Showing posts with label Aksesori Landskap. Show all posts
Showing posts with label Aksesori Landskap. Show all posts
Friday, October 2, 2015
Thursday, October 1, 2015
Thursday, September 17, 2015
Tuesday, September 15, 2015
Saturday, March 29, 2014
PILIH PERABOT SESUAI DENGAN KONSEP TAMAN
Perabot dan aksesori di taman kekal menarik dan mempunyai jangka hayat lebih lama jika aspek penjagaan diberi perhatian. Tidak semua perabot taman di pasaran mempunyai ciri-ciri tahan daripada cuaca panas, hujan atau embun. Tambahan pula ada hanya sesuai di tempat berbumbung seperti dekoratif gazebo atau wakaf.
Sebelum membeli, pastikan lokasi, reka bentuk, kesesuaian, bajet dan aspek penyelenggaraan. Paling utama kesesuaian perabot perlu diselarikan dengan konsep taman supaya idea yang anda ingin zahirkan lebih menyeluruh.
- Bagi kerusi santai umpamanya, persekitaran sesuai perlu diwujudkan supaya fungsinya boleh dipelbagaikan. Dalam meraikan tetamu dan mewujudkan tempat bersembang, kehadiran kerusi yang mempunyai pemegang dengan meja kopi di tengahnya, amat penting.
- Sementara itu, ruang istirahat pula memerlukan kesesuaian dan reka letak seperti kerusi malas atau kerusi goyang.
- Seterusnya, bajet perlu selari dengan kemampuan kita bagi mengelak pembaziran atau tersalah beli perabot.
- Jika bercadang membeli perabot kegunaan minum petang, pastikan jumlah kerusi atau keluasan meja.
- Tentukan lokasi sama ada berbumbung atau sebaliknya. Elak meletak kusyen atau hiasan fabrik untuk ruang terbuka bagi menghindari kepudaran warna atau terkena hujan.
Bagi mengekal seri dan ketahanan perabot taman, beberapa panduan berikut mungkin boleh membantu.
- Guna penyapu debu berasaskan bulu ayam bagi menanggalkan debu di celah rotan.
- Dapatkan kain bersih untuk mencuci perabot, selain menyembur pengilat perabot untuk mengekalkan serinya.
- Letakkan perabot di tempat teduh seperti beranda ketika matahari terik. Ini kerana pancaran cahaya secara berterusan boleh melunturkan warna asal rotan atau buluh.
- Elak meninggalkan perabot taman di luar ketika hujan kerana ia menyerap air dan menyebabkan kurang daya ketahanan.
- Dalam usaha mengekalkan warna kayu jati, gunakan bahan perlindungan sesuai bagi mengelak ia pudar.
- Perabot taman perlu dalam keadaan kering sebelum membuat rawatan atau dicat pelindung.
- Sementara itu, perabot taman yang dilengkapi payung boleh melindungi kepudaran dan mengekal daya ketahanannya.
Monday, August 27, 2012
FUNGSI BATU DALAM TAMAN
Penggunaan batu kian meluas dan menjadi elemen hiasan penyeri taman serta landskap buatan.Tidak kira konsep Jepun atau Zen, Bali, tropika, moden atau kontemporari, batu antara elemen penting semula jadi.
Anda yang ingin mengubah penampilan taman sedia ada boleh berbuat demikian menggunakan batu hiasan. Kombinasi taman dihiasi rumput dengan deretan batu hiasan menarik membuatkan taman tampak hebat. Malah, penggunaan batu hiasan mengurangkan keadaan tidak selesa ketika hujan lebat. Masyarakat di bandar semakin gemar menggunakan batu sebagai hiasan kerana ia mudah diselenggara.Jika bijak menyusun, batu boleh boleh membina kolam serta air terjun.
Kehadiran batu hiasan menguji daya kreativiti anda mencorak konsep taman. Terdapat pelbagai jenis batu hiasan sesuai dijadikan pilihan menutup kelemahan tanah bergantung kepada elemen tertentu termasuk saiz, permukaan dan warna. Ia termasuk jenis batu sungai semula jadi, buatan simenferro atau batu yang berasal dari gunung berapi yang boleh digunakan untuk taman. Bagaimanapun, pilihan yang dibuat perlu diselarikan dengan konsep penataan taman bukannya menyakitkan pandangan. Batu hiasan berasaskan material yang berongga dan mempunyai pengaliran air dan udara sempurna amat sesuai. Ia menggalakkan pertumbuhan lumut dan kombinasi menarik untuk melahirkan suasana semula jadi. Batu hiasan 'limestone' sesuai diletak berhampiran kolam renang manakala yang berasaskan tanah liat untuk taman paku-pakis.
Elakkan daripada memilih batu hiasan jenis berkilat kerana ia mudah licin ketika hujan. Dalam menyerikan penataan taman, pilih material tahan lama dan dapat menyokong penampilan elemen landskap kejur yang lain. Lokasi kediaman antara perkara yang perlu diteliti dalam memilih batu hiasan sebagai penutup permukaan tanah. Anda yang tinggal di persisiran pantai dan lokasi berhampiran, batu kapur sesuai dengan kawasan berpasir. Seterusnya bahan ornamen atau hiasan taman yang diukir daripada batu turut menyerikan taman.Umpamanya set kerusi taman, pasu atau bekas tanaman, ukiran atau arca batu dan tidak ketinggalan jubin hiasan dinding pada kolam serta kediaman.
Thursday, May 10, 2012
BATU-BATUAN PENYERI TAMAN
Batu-batuan antara elemen semula jadi yang wujud sejak dulu tidak dinafikan berperanan besar dalam mewujudkan keindahan. Kini, penggunaan batu semakin meluas dan menjadi elemen hiasan penyeri taman serta landskap ciptaan. Reka letak yang sesuai membantu suasana di taman kelihatan harmoni dan menjadi lokasi santai paling bermakna.
Sememangnya ia menjadi pelengkap kepada pelbagai konsep taman seperti Jepun atau zen, Bali, tropika, moden dan kontemporari. Kombinasi taman dihiasi rumput dengan deretan batu hiasan menarik membuatkan taman tampak hebat. Malah, penggunaan batu hiasan mengurangkan keadaan tidak selesa ketika hujan lebat.
Bukan sekadar memberikan penampilan semula jadi di taman kerana batu-batuan lebih bersifat tahan lama, kuat, senang diselenggarakan. Malah batu-batuan mempunyai pelbagai fungsi dalam menghias taman, selain menjadi penyudah dalam gubahan taman untuk kelihatan lebih semula jadi dan bersahaja. Batu turut disusun untuk membina kolam serta air berpancuran atau terjun. Batu yang diletakkan dalam kolam pula boleh menyejukkan air sekali gus menenangkan mata memandang.
Sememangnya ia menjadi pelengkap kepada pelbagai konsep taman seperti Jepun atau zen, Bali, tropika, moden dan kontemporari. Kombinasi taman dihiasi rumput dengan deretan batu hiasan menarik membuatkan taman tampak hebat. Malah, penggunaan batu hiasan mengurangkan keadaan tidak selesa ketika hujan lebat.
Bukan sekadar memberikan penampilan semula jadi di taman kerana batu-batuan lebih bersifat tahan lama, kuat, senang diselenggarakan. Malah batu-batuan mempunyai pelbagai fungsi dalam menghias taman, selain menjadi penyudah dalam gubahan taman untuk kelihatan lebih semula jadi dan bersahaja. Batu turut disusun untuk membina kolam serta air berpancuran atau terjun. Batu yang diletakkan dalam kolam pula boleh menyejukkan air sekali gus menenangkan mata memandang.
Ada pelbagai saiz batu boleh digunakan, bergantung saiz taman yang ingin dicipta pemiliknya.
Antaranya jenis batu sungai semula jadi, buatan simenferro atau
batu yang berasal dari gunung berapi boleh digunakan untuk taman.
Kehadiran ornamen atau hiasan taman berasaskan batu-batuan berupaya
menyerikan taman seperti set kerusi taman, pasu atau bekas tanaman,
ukiran atau arca batu.
Pilihan batu-batuan yang sesuai berupaya menutup kelemahan tanah
bergantung kepada elemen tertentu termasuk saiz, permukaan dan warna.
Batu hiasan berasaskan material yang berongga dan mempunyai pengaliran air dan udara sempurna amat sesuai. Ia menggalakkan pertumbuhan lumut dan kombinasi menarik untuk melahirkan suasana semula jadi.
Batu hiasan ‘limestone’ sesuai diletak berhampiran kolam renang manakala yang berasaskan tanah liat untuk taman paku-pakis. Elakkan daripada memilih batu hiasan jenis berkilat kerana ia licin ketika hujan.
Dalam menyerikan penataan taman, pilih material tahan lama dan dapat menyokong penampilan elemen landskap kejur yang lain. Lokasi kediaman antara perkara yang perlu diteliti dalam memilih batu hiasan sebagai penutup permukaan tanah.
Anda yang tinggal di persisiran pantai dan lokasi berhampiran, batu kapur sesuai dengan kawasan berpasir. Bagi mendapatkan idea kaedah hiasan taman, rujuk laman web landskap atau majalah dekorasi.
Thursday, November 25, 2010
JAMBATAN MINI/TITI DALAM TAMAN
Jambatan dan titi adalah dua binaan yang biasa gunakan dalam kehidupan kita sehari-hari. Yang membezakan antara keduanya ialah: jambatan lebih besar dan lebih panjang daripada titi. Biasanya jambatan dibina untuk menghubungkan dua tebing sungai manakala titi sekadar untuk menghubungkan dua tebing parit atau kolam kecil.
Dalam pembinaan sesuatu taman (taman kecil dan sederhana), selain fungsinya untuk menghubungkan dua tebing, jambatan atau titi ini berfungsi sebagai aksesori dan pelengkap taman. Supaya sesebuah taman itu kelihatan lebih menarik dan cantik, biasanya jambatan mini/titi ini dibina dengan reka bentuk yang unik, berbagai, ada kelainan dan cantik.
Bahan-bahan untuk membina jambatan mini/titi adalah pelbagai. Ia boleh dibuat daripada kayu, logam/besi, konkrit dan teknologi simen ferro. Yang selalu menjadi pilihan pemilik taman ialah kayu dan simen ferro. Bahan-bahan ini dapat memperlihatkan nilai kesenian, nilai estetika dan mudah dibentuk mengikut kehendak tema sesuatu taman. Namun ada juga pemilik taman yang membinanya dengan menggunakan buluh (pastinya telah diawet dan diberi ubat tahan).
Dalam taman, jambatan mini/titi ini dibina sama ada di atas kolam atau di atas laluan air yang mengalir. Kekuatan struktur jambatan/titi ini dianggarkan boleh menerima beban lima orang dewasa yang berdiri di atasnya. Manakala pilihan warnanya pula bergantung kepada tema sesuatu taman. Bagi tema nusantara, pilihan warna disesuaikan dengan warna-warna kayu, malah jika teknologi simen ferro diguna pakai ianya dibentuk dan diwarnakan dengan pewarna yang menyerupai kayu.
Siapakah yang sering menggunakan jambatan mini/titi ini? Sudah pastinya mereka adalah golongan kanak-kanak. Sering kita lihat kanak-kanak berada di jambatan mini/titi ini untuk memberi makanan kepada ikan dan bergerak bebas (termasuk berlari-lari) bersama rakan-rakan. Oleh kerana itu, ciri-ciri keselamatan perlu dititikberatkan dan diterapkan semasa membina jambatan ini.
Wednesday, November 3, 2010
PANDUAN MENGHIAS PERGOLA DENGAN TUMBUHAN YANG SESUAI
Pergola harus diberi hiasan mengikut selera, tema atau konsep taman yang diingini. Jangan biarkan pergola itu kosong tanpa sebarang hiasan. Jika inginkan gaya sederhana, boleh gunakan pokok gantung pada pergola.
Untuk menambah keindahan di pergola, sebaik-baiknya struktur pergola itu dipenuhi dengan tumbuhan hiasan terutamanya dari jenis yang memanjat. Pilihlah tumbuhan yang sesuai yang sifatnya dapat tumbuh dan hidup lebih lama agar tidak selalu menggantikanya dengan tumbuhan baru yang lain. Adalah lebih baik memilih tumbuhan yang tidak menggugurkan daun yang mati sepanjang masa. Tumbuhan tersebut boleh ditanam di sebelah luar pergola supaya mendapat sepenuhnya cahaya matahari disamping tidak mengganggu laluan di sebelah dalam pergola. Tumbuhan boleh dibantu untuk memanjat pergola dengan mengikatnya pada tiang.
Sememangnya pergola yang dibina itu akan kelihatan lebih hidup dengan tumbuhan memanjat. Tapi pastikan pokok itu sentiasa dipangkas supaya laman kelihatan terurus dan selamat daripada binatang berbisa. Pokok yang biasanya sesuai untuk pergola adalah Kembang Seri Pagi, Bunga Ketup-ketup, Akar Dani, Titus atau tumbuhan sayuran seperti timun, tomato, tembikai dan peria.
Panduan memilih tumbuhan memanjat untuk pergola di taman:
- Digalakkan memilih tumbuhan memanjat dengan daun dan bunga berwarna terang dalam usaha menceriakan laman dan secara langsung menampakkan ruang yang lebih luas.
- Pastikan struktur pergola sesuai supaya tidak mengganggu tumbesaran tumbuhan.
- Seeloknya beli tanaman memanjat yang ditanam dalam pasu kerana akarnya tidak banyak terganggu apabila ia dipindahkan ke tanah.
- Pastikan tanaman permukaan tanah dalam pasu tidak diliputi lumut atau akarnya terkeluar dari lubang saliran air pada bahagian bawah pasu.
- Memilih tanaman memanjat yang tidak cepat tumbesaran hingga menyebabkan ia merimbun dalam jangka pendek dan mungkin menjejaskan pemandangan atau perancangan konsep laman yang anda impikan selama ini.
- Aturkan jadual untuk menyelenggara termasuk kerja memangkas ranting pokok supaya ia tidak menjalar sehingga menyemakkan kediaman.
PERGOLA DALAM TAMAN
Perkataan ‘pergola’ berasal dari bahasa latin iaitu pergula. Pada zaman Rom kuno pergola adalah sebutan untuk struktur kayu yang digunakan untuk menyangga tanaman anggur. Pergola adalah binaan sementara. Dalam perkembangannya, pergola membawa maksud semua struktur naungan atau peneduh yang ditambahkan pada bangunan atau rumah.
Ketika di zaman Rennaissance, pergola tidak lagi menjadi binaan sementara kerana kebanyakan kediaman atau bangunan menjadikannya sebagai binaan kekal. Pergola dijadikan terowong hijau atau hiasan taman yang popular pada awal zaman itu. Pergola menjadi hiasan menarik untuk musim bunga dan panas kerana ia boleh dibina secara bertutup atau terbuka.
Pergola merupakan landskap kejur yang direka bentuk sebagai tempat berteduh. Selain daripada itu ia digunakan sebagai laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan memanjat di atasnya. Pergola biasanya dibina di depan pintu rumah menuju ke taman depan kediaman. Pergola yang biasanya dibuat daripada para-para kayu yang dibina di laman berfungsi untuk memayungi ruang pejalan kaki atau ruang depan atau belakang rumah. Dalam seni binaan barat, biasanya pergola dibina di depan pintu menuju ke kolam renang atau laman belakang atau kiri dan kanan rumah. Ia juga menjadi ruang berlindung daripada panas dan hujan.
Pergola boleh digabungkan dengan anjung rumah atau berdiri sendiri menjadi titik tumpu untuk laman. Untuk ruang terhad lebih baik digabungkan dengan binaan lain di depan rumah supaya ia tidak memakan ruang yang ada.
Reka letak pergola di laman juga penting untuk mewujudkan suasana redup di laman rumah dan pastikan arah cahaya matahari terlebih dulu sebelum pergola dibina. Ini penting untuk disesuaikan dengan reka letak pokok hiasan di sekeliling pergola.
Biasanya pergola diperbuat daripada tiang konkrit ‘column’ dan kayu yang telah direka bentuk dengan menarik. Bermacam bahan boleh digunakan untuk membina pergola. Di antaranya ialah kayu, konkrit dan besi. Pada masa ini kayu bermutu seperti cengal dijadikan pilihan di kalangan pengguna. Selain ia cukup tahan dimakan zaman, kayu cengal cukup teguh dan kuat disamping uratnya yang cantik. Warna pergola bergantung kepada kehendak penggunanya dan tema sesuatu taman. Biasanya jika pergola itu dibuat daripada kayu, warna kayu menjadi pilihan.
Sebelum membina pergola, kita perlu tentukan keluasan laman terlebih dulu. Jika sesuatu laman itu luas, lebih elok membina pergola sendiri bagi memastikan ia bersesuaian dengan cita rasa dan ukuran laman. Saiz pergola harus bersesuaian denga keluasan laman. Binaan pergola kecil dengan laman yang luas pasti membuatkan laman kelihatan pelik dan kurang menarik.
Sebelum membina pergola, terlebih dulu harus mengukur tinggi tiang penyangga utama dari permukaan tanah. Tujuannya agar tanaman dapat memanjat naik dengan baik dan memenuhi para-para pergola. Secara umum, tinggi pergola tidak boleh kurang dari 7 kaki agar tersedia ruang yang cukup tinggi untuk orang dewasa melalui di bawahnya. Manakala jarak antara tiang pergola dicadangkan berukuran luas secukupnya untuk dua orang dewasa selesa berjalan melaluinya secara beriringan.
Pergola tidak hanya sebagai peneduh. Dalam taman yang besar, pergola boleh menjadi sebagai pengarah bagi pengunjung taman untuk memasuki bahagian taman yang lainnya yang umumnya berbeza tema. Selain itu pergola juga berfungsi untuk membingkai bahagian yang menarik dalam sesuatu taman.
Labels:
Aksesori Landskap
Tuesday, October 19, 2010
GAZEBO (WAKAF) SEBAGAI AKSESORI DAN PELENGKAP TAMAN
Ada yang panggilnya gazebo dan ada yang menyebutnya wakaf. Gazebo yang dibina di taman atau di laman tempat kediaman mencetuskan dan mewujudkan suasana santai dan keselesaan. Gazebo boleh dijadikan tempat bersosial bersama keluarga sambil minum teh. Ia juga boleh menyerlahkan persekitaran taman atau tempat kediaman lebih-lebih jika binaannya unik dan menarik.
Kata gazebo adalah gabungan dua patah perkataan iaitu ‘gaze’ dan ‘ebo’. Kata ‘gaze’ (Inggeris) bermakna memandang, manakala perkataan ‘ebo’ (Latin) yang bermakna keluar. Dengan gabungan dua perkataan itu ia membawa makna menjadi tempat untuk memandang keluar. Gazebo yang tidak berdinding ini dapat menggambarkan bahwa ia sebagai tempat duduk-duduk dan bersantai sambil memandang sekeliling taman atau rumah.
Gazebo yang dibina merupakan sebuah bangunan beratap tanpa dinding. Pada masa dulu gazebo atau wakaf digunakan sebagai tempat bagi kegunaan para pengembara untuk beristirehat. Ia juga berfungsi sebagai tempat beristirahat di bangunan kecil, dimana para petani akan melepas kelelahan setelah bekerja seharian penuh di sawah atau ladang. Ia dibina sebagai satu cara bagi seseorang membuat amal bagi kegunaan umum. Ia banyak terdapat di negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Malah ia juga sering dijadikan nama tempat atau kampung. Di Kelantan banyak nama tempat dengan dinamakan dengan wakaf seperti Wakaf Che Yeh, Wakaf Mempelam dan lain-lain.
Sejak zaman berzaman gazebo atau wakaf sering digunapakai sebagai tempat duduk bersantai sambil berbual-bual dan membicarakan banyak hal selain berfungsi dan dipergunakan untuk duduk bersantai sambil ngobrol dengan keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai sekampung.
Namun fungsi gazebo perlahan-lahan berubah menjadi aksesoris pelengkap untuk meningkatkan nilai estetika dan keindahan sesebuah taman atau halaman tempat kediaman. Sehinggakan ada yang beranggapan bahwa seseorang yang dirumahnya memiliki gazebo akan termasuk dalam kelas tersendiri.
Rekabentuk gazebo adalah tersendiri dan sangat khas. Biasanya ia dibina terpisah daripada bangunan utama. Bentuknya sangat bebas dan berlainan antara satu sama lain. Tetapi pada umumnya gazebo dapat dikenali dari bentuk dasarnya yang terdiri daripada atap, tiang-tiang, tidak berdinding dan lantai lebih tinggi dari paras permukaan tanah disekitarnya. Bentuk gazebo umumnya berbentuk geometrik, segi empat, segi enam, atau lingkaran. Biasanya gazebo dibuat tetap (permanent), meskipun ada juga yang dibuat dengan model dan bahan yang mampu untuk dibuka-cabut.
Kehadiran gazebo akan menghadirkan kesan tersendiri, karena disana akan wujud interaksi sosial di antara anggota keluarga, sahabat handai dan tetamu, dan tentu dari proses sosial dan interaksi tersebut diharapkan akan meningkatkan kebahagian dan keharmonian hidup sekeluarga.
Binalah gazebo di halaman rumah anda. Tentunya ada perbezaan dalam kehidupan nanti…
Saturday, July 3, 2010
TUMBUHAN AKUATIK SEBAGAI PENYERI KOLAM
Tumbuhan akuatik atau air seperti kiambang, lili air dan iris bukan sekadar menghiasi kolam air, tetapi mewujudkan ekosistem bagi kediaman. Memiliki kolam tanpa tumbuhan di dalam atau di sekelilingnya, hanya mencetuskan pemandangan kaku. Malah, lebih baik jika kolam itu tidak diwujudkan kerana peranannya sebagai penyeri landskap kediaman akan terjejas andai tidak bertemankan 'pasangannya' iaitu tumbuhan air yang juga dikenali tumbuhan akuatik.
Harus diingat, kolam juga bukan sekadar menghias laman tetapi mewujudkan ekosistem untuk kediaman supaya ia lebih hidup dan memberi manfaat kepada pemilik kediaman. Selain memberikan kehidupan kepada hidupan lain, seperti pepatung, rama-rama dan ikan, tumbuhan dalam kolam membantu mengawal suhu air selain akar tumbuhan berfungsi menyerap nutrisi yang mungkin akan mengotorkan air, dan oksigen tanaman terendam dalam kolam.
Ada empat jenis jenis tumbuhan akuatik yang sesuai untuk menghias dan menghidupkan lagi suasana kolam atau pancuran air di laman kediaman:
Apabila sudah mengetahui jenis tumbuhan yang sesuai untuk kolam atau pancuran air, maka soal penjagaan kolam juga perlu diambil kira. Memandangkan tumbuhan akuatik adalah tumbuhan yang hidup yang menjadi komuniti kolam sudah tentu ia turut menjadi bahan makanan dan habitat haiwan kolam. Biasanya, akar pokok menjadi tempat anak ikan mencari makan dan berlindung, ia juga habitat kepada organisma kecil dalam kolam.
Ada tumbuhan ini yang menjadi tempat hidupan air berteduh daripada cahaya matahari selain berlindung daripada haiwan air yang lebih besar. Haiwan yang memakan tumbuhan menjadikan pokok dalam kolam sumber makanan.
Justeru, pokok berkenaan perlu sentiasa dipastikan sihat dan memberi manfaat kepada hidupan sekelilingnya serta tidak mengotorkan kolam atau pancuran air hiasan.
Kebanyakan tumbuhan air tidak mendatangkan masalah kepada kolam atau pancuran air dan seeloknya pastikan hanya 20 hingga 25 peratus permukaan dan kawasan di dalam kolam mengandungi pokok dan selebihnya disimpan untuk hidupan lain.
Jika pokok hidup melebihi 20 atau 25 peratus daripada kawasan air, bererti ia perlu dibersihkan kerana ia boleh merosakkan ekosistem kolam dan mendatangkan pelbagai masalah lain kepada hidupan di dalam kawasan berkenaan.
Ada beberapa langkah mengawal pertumbuhan pokok akuatik seperti memangkas, mengeluarkan pokok matang dan mengehadkan jumlah tanaman air. Selain itu, boleh juga digunakan racun herba atau kimia bagi mengawal pembiakan pokok selain mengawal kaedah biologi kolam.
Langkah paling selamat cuci kolam dan tukar air di dalamnya. Namun, kaedah ini lebih sesuai untuk kolam dan pancuran air yang kecil dan sederhana besar.
Selain pertumbuhan pokok, satu lagi masalah yang sering mengganggu kolam hiasan adalah kehadiran alga filamen (ada kala disalah erti sebagai "lumut"). Masalah ini adalah yang paling kerap berlaku untuk kolam hiasan dan pancuran air.
Tumbuhan ini biasanya berserabut, seperti rambut boleh itu meliputi seluruh permukaan kolam dan kadang-kadang ia sukar dikawal dan menyebabkan beberapa kaedah rawatan di ambil.
Cara mudah mengatasi masalah ini menggunakan racun herba atau bahan kimia yang selamat, selain kaedah menggantikan air dan membersihkan keseluruhan kolam.
Namun, jika masalah berkenaan tidak dapat diatasi, lebih baik dapatkan perkhidmatan mereka yang pakar atau kontraktor landskap supaya ia dapat di atasi.
INFO: Panduan penjagaan tumbuhan akuatik
Harus diingat, kolam juga bukan sekadar menghias laman tetapi mewujudkan ekosistem untuk kediaman supaya ia lebih hidup dan memberi manfaat kepada pemilik kediaman. Selain memberikan kehidupan kepada hidupan lain, seperti pepatung, rama-rama dan ikan, tumbuhan dalam kolam membantu mengawal suhu air selain akar tumbuhan berfungsi menyerap nutrisi yang mungkin akan mengotorkan air, dan oksigen tanaman terendam dalam kolam.
Ada empat jenis jenis tumbuhan akuatik yang sesuai untuk menghias dan menghidupkan lagi suasana kolam atau pancuran air di laman kediaman:
- Tenggelam - Tumbuhan kategori ini berakar pada dasar dan bahagian pokok tenggelam sepenuhnya. Tumbuhan ini melepaskan oksigen dan biasanya kita akan melihat gelembung atau buih pada permukaan kolam. Antara tumbuhan dalam kategori ini ialah Ceratophyllum demersum, Hygrophila difformis (Wisteria Air), Sagittaria subulata dan Vallisneria spiralis atau dikenali dengan nama rumpai belut.
- Hidup di permukaan - Tumbuhan berakar di kawasan cetek dengan kedalaman sekitar 45 sentimeter (cm). Biasanya bahagian atas pokok akan muncul di permukaan air. Tumbuhan jenis ini seperti kiambang, lili air dan iris.
- Separa Akuatik - Biasanya tumbuhan ini boleh hidup melata di atas tanah dan boleh hidup di dalam kawasan berair dan ia seperti kangkung, teratai Nelumbo (Pink Crane), melati air (Shallow Water-Aztec Arrowhead) , rumpai papyrus.
- Terapung - Bahagian atau daun tumbuhan terapung di permukaan air manakala akarnya terendam di dalam air. Keladi bunting, Azolla caroliniana (lumut pari-pari), dan Hydrocharis morsus-ranae (Frog's Bit).
Apabila sudah mengetahui jenis tumbuhan yang sesuai untuk kolam atau pancuran air, maka soal penjagaan kolam juga perlu diambil kira. Memandangkan tumbuhan akuatik adalah tumbuhan yang hidup yang menjadi komuniti kolam sudah tentu ia turut menjadi bahan makanan dan habitat haiwan kolam. Biasanya, akar pokok menjadi tempat anak ikan mencari makan dan berlindung, ia juga habitat kepada organisma kecil dalam kolam.
Ada tumbuhan ini yang menjadi tempat hidupan air berteduh daripada cahaya matahari selain berlindung daripada haiwan air yang lebih besar. Haiwan yang memakan tumbuhan menjadikan pokok dalam kolam sumber makanan.
Justeru, pokok berkenaan perlu sentiasa dipastikan sihat dan memberi manfaat kepada hidupan sekelilingnya serta tidak mengotorkan kolam atau pancuran air hiasan.
Kebanyakan tumbuhan air tidak mendatangkan masalah kepada kolam atau pancuran air dan seeloknya pastikan hanya 20 hingga 25 peratus permukaan dan kawasan di dalam kolam mengandungi pokok dan selebihnya disimpan untuk hidupan lain.
Jika pokok hidup melebihi 20 atau 25 peratus daripada kawasan air, bererti ia perlu dibersihkan kerana ia boleh merosakkan ekosistem kolam dan mendatangkan pelbagai masalah lain kepada hidupan di dalam kawasan berkenaan.
Ada beberapa langkah mengawal pertumbuhan pokok akuatik seperti memangkas, mengeluarkan pokok matang dan mengehadkan jumlah tanaman air. Selain itu, boleh juga digunakan racun herba atau kimia bagi mengawal pembiakan pokok selain mengawal kaedah biologi kolam.
Langkah paling selamat cuci kolam dan tukar air di dalamnya. Namun, kaedah ini lebih sesuai untuk kolam dan pancuran air yang kecil dan sederhana besar.
Selain pertumbuhan pokok, satu lagi masalah yang sering mengganggu kolam hiasan adalah kehadiran alga filamen (ada kala disalah erti sebagai "lumut"). Masalah ini adalah yang paling kerap berlaku untuk kolam hiasan dan pancuran air.
Tumbuhan ini biasanya berserabut, seperti rambut boleh itu meliputi seluruh permukaan kolam dan kadang-kadang ia sukar dikawal dan menyebabkan beberapa kaedah rawatan di ambil.
Cara mudah mengatasi masalah ini menggunakan racun herba atau bahan kimia yang selamat, selain kaedah menggantikan air dan membersihkan keseluruhan kolam.
Namun, jika masalah berkenaan tidak dapat diatasi, lebih baik dapatkan perkhidmatan mereka yang pakar atau kontraktor landskap supaya ia dapat di atasi.
INFO: Panduan penjagaan tumbuhan akuatik
- Kenal pasti masalah yang mengganggu tumbuhan akuatik.
- Gunakan racun herba yang diiktiraf dan dibenarkan.
- Baca label racun herba sebelum menggunakannya.
- Pastikan seluruh kawasan kolam diletakkan racun herba supaya dapat melindungi keseluruhan kawasan zon yang dirawat.
- Gunakan ikut sukatan dan jangan gunakan berlebihan daripada sukatan dibenarkan kerana dikhuatiri boleh mematikan pokok.
- Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, jadi kesan kehadiran alga sebelum ia merebak dan membesar dalam kolam.
Subscribe to:
Posts (Atom)





























