaan tanaman memanjat:
  1. Siram secara rutin - Menyirami tanaman memanjat secara rutin akan mampu menjaga kesegaran serta kelembaban di kawasan sekitar tanaman sehingga tumbuhan ini dapat tumbuh dengan baik. 
  2. Pembajaan - Baja dengan baja NPK 15:15:15 terlebih dulu ketika berusia 2 minggu untuk menggalakkan pengeluaran akar dan daun muda. Teruskan pembajaan secara berkala iaitu setiap dua minggu sekali dan seterusnya.
  3. Pemangkasan - Jika tanaman memanjat ini telah tumbuh terlalu lebat sehingga menutupi keseluruhan bahagian penyokong panjatannya, maka kita perlu segera melakukan pemangkasan. Tanaman memanjat biasanya akan tumbuh sangat cepat di kawasan yang lembab dan basah. Untuk itu, selalu perhatikan pertumbuhan tanaman memanjat ini dan jangan sampai pertumbuhannya menutupi seleuruh bagian halaman.
  4. Hindarkan daripada haiwan, anak-anak dan gangguan lain - Ketika tumbuhan merambat ini baru sahaja di tanam, tentu saja akarnya belum terlalu kuat. Akar yang masih lemah ini akan mudah tercabut apabila tanaman dirosak. Untuk itu, hindarkan tanaman memanjat ini daripada  kemungkinan dirosak oleh haiwan peliharaan atau gangguan lain.
  5. Bantu memanjat - Bantulah tanaman memanjat ini untuk memanjat dengan lebih teratur ke arah yang kita inginkan sebelum batangnya keras atau sebelum daun-daun melebat dan merimbun. Jika perlu, ikat pada penyokong. Lakukan agar nantinya ia kelihatan cantik dan kemas.

Thursday, September 12, 2013

PILIH TUMBUHAN AIR YANG SESUAI

Wujudnya kolam ikan atau pancuran air (water feature) di laman tiada seri andai tidak disertakan dengan tumbuhan akuatik di dalamnya. Selain mencantikkan takungan air, tumbuhan jenis itu juga berupaya mewujudkan ekosistem kepada landskap laman supaya kelihatan lebih hidup dan mendatangkan manfaat. Justeru, ikan dan hidupan air yang lain boleh hidup di dalamnya kerana kehadiran tumbuhan tersebut membantu mengawal suhu air.

Akar tumbuhan akuatik dikatakan turut berfungsi sebagai penyerap nutrisi yang mungkin akan mengotorkan air dan oksigen tanaman yang terendam dalam kolam.

Dengan kewujudan tumbuhan akuatik, hidupan lain (bukan air) yang gemar bermain di permukaan air seperti pepatung dan rama-rama juga mendapat manfaat bersama.

Terdapat empat jenis tumbuhan akuatik yang sesuai untuk menghias dan menghidupkan lagi suasana kolam atau pancuran air di laman kediaman:
  1. Tenggelam - mempunyai akar pada dasar dan bahagian pokok tenggelam sepenuhnya. Tumbuhan jenis ini melepaskan oksigen dan biasanya kelihatan gelembung atau buih pada permukaan kolam. Contoh: Ceratophyllum Demersum, Hygrophila Difformis (Wisteria Air), Sagittaria Subulata dan Vallisneria Spiralis atau dikenali dengan nama rumpai belut. Tumbuhan jenis ini lebih sesuai untuk akuarium. 
  2. Hidup di permukaan - berakar di kawasan cetek dengan kedalaman sekitar 45 sm. Biasanya bahagian atas pokok akan muncul di permukaan air. Daunnya lebih besar dan melebar di atas air bertujuan menyerap cahaya matahari sebanyak mungkin. Contoh: teratai Nelumbo, iris dan lili air. 
  3. Separa akuatik - hidup melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam kawasan berair. Contoh seperti kangkung, pegaga, padi, melati air (Shallow Water-Aztec Arrowhead) dan rumpai papyrus. 
  4. Terapung - Sama ada mempunyai ruang udara terperangkap pada akar atau pada bahagian yang lain bagi membantu ia terapung dan menerima cahaya matahari. Mempunyai rerambut pada daun yang memerangkap udara. Bahagian atau daun tumbuhan terapung di permukaan air manakala akarnya terendam di dalam air. Contoh: keladi bunting, kiambang, Duckweed, Azolla Caroliniana (lumut pari-pari), dan Hydrocharis Morsus-Ranae (Frog‘s Bit).

Saturday, July 6, 2013

ORKID PERGUNUNGAN DIKOTARAYA

Orkid dan tumbuhan pergunungan berhawa sederhana ini sebenarnya berada di kotaraya Singapura. Lebih tepat ia terletak di Singapore Botanic Gardens. Pertumbuhannya yang memerlukan suhu sederhana di kawasan pergunungan tropika dikawal dan disesuaikan kedinginannya apabila ia ditanam di kawasan rumah kaca.








Monday, August 13, 2012

SENI TOPIARI - SENI MEMBENTUK ATAU MENGGUBAH POKOK HIASAN

Seni topiari sebenarnya sudah lama wujud dalam bidang seni taman terutama di Barat. Seni ini merujuk kepada amalan hortikultur bagi membentuk atau menggubah pokok renek menjadi pelbagai reka bentuk seperti bentuk geometri atau objek unik dan menarik seperti cawan, teko, pelbagai binatang dan pelbagai bentuk lain.

Sebagai seni rekabentuk, ia sebenarnya sejenis seni arca hidup. Sebenarnya perkataan topiari atau ‘topiary’ dalam istilah Inggerisnya ini dikatakan berasal dari perkataan Latin iaitu topiarius yang bermaksud juru landskap taman hiasan.

Bagi masyarakat Barat, sejak zaman dulu lagi mereka sering menggunakan pelbagai tanaman hiasan diandam menjadi pelbagai bentuk bagi mencantikan lagi taman awam dan kediaman mereka.

Kini, seni topiari didapati kian popular dan dapat dilihat menghiasi taman di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Ia sebenarnya boleh memainkan peranan yang penting dalam membentuk struktur dan karakter taman atau ruang dengan kecantikan dan keunikannya yang tersendiri.

Ciri-ciri tanaman topiari

Ada beberapa ciri tanaman yang sesuai untuk ditanam dan diandam menjadi pelbagai objek seni topiari:
  1. Daun pokok sebaiknya bersaiz kecil supaya senang diandam untuk membentuk objek dengan tekstur yang lebih halus, cantik dan bernilai tinggi.
  2. Ranting dan pucuk baru pokok cepat tumbuh semula selepas dipangkas atau dipotong.
  3. Pokok yang digunakan perlulah dari jenis yang tahan lasak dan boleh hidup lama serta memerlukan sedikit penjagaan saja.
  4. Mempunyai bentuk pokok yang padat yang mengandungi banyak ranting pendek.
  5. Penampilannya biarlah unik, istimewa dan tersendiri.


 
Jenis tanaman sesuai

Di negara kita tanaman yang sesuai untuk seni topiari ini adalah seperti berikut:

Pokok berdaun

Contohnya Duranta; Ficus (foto 1); Kesinai (foto 2); Podocarpus (foto 3) dan Acalypha siamensis atau pokok teh liar yang berdaun kecil. Manakala spesies Syzygium campanulatum pula sangat cantik digunakan sebagai tanaman topiari kerana daunnya sentiasa bertukar warna dari muda hingga ke tua.

Pokok berbunga

Contohnya Melati atau Wrightia religiosa yang berbunga wangi. Manakala pokok bunga kertas pula berbunga pelbagai warna menarik.

Reka bentuk topiari

Seni topiari ini boleh dipelbagaikan reka bentuknya yang menarik di antaranya seperti daun bertingkat-tingkat ala pagoda (foto 5); satu kanopi atau silara di hujung batang; bentuk kon; banyak ranting dan daun hanya ditemui di hujungnya (foto 7) serta objek seperti binatang. 

Kaedah bentuk topiari

Dalam membentuk reka bentuk objek topiari ada beberapa tekniknya seperti berikut:

Guntingan bebas

Pokok digunting secara bebas oleh pemotong topiari yang berpengalaman mengikut reka bentuk yang dibayangkan dalam mindanya . Pokok pagaran yang dipotong kemas itu sebenarnya adalah reka bentuk topiari paling mudah dan ringkas menggunakan kaedah ini.

Rekabentuk ’dawai mata punai’ (Chicken net)

Kadangkala diperbuat daripada wayar besi dan diletakkan atas silara atau kanopi pokok supaya ranting dan daun pokok dapat tumbuh memenuhi ruang di dalam rekabentuk berkenaan. Kaedah ini lebih mudah kerana hanya daun yang terkeluar daripada reka bentuk berkenaan perlu dipotong untuk membentuk objek yang dinginkan itu.

Satu lagi kaedah mudah ialah dengan membiarkan pokok menjalar berdaun kecil menjalar dan menutupi bahagian luar reka bentuk dawai atau wayar besi seperti di atas yang akan membentuk objek topiari berkenaan dalam beberapa bulan.


Tip: Pokok topiari
  1. Pokok topiari juga memerlukan penjagaan yang sempurna seperti siraman, pembajaan dan sebagainya.
  2. Pokok juga perlu dipotong dan diandam kemas sekerap mungkin supaya dapat mengekalkan bentuknya sentiasa.
  3. Seni topiari bukan saja boleh diterapkan untuk pokok yang ditanam di tanah tetapi juga boleh dilakukan untuk pokok yang ditanam dalam pasu atau bekas lain. Pokok topiari dalam pasu sangat sesuai untuk menghiasi premis perniagaan, rumah kediaman dan sebagainya kerana ia boleh diubah tempat pamerannya.
Sumber: Berita Harian

Sunday, May 20, 2012

ASPLENIUM NIDUS TUMBUH DI KONKRIT YANG LEMBAB DAN BERLUMUT

Kami gembira kerana Asplenium nidus banyak membiak di kawasan nurseri kami. Jadi, kami nak cerita sedikit mengenai Asplenium nidus ini...

Tentunya ada di antara kita yang meminati paku pakis sarang burung atau bird’s nest fern atau Asplenium nidus. Sesetengah orang mengaitkan Asplenium nidus dengan perkara-perkara mistik, hantu dan sebagainya.

Pokok ini dikatakan berasal dari kawasan tropika Afrika, Asia dan juga Pasifik. Ia tergolong sebagai tanaman suai matahari (sun-loving plant) dan suai redup (shade loving plant). Ia tahan lasak dan tidak memerlukan penyiraman setiap hari. Selain daripada rupa bentuk daun seperti daun pisang, ciri-ciri nyata lain ialah sporanya terletak pada urat dan di bawah daun dengan sporangia tertutup. Asplenium nidus perlu ditempatkan di kawasan separa teduh, lembap dan ia memerlukan air bersuhu bilik.

Pokok ini disukai karena bentuk keseluruhan tanaman yang membentuk mangkuk mirip sarang burung. Bentuk mangkuk ini adalah akibat pertumbuhan daunnya ke segala arah yang muncul dari pusat batang yang pipih dan tidak bertambah tinggi. Bentuk mangkuk penuh didapati apabila tanaman diletakkan pada pasu. Bentuk setengah mangkuk akan terjadi apabila tanaman dibiarkan tumbuh di pohon penaung atau dilekatkan di tembok. Paku pakis ini nampak menarik.

Paku pakis sarang burung dapat tumbuh baik di dataran rendahhingga pegunungan dengan ketinggian 2.500 dpl. Hidupnya yang bersifat epifit biasanya dijumpai pada pokok di daerah dengan intensitas cahaya rendah danlembab.

Pokok ini sebanarnya cukup mudah dipelihara. Ikuti saja kebiasaan hidupnya di alam bebas. Letakkan di bawah pohon, dimana tanaman ini cukup mendapatkan sinar matahari untuk pertumbuhannya tanpa berlebihan. Jangan menempatkannya langsung kepada sinaran matahari terik kerana akan mudah terbakar.

Paku pakis ini bebas daripada serangan serangga perosak kerana tiada satu pun serangga perosak yang gemarkannya. Cara pembiakan paling mudah ialah dengan menggantungkannya di tanah lembap. Ia akan mua bercantum bila sporanya jatuh ke tanah lembap tadi, Namun cara ini mengambil masa yang lama. Ia antara tanaman yang tidak memerlukan banyak tanah. Cukup sekadar menggunakan sabut kelapa atau ‘sphagnum moss’ sebagai medium penanaman.

Sewaktu kami membersihkan kawasan nurseri di sekolah kami, didapati anak-anak pokok Asplenium nidus banyak tumbuh di para-para konkrit yang berlumut dan lembab. Selama ini kami tidak menyedarinya kerana pokok induk yang ada di kawasan ini hanya sepokok sahaja.











Friday, May 11, 2012

ROS TETAP MENJADI PILIHAN...

Bunga ros terkenal dengan gelaran Raja Segala Bunga (Queen of Flowers). Justeru itu, ianya amat memerlukan, persekitaran yang bersih dan pencahayaan sinar Matahari yang cukup pada setiap hari. Selain daripada itu ia perlukan pemberian nutrien yang konsisten dan lengkap iaitu mengandungi nutrien yang cukup untuk tumbesaran pokok, daun dan bunga yang sihat dan subur. Jangan lupa, pemberian air yang mencukupi.

Bunga ros telah lama digunakan di dalam pelbagai bidang industri pembuatan dan perniagaan seperti dalam bidang-bidang industri farmaseutikal, industri pemakanan sebagai bahan perasa seperti minuman pati ros, industri kosmetik seperti minyak wangi, ubat gigi, bedak talkum dan perniagaan Spa sebagai bahan mandian untuk kesegaran badan.

Dari sudut pandangan Islam, kisah mengenai bunga ros telah dinyatakan di dalam Kitab Suci Al-Quran - Juzuk 27 : Surah Ar-Rahman Ayat 37-38 maksudnya : Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan ?

Aroma wangian bunga Ros mampu memberikan rasa ketenangan serta merangsang minda kita. Cuba amalkan mencium bunga Ros yang mempunyai bauan yang harum pada setiap pagi dan tarik nafas perlahan-lahan & sedalam-dalamnya untuk merasai kenikmatan bauan ros. Justeru ianya elok digunakan untuk merawat masalah emosi kemurungan serta menguatkan tubuh dengan mencium bauan bunga ros ini pada setiap hari.

Tip penjagaan pokok bunga ros: 
  • Pokok bunga ros perlukan sinaran cahaya matahari yang mencukupi. Untuk pokok Ros tumbuh dengan sihat dan subur, ianya memerlukan sekurang – kurangnya 6 jam sinaran cahaya matahari penuh. Membuat tempat perlindungan tidak akan memberi sebarang faedah pokok Ros.
  • Pokok bunga ros memerlukan air yang banyak. Kita perlu memastikan medium tanaman sentiasa lembab tetapi tidak menyebabkan air bertakung.
  • Air  yang berlebihan boleh menyebabkan pokok bunga ros mengalami masalah busuk akar. Oleh itu, ianya memerlukan sistem saliran yang baik.
  • Memberi pokok bunga ros dengan baja nitrogen yang hanya mencukupi. Terlalu banyak nitrogen akan merosakan pokok atau menyebabkan pertumbuhan daun yang tidak terkawal.Pokok bunga ros perlu mendapat nutrien yang mencukupi. Pokok bunga ros memerlukan bahan pemakanan di dalam nisbah NPK 1 : 2 : 1
  • Dahan yang mandul pada pokok bunga ros perlu dipotong dan dibuang.
  • pH ideal bagi medium tanaman pokok bunga ros ialah 6.5. Jika pH terlalu tinggi atau rendah, menyebabkan pokok bunga ros tidak dapat menyerap nutrien yang ada bagi mengeluarkan bunga.
  • Pokok bunga ros memerlukan daun yang mencukupi bagi membantu membuat klorofinya sendiri. Ini bagi memastikan pokok berdaun mencukupi dapat mengeluarkan bunga yang sihat dan cantik.