Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Saturday, March 29, 2014

PILIH PERABOT SESUAI DENGAN KONSEP TAMAN

Perabot dan aksesori di taman kekal menarik dan mempu­nyai jangka hayat lebih lama jika aspek penjagaan diberi perhatian. Tidak semua perabot taman di pasaran mempu­nyai ciri-ciri tahan daripada cuaca panas, hujan atau embun. Tambahan pula ada ha­nya sesuai di tempat berbumbung seperti dekoratif gazebo atau wakaf.

Sebelum membeli, pastikan lokasi, reka bentuk, kesesuaian, bajet dan aspek penyelenggaraan. Paling utama kesesuaian perabot perlu diselarikan dengan konsep taman supaya idea yang anda ingin zahirkan lebih menyeluruh.

  • Bagi kerusi santai umpamanya, persekitaran sesuai perlu diwujudkan supaya fungsinya boleh dipelbagaikan. Dalam meraikan tetamu dan mewujudkan tempat bersembang, kehadiran kerusi yang mempunyai pemegang dengan meja kopi di tengahnya, amat penting. 
  • Sementara itu, ruang istirahat pula memerlukan kesesuaian dan reka letak seperti kerusi malas atau kerusi goyang. 
  • Seterusnya, bajet perlu selari dengan kemampuan kita bagi mengelak pembaziran atau tersalah beli perabot. 
  • Jika bercadang membeli perabot kegunaan minum petang, pastikan jumlah kerusi atau keluasan meja. 
  • Tentukan lokasi sama ada berbumbung atau sebaliknya. Elak meletak kusyen atau hiasan fabrik untuk ruang terbuka bagi menghindari kepudaran warna atau terkena hujan.

Bagi mengekal seri dan ketahanan perabot taman, beberapa panduan berikut mungkin boleh membantu.
  • Guna penyapu debu berasaskan bulu ayam bagi menanggalkan debu di celah rotan. 
  • Dapatkan kain bersih untuk mencuci perabot, selain menyembur pengilat perabot untuk mengekalkan serinya. 
  • Letakkan perabot di tempat teduh seperti beranda ketika matahari terik. Ini kerana pancaran cahaya secara berterusan boleh melunturkan warna asal rotan atau buluh. 
  • Elak meninggalkan perabot taman di luar ketika hujan kerana ia menyerap air dan menyebabkan kurang daya ketahanan. 
  • Dalam usaha mengekalkan warna kayu jati, gunakan bahan perlindu­ngan sesuai bagi mengelak ia pudar. 
  • Perabot taman perlu dalam keadaan kering sebelum membuat rawatan atau dicat pelindung. 
  • Sementara itu, perabot taman yang dilengkapi payung boleh melindungi kepudaran dan mengekal daya ketahanannya.

No comments:

Post a Comment