Bunga ros terkenal dengan gelaran Raja Segala Bunga (Queen of Flowers). Justeru itu, ianya amat memerlukan, persekitaran yang bersih dan pencahayaan sinar Matahari yang cukup pada setiap hari. Selain daripada itu ia perlukan pemberian nutrien yang konsisten dan lengkap iaitu mengandungi nutrien yang cukup untuk tumbesaran pokok, daun dan bunga yang sihat dan subur. Jangan lupa, pemberian air yang mencukupi.
Bunga ros telah lama digunakan di dalam pelbagai bidang industri pembuatan dan perniagaan seperti dalam bidang-bidang industri farmaseutikal, industri pemakanan sebagai bahan perasa seperti minuman pati ros, industri kosmetik seperti minyak wangi, ubat gigi, bedak talkum dan perniagaan Spa sebagai bahan mandian untuk kesegaran badan.
Dari sudut pandangan Islam, kisah mengenai bunga ros telah dinyatakan di dalam Kitab Suci Al-Quran - Juzuk 27 : Surah Ar-Rahman Ayat 37-38 maksudnya : Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan ?
Aroma wangian bunga Ros mampu memberikan rasa ketenangan serta merangsang minda kita. Cuba amalkan mencium bunga Ros yang mempunyai bauan yang harum pada setiap pagi dan tarik nafas perlahan-lahan & sedalam-dalamnya untuk merasai kenikmatan bauan ros. Justeru ianya elok digunakan untuk merawat masalah emosi kemurungan serta menguatkan tubuh dengan mencium bauan bunga ros ini pada setiap hari.
Tip penjagaan pokok bunga ros:
- Pokok bunga ros perlukan sinaran cahaya matahari yang mencukupi. Untuk pokok Ros tumbuh dengan sihat dan subur, ianya memerlukan sekurang – kurangnya 6 jam sinaran cahaya matahari penuh. Membuat tempat perlindungan tidak akan memberi sebarang faedah pokok Ros.
- Pokok bunga ros memerlukan air yang banyak. Kita perlu memastikan medium tanaman sentiasa lembab tetapi tidak menyebabkan air bertakung.
- Air yang berlebihan boleh menyebabkan pokok bunga ros mengalami masalah busuk akar. Oleh itu, ianya memerlukan sistem saliran yang baik.
- Memberi pokok bunga ros dengan baja nitrogen yang hanya mencukupi. Terlalu banyak nitrogen akan merosakan pokok atau menyebabkan pertumbuhan daun yang tidak terkawal.Pokok bunga ros perlu mendapat nutrien yang mencukupi. Pokok bunga ros memerlukan bahan pemakanan di dalam nisbah NPK 1 : 2 : 1
- Dahan yang mandul pada pokok bunga ros perlu dipotong dan dibuang.
- pH ideal bagi medium tanaman pokok bunga ros ialah 6.5. Jika pH terlalu tinggi atau rendah, menyebabkan pokok bunga ros tidak dapat menyerap nutrien yang ada bagi mengeluarkan bunga.
- Pokok bunga ros memerlukan daun yang mencukupi bagi membantu membuat klorofinya sendiri. Ini bagi memastikan pokok berdaun mencukupi dapat mengeluarkan bunga yang sihat dan cantik.
No comments:
Post a Comment