Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Saturday, October 19, 2013

IDEA DAN TREND TAMAN MASA KINI

Kini seni taman mula diminati oleh masyarakat untuk mempercantik dan memperindah kawasan rumah mereka. Trend sekarang dimana taman bukan sahaja sebagai sebahagian kawasan rumah, bahkan taman juga berperanan sebagai kawasan menanam tumbuh-tumbuhan yang disukai dan  tempat untuk bermain dan bersantai dengan seluruh anggota keluarga. Untuk membina taman-taman itu kita perlukan idea-idea taman yang disesuaikan dengan keadaan kawasan itu sendiri.

Untuk idea taman peribadi yang ingin menonjolkan suasana persendirian dan ketenangan, maka membina gazebo sebagai aksesori taman adalah pilihan paling tepat.  Selain itu, membina siar kaki dengan air terjun mini merupakan idea taman yang menkagumkan.

Untuk mengelakkan pembinaan taman yang akan memakan belanja yang besar, mungkin kita perlu melakukan pembinaan projek taman idaman kita itu step by step dan bersabar. Yakinlah bahawa kita boleh melakukannya berkat dengan kesabaran. Biar bertahun, asalkan kita puas dan pembinaan taman itu tidak menjejaskan kewangan kita.
Berikut ini kami nyatakan idea-idea taman mengikut trend masa kini yang menjadi kegemaran masyarakat untuk memperindahkan penampilan taman yang akan dibina.  
  1. Membina jambatan kecil - Jambatan kecil ini mampu membuat suasana taman lebih hidup dan kelihatan asli. Ia boleh dibuat daripada konkrit, kayu dan papan. 
  2. Membina siar kaki - Siar kaki dapat mengelakkan pengguna taman daripada memijak tanaman landskap. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan arah untuk kita bersiar-siar di kawasan taman. Boleh dibuat daripada konkrit, batu, atau ubin dan juga kayu. 
  3. Menanam tanaman bertopiari - Tanaman bertopiari yang dicantas kemas dengan berbagai bentuk menjadikan taman lebih cantik. Tak perlu buat banyak, hanya sekadar 3 atau 4 topiari, sudah cukup memberi impak kepada taman. 
  4. Beri pencahayaan yang tepat - Beri dan tambahkan pencahayaan di beberapa sudut taman. Melalui pemilihan dan penempatan lampu pencahayaan yang tepat boleh meningkatkan kesan keindahan taman terutamanya apabila alam sekeliling mula menggelap. Penvahayaan ini boleh diletakkan di bawah pokok, di bawah air yang diletakkan di kolam atau di air terjun buatan agar permukaan air tampak lebih berkilau. 
  5. Membina gazebo - Gazebo dapat mencetuskan dan mewujudkan suasana santai dan keselesaan. Gazebo boleh dijadikan tempat bersosial bersama keluarga sambil minum teh. Ia juga boleh menyerlahkan persekitaran taman atau tempat kediaman lebih-lebih jika binaannya unik dan menarik.
  6. Membina pergola - Pergola sebagai tempat berteduh sementara daripada cahaya matahari. Selain daripada itu ia digunakan sebagai laluan kepada pengguna di samping memberi sokongan kepada tumbuh-tumbuhan memanjat di atasnya. 
  7. Membina kolam air atau pancuran airKolam air bukan sekadar menghias taman tetapi mewujudkan ekosistem untuk kediaman supaya ia lebih hidup dan memberi manfaat kepada pemilik kediaman, selain memberikan kehidupan kepada hidupan lain seperti tumbuhan air dan ikan hiasan.



Contoh idea taman masa kini:













No comments:

Post a Comment