Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik
Showing posts with label Panduan Membina Landskap. Show all posts
Showing posts with label Panduan Membina Landskap. Show all posts

Friday, September 11, 2015

LANDSKAP SAYURAN ORGANIK DI HOTEL BUNGA RAYA, BATU PAHAT


Di pandang pada struktur luaran, hotel ini sama seperti hotel bajet lain namun ramai tidak tahu, hotel bajet di tengah bandar Batu Pahat, Johor itu menjadi hotel perintis bagi projek pertanian bandar. 

Minat terhadap pertanian merangsang pemilik hotel itu dalam projek dilaksanakan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Jalinan kerjasama antara Pejabat Pertanian daerah Batu Pahat, Hotel Bunga Raya dan Southern Green Farm untuk membangunkan sistem pertanian bandar di atas bumbung. Bersesuaian dengan lokasi dipilih, teknologi AOS atau 'Aqua Organic System' 'zizag' dan menjalar menjadi perintis pertanian bandar yang masih baru di negara ini. 

Siapa sangka kawasan berbumbung yang terhad menghasilkan kebun sayur yang pelbagai.
Menerusi teknologi itu, pelbagai jenis sayuran dihasilkan seperti bayam, salad, sawi, kucai, mask melon, timun dan petola. Pada fasa pertama, hotel setinggi enam tingkat itu mengeluarkan 150 kilogram sayuran organik. 

Usaha hotel itu mendapat bantuan Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat Rosdin Kimin. Malah, pengurus hotel itu, Peter Chew tidak lokek berkongsi ilmu mengenai projek dilaksanakan. Turut berkongsi ilmu, wakil syarikat Southern Green Farm, Pua Kim Peng yang mengakui AOS menjimatkan kos, tenaga dan masa. 

Formula pengurusannya juga mudah dengan hanya menggunakan hidroton (media tanaman bulat dari tanah liat bakar). Menggunakan sistem pam air, teknologi mudah itu berfungsi dengan baik tanpa penjagaan sukar. Pertamanya, sistem perlu dipasang terlebih dulu dan diletakkan biji benih dalam hidroton. Nutrien organik dengan sukatan tertentu kemudian diletakkan setiap minggu hingga tarikh tuaian. 

Dalam tempoh matang 30 hingga 45 hari (ikut jenis tanaman), sayuran perlu dikeluarkan dengan mengasingkan akar daripada hidroton. Media tanaman dimasukkan semula untuk melalui kitaran tanaman berikutnya. Rosdin berkata, program pertanian bandar adalah program membantu isi rumah bandar dalam meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan diperlukan. 

"Program ini adalah pelengkap ke atas pembangunan bandar secara keseluruhannya. Ia membabitkan penyertaan penduduk kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan," katanya. 

Penyertaan penduduk bandar dalam aktiviti pengeluaran bahan tanaman makanan boleh menambah pendapatan individu atau isi rumah seterusnya mengurangkan kos sara hidup di bandar. 

"Kita tahu kos sara hidup sekarang ini semakin meningkat. Justeru kami menggalak mana-mana pihak yang mempunyai ruang untuk melaksanakan aktiviti menanam sayur," katanya. 

Pelancaran Program Pertanian Bandar di peringkat negeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad. Program itu terbahagi kepada tiga kategori individu, komuniti dan institusi. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan Johor Ahmad Kamil Mohd Yunus serta Adun Semerah Ismail Roslan. 

Rosdin berkata, terdapat 15 projek pertanian bandar di Batu Pahat membabitkan individu, komuniti , hotel dan agensi kerajaan. Hala tuju masa depan katanya, projek itu akan dikembangkan ke beberapa lokasi sekitar bandar, antaranya Kemas, taman dan surau. Dari aspek landskap katanya, jabatan berbincang dengan pengusaha berminat mengenai sistem pertanian bandar yang akan dibangunkan. 

"Ia bergantung kepada kesusaian lokasi dengan kemampuan dari segi kos daripada pemilik hotel. Kita pun cadangkan supaya sistem ini digunapakai kerana ia bersih dan tidak menggunakan medium tanah," katanya. 

Bagaimanapun, kata­nya, bagi mereka yang tidak mempunyai bumbung, tetapi mempunyai ruang tanah, pihaknya masih menggalak tanaman secara konvensional. 

"Kami cadangkan tanaman dilaksanakan secara organik dan 'zero pesticide'. Kaedah polibeg atau atas tanah boleh selagi ia mencapai matlamat konsep pertanian bandar,"  katanya

Sumber:  MyMetro

Di pandang pada struktur luaran, hotel ini sama seperti hotel bajet lain namun ramai tidak tahu, hotel bajet di tengah bandar Batu Pahat, Johor itu menjadi hotel perintis bagi projek pertanian bandar.
Minat terhadap pertanian merangsang pemilik hotel itu dalam projek dilaksanakan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Jalinan kerjasama antara Pejabat Pertanian daerah Batu Pahat, Hotel Bunga Raya dan Southern Green Farm untuk membangunkan sistem pertanian bandar di atas bumbung.
Bersesuaian dengan lokasi dipilih, teknologi AOS atau 'Aqua Organic System' 'zizag' dan menjalar menjadi perintis pertanian bandar yang masih baru di negara ini.
Siapa sangka kawasan berbumbung yang terhad menghasilkan kebun sayur yang pelbagai.
Menerusi teknologi itu, pelbagai jenis sayuran dihasilkan seperti bayam, salad, sawi, kucai, mask melon, timun dan petola.
Pada fasa pertama, hotel setinggi enam tingkat itu mengeluarkan 150 kilogram sayuran organik.
Usaha hotel itu mendapat bantuan Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat Rosdin Kimin.
Malah, pengurus hotel itu, Peter Chew tidak lokek berkongsi ilmu mengenai projek dilaksanakan.
Turut berkongsi ilmu, wakil syarikat Southern Green Farm, Pua Kim Peng yang mengakui AOS menjimatkan kos, tenaga dan masa.
Formula pengurusannya juga mudah dengan hanya menggunakan hidroton (media tanaman bulat dari tanah liat bakar).
Menggunakan sistem pam air, teknologi mudah itu berfungsi dengan baik tanpa penjagaan sukar.
Pertamanya, sistem perlu dipasang terlebih dulu dan diletakkan biji benih dalam hidroton.
Nutrien organik dengan sukatan tertentu kemudian diletakkan setiap minggu hingga tarikh tuaian.
Dalam tempoh matang 30 hingga 45 hari (ikut jenis tanaman), sayuran perlu dikeluarkan dengan mengasingkan akar daripada hidroton.
Media tanaman dimasukkan semula untuk melalui kitaran tanaman berikutnya.
Rosdin berkata, program pertanian bandar adalah program membantu isi rumah bandar dalam meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan diperlukan.
"Program ini adalah pelengkap ke atas pembangunan bandar secara keseluruhannya.
"Ia membabitkan penyertaan penduduk kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan," katanya.
Penyertaan penduduk bandar dalam aktiviti pengeluaran bahan tanaman makanan boleh menambah pendapatan individu atau isi rumah seterusnya mengurangkan kos sara hidup di bandar.
"Kita tahu kos sara hidup sekarang ini semakin meningkat. Justeru kami menggalak mana-mana pihak yang mempunyai ruang untuk melaksanakan aktiviti menanam sayur," katanya.
Pelancaran Program Pertanian Bandar di peringkat negeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad.
Program itu terbahagi kepada tiga kategori individu, komuniti dan institusi.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan Johor Ahmad Kamil Mohd Yunus serta Adun Semerah Ismail Roslan.
Rosdin berkata, terdapat 15 projek pertanian bandar di Batu Pahat membabitkan individu, komuniti , hotel dan agensi kerajaan.
Hala tuju masa depan katanya, projek itu akan dikembangkan ke beberapa lokasi sekitar bandar, antaranya Kemas, taman dan surau.
Dari aspek landskap katanya, jabatan berbincang dengan pengusaha berminat mengenai sistem pertanian bandar yang akan dibangunkan.
"Ia bergantung kepada kesusaian lokasi dengan kemampuan dari segi kos daripada pemilik hotel.
"Kita pun cadangkan supaya sistem ini digunapakai kerana ia bersih dan tidak menggunakan medium tanah," katanya.
Bagaimanapun, kata­nya, bagi mereka yang tidak mempunyai bumbung, tetapi mempunyai ruang tanah, pihaknya masih menggalak tanaman secara konvensional.
"Kami cadangkan tanaman dilaksanakan secara organik dan 'zero pesticide'.
"Kaedah polibeg atau atas tanah boleh selagi ia mencapai matlamat konsep pertanian bandar," katanya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14759#sthash.8BFG3lXg.dpuf

Thursday, August 13, 2015

KOMPOS DAN CARA MEMBUATNYA

1.  Kompos 

  • Kompos ialah sejenis baja organik hasil reputan sisa tumbuhan, sisa makanan dan najis haiwan.  
  • Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). 
  • Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. 
  • Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. 
  • Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. 
  • Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.
  • Kompos digunakan sebagai pengganti baja kimia dalam penanaman sama ada tanaman hiasan atau tanaman makanan. 
  • Penggunaan kompos dapat membantu berjimat cermat. 
  • Bahan untuk membuat kompos mudah didapati.
  • Membuat kompos dapat melupuskan sisa-sisa makanan, sampah atau tumbuh-tumbuhan.

2.   Kepentingan kompos
  • Dapat menambahkan kesuburan tanah dengan cara membekalkan nutrien kepada tanaman.
  • Memperbaiki struktur tanah dan pengudaraan.
  • Dapat memperbaiki pengudaraan dan saliran bagi tanah liat dan menahan lebih banyak air dalam tanah yang berpasir.
  • Dapat menggantikan baja kimia.

 3.  Bahan kompos
  • Sisa tumbuhan - Jerami padi, batang jagung, rumput, daun dan lalang. Ia sebagai bahan utama kompos.
  • Sisa makanan - Saki-baki makanan, kulit buah-buahan, kulit udang dan sisik ikan. Ia bahan utama kompos.
  • Najis ternakan - Najis lembu, tahi ayam, dan tahi kambing. Mengandungi mikroorganisma yang membantu proses pereputan.
  • Kapur - Kapur tohor, kapur mati dan dolomite.

4.  Pembinaan kompos
  1. Bahan yang hendak dijadikan kompos dipotong halus menggunakan mesin shredder atau parang.
  2. Bina selapisan 10-15 cm bahan kasar sebagai tapak asas. Bahan ini terdiri daripada batang jagung, batang padi, dan ranting kayu.
  3. Di atas tapak asas, letakkan selapisan sisa tanaman setebal 10-15 cm.
  4. Taburkan selapisan kapur di atas lapisan ini.
  5. Di atas lapisan kapur, letakkan selapisan sisa makanan lagi setebal 10-15 cm.
  6. Letakkan selapisan najis ternakan setebal 2.5 cm - 5 cm.
  7. Ulang langkah 22, 3, 4, dan 5 sehingga mencapai ketinggian 1.2 m. Lebarnya ialah 1,5 m X 1.5 m.
  8. Siram timbunan sehingga lembab.
  9. Di atasnya tutup dengan bahan kasar seperti batang jagung atau jerami padi untuk mengelakkan sejatan air dan air hujan yang berlebihan memasuki timbunan.

 5.  Menguji kejayaan kompos
  • Cucuk batang kayu di tengah-tengah timbunan kompos selama 10-15 minit.
  • Keluarkan batang kayu dan rasakan dengan tangan.
  • Batang kayu panas dan lembab - Bahan kompos senag diurai. Biarkan proses pereputan terus berlaku.
  • Batang kayu kering dan sejuk - Proses uraian tidak berlaku. Timbunan kompos perlu dibina semula.
  • Batang kayu panas dan kering - Timbunan kompos perlu disiram air. Teruskan.

6.  Membalik-balikkan timbunan kompos.
  • Satu longgokan baja kompos mempunyai “suhu optima” di mana proses pereputan berlaku paling cepat. 
  • Walau bagaimanapun, hawa di kawasan tropika sudah cukup sesuai untuk penghasilan baja dan kita tidak perlu bimbang tentang perkara ini. 
  • Selepas 4 minggu, timbunan kompos perlu dibalikkan untuk menentukan proses reputan berlaku secara rata dan sempurna.
  • Ia dapat membaiki saliran dan pengudaraan timbunan kompos.
  • Balikkan dan gaulkan kompos. Bina semula timbunan kompos.
  • Selepas 4 - 5 hari, uji semula timbunan kompos.  
  • Uji semula timbunan kompos.
  • Biarkan selama 4 - 5 minggu supaya timbunan kompos mereput sepenuhnya.
  • Kompos yang telah dibuat dengan baik akan berwarna hitam, tidak berbau, dan semua bahan kompos telah reput. 
  • Jika penghasilan baja dilakukan dengan betul, longgokan tersebut sentiasa lembap dan dibalik-balikkan dengan kerap, longgokan itu sepatutnya berbau seperti daun basah atau seperti bau dalam hutan. Ia tidak sepatutnya berbau busuk!

Tuesday, August 4, 2015

KOLAM HIASAN: TIP MEMBINA DAN MENYENGGARA


Berhajat ak bina kolam hiasan yang diimpikan? Justeru bagaimana kita boleh membina sebuah taman kolam hiasan yang menarik dan sentiasa terjaga?

Mewujudkan sebuah kolam hiasan walaupun kecil, sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ciri-ciri air ini selain menyumbang kepada suasana alam semula jadi, ia juga membuatkan suasana kediaman lebih sejuk. Sebuah taman air bersaiz kecil boleh ditambah dengan tumbuhan akuatik dan ikan hiasan agar kelihatan harmoni.

Jika kita ingin membina sendiri sebuah kolam hiasan yang menjimatkan kos, binalah sesuatu bermula dengan saiz kecil dahulu. Walaupun kecil, mungkin ia bakal menjadi projek yang sangat menyeronokkan.Agar kolam hiasan ini sentiasa berfungsi dan terjaga rapi, haruslah kita membuat penyenggaraan secara berkala.


Berikut adalah panduan untuk membina kolam hiasan yang boleh dibuat sendiri:

1.   Tentukan ciri-ciri asas kolam
  •  Tentukan dahulu bagaimana rupa kolam yang dikehendaki sama ada ianya above ground pond atau inground pond. 
  • Adakah kita mahu ia kelihatan separas tanah atau ia kelihatan di atas permukaan tanah. 
  • Berapakah saiz dan kedalaman kolam. 
  • Apakah fungsi kolam itu? 
  •  Kebiasaannya sebuah kolam hiasan adalah lebih kepada hiasan landskap semata-mata. 
  • Ia dihiasi dengan tumbuhan akuatik, batu sungai, dan juga ikan hiasan. 
  • Kebanyakan kolam memberikan hasil terbaik di lokasi yang menerima pancaran cahaya matahari, kerana persekitaran kondusif membolehkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan membesar. 
  • Pertimbangkan juga kawasan yang bersesuaian yang miungkin kita nikmati pemandangan kolam tersebut dari dalam kediaman. 
  • Elakkan memilih tempat yang berhampiran dengan pokok-pokok, kerana mungkin boleh merosakkan system akarnya. 
  • Mulakan dengan penanaman tumbuhan akuatik dan lihat sejauh mana kejayaannya. Kemudian barulah diletakkan ikan-ikan hiasan.


2.  Pam air
  •  Pam air digunakan untuk mengalirkan air, memancutkan air dan juga untuk memberi buih-buih pengudaraan untuk ikan. 
  • Kapasiti pam air hendaklah bersesuaian dengan saiz kolam.

3.  Menanam tumbuhan akuatik
  •  Tanam hanya beberapa spesies tumbuhan akuatik untuk memelihara keadaan kolam. 
  • Bentuk daun berbeza boleh menghasilkan komposisi menarik visual kolam. 
  • Tumbuhan akuatik ini boleh ditanam di dalam pasu sebelum dimasukkan didalam kolam hiasan ataupun dibiarkan terapung. 
  • Pasu ini boleh diatur dengan ketinggian yang berbeza menggunakan bata yang dialas di bawahnya. 
  • Tumbuhan akuatik yang terapung boleh dimasukkan kemudian setelah air diisi ke dalam kolam.

4.  Keperluan filter untuk kolam
  •  Filter (penapis) pam air dan pam air dapat mengekalkan kelangsungan kondisi kolam yang cemerlang. 
  • Pam dan penapis perlu untuk menghasilkan air yang bersih dan sentiasa bergerak supaya tumbuh-tumbuhan atau ikan dapat hidup dengan baik. 
  • Hidupkan pam dan biarkan ia menjana proses kitaran air selama 24 jam sebelum memasukkan tumbuhan akuatik atau ikan hiasan.


5.  Penjagaan dan penyenggaraan air kolam hiasan
  •  Mengekalkan rutin penjagaan kolam secara konsisten lebih susah berbanding membinanya. 
  • Kolam akan mula hilang daya menariknya apabila kita mengabaikan penjagaannya. 
  • Pantau kualiti air setiap bulan. 
  • Jenis bahan yang telah masuk ke dalam kolam akan member kesan yang besar kepada kekerapan kita mencuci kolam. 
  • Terlalu banyak tumbuhan yang rosak atau sisa perkumuhan ikan di dasar kolam, akan mengganggu habitat ikan peliharaan dan kualiti air. 
  • Kualiti air akan menentukan tahap kesihatan ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik di dalamnya. 
  • Memastikan tahap pH air yang bersesuaian untuk menentukan keasidan air sesuatu kolam. 
  • Cuba pastikan nilai bacaan nilai pH air di antara 6.8 hingga 9.0 iaitu nilai yang sesuai untuk ikan dan tumbuh-tumbuhan akuatik. 
  • Hadkan jumlah makanan yang diberikan kepada ikan kerana makanan ikan yang berlebihan di dalam air mempengaruhi kehadiran jumlah nitrat. 
  • Nitrat sangat bertoksik kepada ikan dan ia boleh dikawal dengan menukar air serta mencuci sistem filter. 
  • Penyenggaraan kolam secara berkala perlu dilakukan supaya kolam sentiasa jernih dan ikan dapat hidup selesa dalam habitatnya. 
  • Penyakit yang boleh merosakkan tumbuhan dan ikan akan tersebar melalui air yang mana tidak dapat dilihat oleh mata kasar serta tidak akan menunjukkan kesan secara mendadak. Ia akan mengurangkan imuniti ikan dan tumbuhan secara perlahan lalu menyebabkannya lemah dan mati.

Saturday, October 19, 2013

IDEA DAN TREND TAMAN MASA KINI

Kini seni taman mula diminati oleh masyarakat untuk mempercantik dan memperindah kawasan rumah mereka. Trend sekarang dimana taman bukan sahaja sebagai sebahagian kawasan rumah, bahkan taman juga berperanan sebagai kawasan menanam tumbuh-tumbuhan yang disukai dan  tempat untuk bermain dan bersantai dengan seluruh anggota keluarga. Untuk membina taman-taman itu kita perlukan idea-idea taman yang disesuaikan dengan keadaan kawasan itu sendiri.

Untuk idea taman peribadi yang ingin menonjolkan suasana persendirian dan ketenangan, maka membina gazebo sebagai aksesori taman adalah pilihan paling tepat.  Selain itu, membina siar kaki dengan air terjun mini merupakan idea taman yang menkagumkan.

Untuk mengelakkan pembinaan taman yang akan memakan belanja yang besar, mungkin kita perlu melakukan pembinaan projek taman idaman kita itu step by step dan bersabar. Yakinlah bahawa kita boleh melakukannya berkat dengan kesabaran. Biar bertahun, asalkan kita puas dan pembinaan taman itu tidak menjejaskan kewangan kita.
Berikut ini kami nyatakan idea-idea taman mengikut trend masa kini yang menjadi kegemaran masyarakat untuk memperindahkan penampilan taman yang akan dibina.  
  1. Membina jambatan kecil - Jambatan kecil ini mampu membuat suasana taman lebih hidup dan kelihatan asli. Ia boleh dibuat daripada konkrit, kayu dan papan. 
  2. Membina siar kaki - Siar kaki dapat mengelakkan pengguna taman daripada memijak tanaman landskap. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan arah untuk kita bersiar-siar di kawasan taman. Boleh dibuat daripada konkrit, batu, atau ubin dan juga kayu. 
  3. Menanam tanaman bertopiari - Tanaman bertopiari yang dicantas kemas dengan berbagai bentuk menjadikan taman lebih cantik. Tak perlu buat banyak, hanya sekadar 3 atau 4 topiari, sudah cukup memberi impak kepada taman. 
  4. Beri pencahayaan yang tepat - Beri dan tambahkan pencahayaan di beberapa sudut taman. Melalui pemilihan dan penempatan lampu pencahayaan yang tepat boleh meningkatkan kesan keindahan taman terutamanya apabila alam sekeliling mula menggelap. Penvahayaan ini boleh diletakkan di bawah pokok, di bawah air yang diletakkan di kolam atau di air terjun buatan agar permukaan air tampak lebih berkilau. 
  5. Membina gazebo - Gazebo dapat mencetuskan dan mewujudkan suasana santai dan keselesaan. Gazebo boleh dijadikan tempat bersosial bersama keluarga sambil minum teh. Ia juga boleh menyerlahkan persekitaran taman atau tempat kediaman lebih-lebih jika binaannya unik dan menarik.
  6. Membina pergola - Pergola sebagai tempat berteduh sementara daripada cahaya matahari. Selain daripada itu ia digunakan sebagai laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan memanjat di atasnya. 
  7. Membina kolam air atau pancuran air -  Kolam air bukan sekadar menghias taman tetapi mewujudkan ekosistem untuk kediaman supaya ia lebih hidup dan memberi manfaat kepada pemilik kediaman, selain memberikan kehidupan kepada hidupan lain seperti tumbuhan air dan ikan hiasan.



Contoh idea taman masa kini:













Sunday, July 21, 2013

PANCURAN AIR TAMAN DI SMK TELOK KERANG MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR

Ianya satu projek yang boleh dikatakan inovatif dan kreatif. Malahan ia juga satu idea yang bagus. Pancuran air di taman dijana dengan menggunakan tenaga solar tidak seperti kebiasaannya yang menggunakan elektrik. Projek menaiktaraf kolam dan air terjun simen ferro yang terletak di tepi gelanggang bola tampar ini diideakan oleh Cikgu Hirmanazif dan Cikgu Hasan Kasmuri. Semua peralatan penjanaan solar ini disumbangkan oleh Caltex Malaysia melalui programnya Caltex Fuel Your School. Terima kasih kami ucapkan kepada Caltex Malaysia.

Tenaga solar ini sebenarnya tenaga asli, dalam erti kata lain sebagai pengganti tenaga elektrik dan sekaligus mengurangkan bil elektrik. Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Punca tenaga utama bagi tenaga solar adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga solar dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran matahari dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi.

Bagi mendapatkan tenaga solar sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah digunakan. Antaranya ialah kaedah plat (panel) pengumpul mendatar. Pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanasan ruang yang besar-besaran ataupun secara kecil- kecilan.

Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga matahari setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga solar secara maksimum. Pada masa ini, tenaga solar boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga.

Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal ini adalah kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan pengunaan sumber tenaga yang lain. Selain daripada dapat menjana tenaga dengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yang mesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negara mereka.