Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Sunday, May 20, 2012

ASPLENIUM NIDUS TUMBUH DI KONKRIT YANG LEMBAB DAN BERLUMUT

Kami gembira kerana Asplenium nidus banyak membiak di kawasan nurseri kami. Jadi, kami nak cerita sedikit mengenai Asplenium nidus ini...

Tentunya ada di antara kita yang meminati paku pakis sarang burung atau bird’s nest fern atau Asplenium nidus. Sesetengah orang mengaitkan Asplenium nidus dengan perkara-perkara mistik, hantu dan sebagainya.

Pokok ini dikatakan berasal dari kawasan tropika Afrika, Asia dan juga Pasifik. Ia tergolong sebagai tanaman suai matahari (sun-loving plant) dan suai redup (shade loving plant). Ia tahan lasak dan tidak memerlukan penyiraman setiap hari. Selain daripada rupa bentuk daun seperti daun pisang, ciri-ciri nyata lain ialah sporanya terletak pada urat dan di bawah daun dengan sporangia tertutup. Asplenium nidus perlu ditempatkan di kawasan separa teduh, lembap dan ia memerlukan air bersuhu bilik.

Pokok ini disukai karena bentuk keseluruhan tanaman yang membentuk mangkuk mirip sarang burung. Bentuk mangkuk ini adalah akibat pertumbuhan daunnya ke segala arah yang muncul dari pusat batang yang pipih dan tidak bertambah tinggi. Bentuk mangkuk penuh didapati apabila tanaman diletakkan pada pasu. Bentuk setengah mangkuk akan terjadi apabila tanaman dibiarkan tumbuh di pohon penaung atau dilekatkan di tembok. Paku pakis ini nampak menarik.

Paku pakis sarang burung dapat tumbuh baik di dataran rendahhingga pegunungan dengan ketinggian 2.500 dpl. Hidupnya yang bersifat epifit biasanya dijumpai pada pokok di daerah dengan intensitas cahaya rendah danlembab.

Pokok ini sebanarnya cukup mudah dipelihara. Ikuti saja kebiasaan hidupnya di alam bebas. Letakkan di bawah pohon, dimana tanaman ini cukup mendapatkan sinar matahari untuk pertumbuhannya tanpa berlebihan. Jangan menempatkannya langsung kepada sinaran matahari terik kerana akan mudah terbakar.

Paku pakis ini bebas daripada serangan serangga perosak kerana tiada satu pun serangga perosak yang gemarkannya. Cara pembiakan paling mudah ialah dengan menggantungkannya di tanah lembap. Ia akan mua bercantum bila sporanya jatuh ke tanah lembap tadi, Namun cara ini mengambil masa yang lama. Ia antara tanaman yang tidak memerlukan banyak tanah. Cukup sekadar menggunakan sabut kelapa atau ‘sphagnum moss’ sebagai medium penanaman.

Sewaktu kami membersihkan kawasan nurseri di sekolah kami, didapati anak-anak pokok Asplenium nidus banyak tumbuh di para-para konkrit yang berlumut dan lembab. Selama ini kami tidak menyedarinya kerana pokok induk yang ada di kawasan ini hanya sepokok sahaja.











No comments:

Post a Comment