Di pandang pada struktur luaran, hotel ini sama
seperti hotel bajet lain namun ramai tidak tahu, hotel bajet di tengah bandar
Batu Pahat, Johor itu menjadi hotel perintis bagi projek pertanian bandar.
Minat terhadap pertanian merangsang pemilik hotel
itu dalam projek dilaksanakan Jabatan Pertanian Negeri Johor. Jalinan kerjasama antara Pejabat Pertanian daerah
Batu Pahat, Hotel Bunga Raya dan Southern Green Farm untuk membangunkan sistem
pertanian bandar di atas bumbung. Bersesuaian dengan lokasi dipilih, teknologi AOS
atau 'Aqua Organic System' 'zizag' dan menjalar menjadi perintis pertanian
bandar yang masih baru di negara ini.
Siapa sangka kawasan berbumbung yang terhad
menghasilkan kebun sayur yang pelbagai.
Menerusi teknologi itu, pelbagai jenis sayuran
dihasilkan seperti bayam, salad, sawi, kucai, mask melon, timun dan petola. Pada fasa pertama, hotel setinggi enam tingkat itu
mengeluarkan 150 kilogram sayuran organik.
Usaha hotel itu mendapat bantuan Pegawai Pertanian
Daerah Batu Pahat Rosdin Kimin. Malah, pengurus hotel itu, Peter Chew tidak lokek
berkongsi ilmu mengenai projek dilaksanakan. Turut berkongsi ilmu, wakil syarikat Southern Green
Farm, Pua Kim Peng yang mengakui AOS menjimatkan kos, tenaga dan masa.
Formula pengurusannya juga mudah dengan hanya
menggunakan hidroton (media tanaman bulat dari tanah liat bakar). Menggunakan sistem pam air, teknologi mudah itu
berfungsi dengan baik tanpa penjagaan sukar. Pertamanya, sistem perlu dipasang terlebih dulu dan
diletakkan biji benih dalam hidroton. Nutrien organik dengan sukatan tertentu kemudian
diletakkan setiap minggu hingga tarikh tuaian.
Dalam tempoh matang 30 hingga 45 hari (ikut jenis
tanaman), sayuran perlu dikeluarkan dengan mengasingkan akar daripada hidroton. Media tanaman dimasukkan semula untuk melalui
kitaran tanaman berikutnya. Rosdin berkata, program pertanian bandar adalah
program membantu isi rumah bandar dalam meringankan kos sara hidup melalui
pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan diperlukan.
"Program ini adalah pelengkap ke atas
pembangunan bandar secara keseluruhannya. Ia membabitkan penyertaan penduduk kawasan
bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan di
peringkat negeri dan persekutuan," katanya.
Penyertaan penduduk bandar dalam aktiviti
pengeluaran bahan tanaman makanan boleh menambah pendapatan individu atau isi
rumah seterusnya mengurangkan kos sara hidup di bandar.
"Kita tahu kos sara hidup sekarang ini semakin
meningkat. Justeru kami menggalak mana-mana pihak yang mempunyai ruang untuk
melaksanakan aktiviti menanam sayur," katanya.
Pelancaran Program Pertanian Bandar di peringkat
negeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri,
Ismail Mohamad. Program itu terbahagi kepada tiga kategori
individu, komuniti dan institusi. Hadir sama, Timbalan Pengarah Pertanian
Pengembangan Johor Ahmad Kamil Mohd Yunus serta Adun Semerah Ismail Roslan.
Rosdin berkata, terdapat 15 projek pertanian bandar
di Batu Pahat membabitkan individu, komuniti , hotel dan agensi kerajaan. Hala tuju masa depan katanya, projek itu akan
dikembangkan ke beberapa lokasi sekitar bandar, antaranya Kemas, taman dan
surau. Dari aspek landskap katanya, jabatan berbincang
dengan pengusaha berminat mengenai sistem pertanian bandar yang akan
dibangunkan.
"Ia bergantung kepada kesusaian lokasi dengan
kemampuan dari segi kos daripada pemilik hotel. Kita pun cadangkan supaya sistem ini
digunapakai kerana ia bersih dan tidak menggunakan medium tanah," katanya.
Bagaimanapun, kataÂnya, bagi mereka yang tidak
mempunyai bumbung, tetapi mempunyai ruang tanah, pihaknya masih menggalak
tanaman secara konvensional.
"Kami cadangkan tanaman dilaksanakan secara
organik dan 'zero pesticide'. Kaedah polibeg atau atas tanah boleh selagi
ia mencapai matlamat konsep pertanian bandar," katanya
Sumber: MyMetro
Di
pandang pada struktur luaran, hotel ini sama seperti hotel bajet lain
namun ramai tidak tahu, hotel bajet di tengah bandar Batu Pahat, Johor
itu menjadi hotel perintis bagi projek pertanian bandar.
Minat terhadap pertanian merangsang pemilik hotel itu dalam projek dilaksanakan Jabatan Pertanian Negeri Johor.
Jalinan kerjasama antara Pejabat Pertanian daerah Batu Pahat, Hotel Bunga Raya dan Southern Green Farm untuk membangunkan sistem pertanian bandar di atas bumbung.
Bersesuaian dengan lokasi dipilih, teknologi AOS atau 'Aqua Organic System' 'zizag' dan menjalar menjadi perintis pertanian bandar yang masih baru di negara ini.
Siapa sangka kawasan berbumbung yang terhad menghasilkan kebun sayur yang pelbagai.
Menerusi teknologi itu, pelbagai jenis sayuran dihasilkan seperti bayam, salad, sawi, kucai, mask melon, timun dan petola.
Pada fasa pertama, hotel setinggi enam tingkat itu mengeluarkan 150 kilogram sayuran organik.
Usaha hotel itu mendapat bantuan Pegawai Pertanian Daerah Batu Pahat Rosdin Kimin.
Malah, pengurus hotel itu, Peter Chew tidak lokek berkongsi ilmu mengenai projek dilaksanakan.
Turut berkongsi ilmu, wakil syarikat Southern Green Farm, Pua Kim Peng yang mengakui AOS menjimatkan kos, tenaga dan masa.
Formula pengurusannya juga mudah dengan hanya menggunakan hidroton (media tanaman bulat dari tanah liat bakar).
Menggunakan sistem pam air, teknologi mudah itu berfungsi dengan baik tanpa penjagaan sukar.
Pertamanya, sistem perlu dipasang terlebih dulu dan diletakkan biji benih dalam hidroton.
Nutrien organik dengan sukatan tertentu kemudian diletakkan setiap minggu hingga tarikh tuaian.
Dalam tempoh matang 30 hingga 45 hari (ikut jenis tanaman), sayuran perlu dikeluarkan dengan mengasingkan akar daripada hidroton.
Media tanaman dimasukkan semula untuk melalui kitaran tanaman berikutnya.
Rosdin berkata, program pertanian bandar adalah program membantu isi rumah bandar dalam meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan diperlukan.
"Program ini adalah pelengkap ke atas pembangunan bandar secara keseluruhannya.
"Ia membabitkan penyertaan penduduk kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama pelbagai agensi berkaitan di peringkat negeri dan persekutuan," katanya.
Penyertaan penduduk bandar dalam aktiviti pengeluaran bahan tanaman makanan boleh menambah pendapatan individu atau isi rumah seterusnya mengurangkan kos sara hidup di bandar.
"Kita tahu kos sara hidup sekarang ini semakin meningkat. Justeru kami menggalak mana-mana pihak yang mempunyai ruang untuk melaksanakan aktiviti menanam sayur," katanya.
Pelancaran Program Pertanian Bandar di peringkat negeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamad.
Program itu terbahagi kepada tiga kategori individu, komuniti dan institusi.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Pertanian Pengembangan Johor Ahmad Kamil Mohd Yunus serta Adun Semerah Ismail Roslan.
Rosdin berkata, terdapat 15 projek pertanian bandar di Batu Pahat membabitkan individu, komuniti , hotel dan agensi kerajaan.
Hala tuju masa depan katanya, projek itu akan dikembangkan ke beberapa lokasi sekitar bandar, antaranya Kemas, taman dan surau.
Dari aspek landskap katanya, jabatan berbincang dengan pengusaha berminat mengenai sistem pertanian bandar yang akan dibangunkan.
"Ia bergantung kepada kesusaian lokasi dengan kemampuan dari segi kos daripada pemilik hotel.
"Kita pun cadangkan supaya sistem ini digunapakai kerana ia bersih dan tidak menggunakan medium tanah," katanya.
Bagaimanapun, kataÂnya, bagi mereka yang tidak mempunyai bumbung, tetapi mempunyai ruang tanah, pihaknya masih menggalak tanaman secara konvensional.
"Kami cadangkan tanaman dilaksanakan secara organik dan 'zero pesticide'.
"Kaedah polibeg atau atas tanah boleh selagi ia mencapai matlamat konsep pertanian bandar," katanya
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14759#sthash.8BFG3lXg.dpuf

No comments:
Post a Comment