Alam ciptaan Allah untuk umatnya. Udara salah satu daripada saluran
penting, umpama nyawa kepada makluknya. Udara bersih menjadikan
hidup kita sihat. Udara yang tercemar, ibarat manusia yang berpenyakit.
Pencemaran alam sekitar bermakna kehidupan kita juga bakal
tercemar. Untuk menjaga alam sekitar, perlunya teknologi hijau. Bermakna
perlunya kepada perlandskapan. Ia melibatkan proses merancang, mereka
bentuk, melaksana dan menguruskan landskap untuk keselesaan, keselamatan
dan keseronokan manusia.
Landskap adalah taman buatan
manusia. Rekabentuk landskap adalah gabungan elemen-elemen yang sesuai
seperti tumbuhan, struktur, air dan batu-batan untuk menwujudkan ruang
di kawasan terbuka. Di kawasan luar bangunan sesebuah pejabat atau
syarikat. Landskap juga terdapat dalam bentuk taman bunga, taman
rekreasi, sebagai mencantikkan pemandangan alam.
Pembinaan
landskap juga perlu disesuaikan dengan fungsinya. Sama ada untuk
bersantai, hanya untuk sekadar penghias ruang semata-mata atau untuk
kita bergerak aktif di dalamnya.
Landskap kurniaan Tuhan merupakan
semulajadi. Namun ia diubah atau dibentuk baru untuk menjaga kepentingan
manusia. Manusia berusaha memperbaiki keadaan dengan tujuan tertentu.
Alam sekitar yang semulajadi diganggu gugat dengan pembinan bangunan,
kawasan perumahan, ladang dan sebagainya. Akibat dari itu terjadinya
tanah runtuh, pokok-pokok hijau ditebang dan berkurangan. Tanah menjadi
bergelombang dan tandus, cuaca semakin panas. Seri kehijauan tumbuhan
tidak lagi terserlah. Pencemaran berlaku di sana sini dan merbahaya.
Jika pembangunan ini tidak dikawal dengan pengindahan landskap yang
sempurna, ia akan mewujudkan suatu suasana alam sekitar tandus, kering
dan tidak bermaya. Justeru itu perancangan, rekabentuk dan pengurusan
landskap yang profesional akan menampilkan suasana persekitaran bagi
penghidupan manusia sejagat secara lebih inovatif dan berdaya maju.
Dengan
adanya landskap dapat memelihara alam sekitar. Landskap juga menambah
nilai estetik sesuatu kawasan dan sekelilingnya. Mencantikkan kawasan
dan pandangan. Memberi pengguna suasana yang nyaman, menyegarkan
penglihatan, dapat menghidu udara segar, deruan bunyi angin dari
pohon-pohon, siulan burung-burung, bau harum dari kuntuman bunga-bunga.
Secara tidak langsung sekadar dapat melupakan suasana hiruk pikuk yang
dialami.
Landskap juga menjadikan pengguna rasa lebih selamat,
merehatkan minda dan rasa terbuka. Landskap yang ada laluan pejalan kaki
boleh dimanfaatkan untuk berjoging atau menghirup udara segar. Unsur
tanah sekitar kawasan landskap juga dapat diperbaiki.
Dunia maju
telah mencapai landskap kontemporari. Bantuan Arkitek landskap sangat
penting untuk merekabentuk pembangunan. Kontemporari landskap dibina
mengikut peredaran zaman. Semua pembangunan mestilah memastikan dengan
menumpukan kawasan dan fungsi landskap sebelum dibina. Kebanyakkan
projek sekarang berlumba-lumba untuk membina landskap kontemporari.
Peranan arkitek landskap akan menjadi bertambah penting dengan pemesatan
proses urbanisasi dalam tekad kerajaan mencapai matlamat wawasan 2020.
Sehinggakan landskap merupakan salah satu subjek di sesetengah pusat
pengajian tinggi.
Landskap yang dibina perlu menepati
prinsip-prinsip dan elemen landskap. Setiap kawasan mempunyai penyataan,
kesesuaian tanaman dengan ruang, elemen landskap dan elemen rekabentuk.
Ukuran atau skala yang digunakan menepati saiz ruang, bergantung kepada
sama ada besar landskap, di kawasan tinggi dan berbukit, jauh dari
kawasan pembangunan atau landskap yang hampir dengan persekitaran orang
ramai. Gubahan landskap biasanya menitikberatkan keringkasan. Suatu
yang menyenangkan penyelenggaraan dan pengurusan landskap sahaja yang
digunakan. Ia juga mementingkan keseimbangan susunan pokok-pokok dan
tumbuhan sama ada simetri atau tidak simetri.
Landskap yang
cantik perlu ada unsur-unsur pelbagaian pertentangan dan kontras. Unsur
kontras, contohnya bahan bersaiz besar di antara bahan-bahan yang
bersaiz kecil, penggunaan warna yang terang di antara yang malap.
Penekanan juga dapat di capai dengan penggunaan unsur yang unik. Bentuk
yang beraneka, bulat, bujur, memanjang, selari dan sebagainya. Gandingan
warna bunga-bungaan merah, kuning, putih ,hijau, biru menceriakan lagi
suasana, begitu juga dengan tekstur tumbuhan. Penanaman yang berulang
daripada jenis yang sama, satu pokok pada satu kawasan, satu lagi
prinsip landskap.
Konsep landskap mestilah bermakna dan
ada kelebihan tersendiri. Contoh konsep Jepun, lebih kepada penggunaan
batu asli, warna yang serba putih, kolam dan ikan. Konsep Islam pula
lebih tertumpu kepada tumbuhan harum, aliran air, kehidupan dan bunyi.
Terdapat
juga landskap yang dibina di kawasan rumah mengabungkan dua atau lebih
konsep sekali gus.Ini memerlukan kreativiti yang tinggi. Tanpa
konsepatau tema taman kita tidak dapat pastikan apa sebenarnya yang akan
ditonjolkan di taman tersebut. Jika tiada tema tidak bermakna kita
tidak berjaya membina suatu taman yangmenarik. Sebaliknya tema akan membuatkan peragaan taman menjadi lebih fokus, tersusun dan kelihatan sepadan.
Pelbagai-bagai
tema yang boleh digunakan untuk taman. Sebagai contoh tema-tema seperti
taman melayu, taman inggeris, taman bali begitu juga taman Meditranean
dan Tropikal. Dengan adanya tema taman, dapat dibayangkan penataan ruang
dengan pemilihan spesies yang akan digunakan dalam taman berkenaan.
Untuk sesuatu landskap, tema yang digunakan tidak terhad kepada satu.
Beberapa tema boleh digabungkan asalkan bersesuaian dengan struktur
bangunan, rumah atau kawasan. Mencipta tarikan taman menjadi suatu
kepuasan dan dapat menyerlahkan lagi keindahan taman yang dibina.
Terdapat
dua jenis landskap iaitu landskap lembut dan landskap keras.
Menggunakan elemen-elemen semulajadi seperti tumbuhan, air, rupa bumi,
struktur dan binaan. Tumbuhan memberikan pelbagai fungsi. Antaranya
melembutkan seni bina keras seperti bangunan. Mengindahkan kawasan
dengan bentuk, warna dan struktur yang menarik. Mewujudkan persekitaran
yang harmoni alam. Mengawal suhu dan iklim mikro di sesuatu tempat. Di
samping itu mengawal hakisan dan meningkatkan kesuburan tanah.
Menghalang pandangan yang tidak dikehendaki.
Fungsi tumbuhan
dalam landskap dari segi fizikal mengawal hakisan air dengan cara
susunan pokok boleh meredakan tujahan air hujan yang jatuh dan akar-akar
pokok bertindak memegang tanah dari dilarikan air. Meredakan iklim
dengan mengurangkan suhu tinggi ke beberapa darjah apabila banyak
tumbuhan ditanam. Proses transpirasi dapat menyejukkan kawasan
persekitaran. Tumbuhan sebagai tirai melindungi daripada pantulan cahaya
yang menyilaukan mata, seperti di sepanjang kawasan lebuh raya.
Melindungi suatu kawasan daripada pukulan angin kencang. Tumbuhan juga
memberi teduhan daripada panas matahari dan cahaya pantulan dari kaca
bangunan. Susunan pokok memberi teduhan dan menjimatkan penggunaan
penyaman udara. Pokok-pokok juga boleh mengarah pergerakan lalulintas
pejalan kaki. Juga boleh menjadi penghalang pergerakan.
Dari segi
estetika pula, fungsi tumbuhan dapat digunakan membentuk sempadan dan
ruang tertentu. Di samping membentuk ruang, tumbuhan berguna memberi
kualiti atau menghias ruang tersebut. Merangka pemandangan semulajadi
dengan tumbuhan dapat memperbaiki sesuatu pemandangan. Fungsi tumbuhan
secara semulajadi juga boleh melembutkan pemandangan seni bina sesebuah
bangunan. Menanam tumbuh-tumbuhan di pangkal bangunan atau struktur
boleh menjadikan bangunan atau struktur itu kelihatan terikat dengan
permukaan bumi dan lebih stabil. Ia juga sebagai penyatu kepada pelbagai
elemen dalam satu-satu kawasan.
Landskap lembut adalah suatu
landskap yang unik. Berfungsi memberi kedamaian, ketenangan serta
keindahan kepada pengguna. Hasil dari gabungan unsur-unsur asli atau
semulajadi yang terdiri dari pelbagai tanaman.. Jika ada tanaman
bermakna di situ ada serangga atau kupu-kupu. Dengan kehadiran serangga
dan kupu-kupu itu akan menambahkan lagi keindahan landskap tersebut.
Tanaman pokok landskap di kategorikan kepada dua iaitu tumbuhan berbunga
dan tumbuhan berdaun.
Tumbuhan berbunga di kelaskan sebagai
tanaman bungaan kerana memiliki kuntum bunga yang indah, sama ada dari
segi bentuk, warna, susunan dan aromanya. Tumbuhan berbunga mempunyai
bunga yang menarik dan berbau harum serta bewarna-warni. Umumnya pokok
berbunga memerlukan sinar cahaya matahari dalam jumlah yang banyak. Ini
untuk pembentukan bunga. Antara tanaman seperti pokok utama atau naungan
, pokok renek, pokok memanjat, herba atau pokok tutup bumi.
Pokok
utama atau pokok naungan biasa di tanam sebagai teduhan. Biasanya ia
berdaun rimbun dan memiliki bunga yang cantik. Beberapa jenis tanaman
pokok ini mempunyai musim bunga yang berbeza-beza. Bila tiba musim
bunga, pokok ini akan semarak dengan bunga. Pokok ini cantik ditanam di
kawasan yang luas.
Pokok renek ialah tumbuhan yang mempunyai
banyak batang dan muncul dari pangkal. Ia banyak ditanam di kebanyakan
landskap yang dibina.. Sebahagian bunga menjadi daya penarik kepada
taman, misalnya bunga adenium. Bunganya yang berkelopak dengan bentuk
yang cantik menjadi daya penarik. Bunga yang berbagai warna
menyemarakkan lagi suasana taman.
Pokok renek berdaun yang
mempunyai daun yang menarik adalah seperti Acalypha Wilkesiana. Terdapat
pelbagai spesies menarik yang boleh dipilih mengikut minat dan
citarasa. Perkara yang penting ialah memahami fungsi dan kesesuaian
tumbuhan tersebut dengan landskap yang dibina.
Renek pagaran
juga diguna dalam pembuatan landskap. Ianya untuk mengadang pemandangan
yang tidak elok, membahagikan ruang. Mencantikkan dinding atau pagar,
mengurang kebisingan, menambahkan seni serta sebagai latar belakang
sesuatu kawasan. Ada juga tanaman pokok memanjat yang di tanam untuk
menghiasi pergola atau pagar.
Selain daripada itu, pokok tutup
bumi juga ditanam bagi mengawal hakisan tanah, menghalang perjalanan dan
penghubung berbagai-bagai unsur di dalam rekabentuk taman. Pokok tutup
bumi ini tumbuh melata. Pokok tutup bumi ini juga mempunyai bunga yang
cantik dan indah. Beberapa jenis tanaman yang selalu ditanam sebagai
penutup bumi iaitu archis pintoi, rain lily, seruni jalar, aster, sutera
bombay, bunga kacang dan ptunia.
Tumbuhan pokok berdaun
mempunyai bentuk dan warna daun yang berbagai. Memang pada asalnya warna
daun hijau, namun beberpa jenis tumbuhan berdaun warna daunnya berbeza.
Warna-warna ungu, merah, kuning merupakan kombinasi warna daun pada
tanaman jenis ini. Di samping warna, bentuk daun juga menjadi daya
tarikan. Bentuk yang biasa bulat, oval, bentuk jantung, jejari dan
sebagainya.
Kawasan-kawasan yang biasa dibina landskap ialah
seperti tepi-tepi jalan. Di kebanyakkan bangunan awam, kompleks pejabat
kerajaan, sekolah-sekolah, di masjid-masjid. Kawasan letak kereta juga
di hiasi dengan landskap begitu juga berhampiran kawasan pantai.
Landskap di pantai akan kelihatan lebih menarik dengan tiupan angin
laut.
Pembangunan landskap secara menyeluruh adalah satu langkah
Kerajaan untuk memastikan pembangunan alam sekitar yang mampan.
Kerajaan sedar, status negara maju tidak akan tercapai tanpa disertai
dengan pembangunan landskap yang berkualiti dan menyeluruh. Dengan sebab
itu Kerajaan menubuhkan Jabatan Landskap Negara di bawah Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 1996 untuk bertanggungjawab
sepenuhnya kepada pembangunan landskap di seluruh Negara. Pelbagai
program telah diadakan dan dilaksanakan oleh Jabatan Landskap Negara
termasuklah penyediaan pelan induk landskap bagi semua Bandar,
pembangunan taman awam, peningkatan kehijauan dan keindahan, serta
kempen menanam pokok.
Sumber: Kami mohon maaf dengan kealpaan kami yang tidak mencatat penulis asal artikel ini. Di sini kami mohon share. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment