Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Saturday, October 5, 2013

BONSAI. BAGAIMANAKAH MENANAMNYA?


Bonsai dan seni berpisah tiada. Bonsai merupakan tanaman yang tumbuh, berkembang dan dibentuk mengikut kehendak dan acuan perekanya/pemilik. Ia adalah persahabatan akrab antara tumbuhan dan manusia. Bijak manusia membentuk seni bonsai maka lahirlah bonsai yang berseni, cantik dan indah. Umumnya tanaman yang dapat dijadikan bonsai adalah tanaman pokok berbatang kayu yang mudah dikecilkan (dikerdilkan) dengan mengawal pertumbuhan akar, dahan, ranting dan daun.

Peralatan yang biasa digunakan ialah skateur, mini rake for the mini container, playar, gunting besi, dan dawai untuk membentuk bonsai. Seterusnya cari dan dapatkan anak pokok yang sesuai untuk di bonsaikan. Beberapa spesies yang popular dibonsaikan ialah Ficus sp., Pinus sp. dan lain-lain yang sesuai. Anak pokok untuk dibonsaikan jarang sekali dihasilkan dari hasil pembiakan daripada biji (generatif) melainkan dibiakkan secara vegetatif.

Bonsai yang cantik dan indah dipandang seelok-eloknya memiliki kesan tua dan kuno. Biasanya pokok bonsai yang dipilih adalah daripada potongan tanaman yang telah dewasa dan cukup tua. Anak pokok  bonsai di nurseri biasanya sudah dibiakkan daripada spesis pilihan.

Pilih 'Bon'  yang sesuai dengan pokok yang dipilih. 'Bon' dari kata bonsai bererti pot atau bekas tanaman.  Bekas tanaman tidak perlu yang besar, yang penting dapat menampung pokok bonsai. Bekas bonsai yang berbentuk leper ini banyak didapati di nurseri-nurseri. Pada peringkat permulaan pertumbuhan, medium bonsai sering diganti.  Bonsai yang sudah dewasa dan cukup tua, mediumnya tidak perlu selalu diganti, cukup 2 hingga 3 tahun sekali. Penggantian medium dilakukan bertujuan mengelakkan akar melekat pada bekas/pot yang akhirnya ia merosakkan bekas/pot.

Sebelum bonsai ditanam
  1. Buanglah dahan-dahan dan ranting-ranting yang tidak diperlukan. 
  2. Mengurangkan atau mengganti tanah yang asal daripada pot/bekas pembiakan. Ini untuk mengurangkan pengakaran dan menyahhama. Tanah dari pot/bekas pembiakan anak benih tidak sesuai untuk dipakai terus dalam pot bonsai.
  3. Sebagai langkah menyahhama, tanah di alam pot/bekas disiram racun serangga dan racun kulat terlebih dahulu.
  4. Biarkan bekas/pot ditempat teduh selama 10-15 hari.
  5. Sewaktu memindahkan tanaman bonsai ke dalam pot/bekas, seelok-eloknya dibuat ditempat teduh.
  6. Untuk memudahkan pembuangan tanah, sebaiknya ia dibasahkan terlebih dulu. 
  7. Dengan menaggunakan pencungkil dari buluh, tanah bahagian bawah dibuang dulu dengan diikuti pemangkasan akar yang sudah panjang. 
  8. Sebelum tanaman bonsai ditanam, pot/bekas harus sudah disiapkan termasuk pemberian lapisan kerikil di dasarnya. 
  9. Seterusnya siapkan pula medium yang berupa campuran tanah loam/liat 50%, pasir 20%, dan kompos 30%. 
  10. Diatas lapisan kerikil tadi diberi medium secukupnya untuk penanaman tanaman  bonsai.

Medium penaman bonsai
  • Medium menanam bonsai biasanya merupakan campuran tanah sekam bakar, tanah pasir, dan kerikil. 
  • Mediumnya harus dapat menyerap kelembapan secara optimal kerana bonsai memerlukan tahap kelembapan tanah yang cukup tinggi. 
  • Mediium yang cukup terkenal di Jepun adalah akadama. Akadama merupakan tanah yang tersusun atas bulir-bulir yang besar. Akadama terbentuk akibat aktivitas vulkanik, kemudian tanah tersebut dibakar. Penggunaan akadama juga menambah nilai estetika bonsai yang ditanam.

Langkah-langkah penanaman bonsai:
  1. Siapkan pot/bekas, medium penaman, dan bahan bonsai.
  2. Kurangkan akar tanaman bonsai agar sesuai dengan ukuran pot.
  3. Masukkan sebahagian medium tanaman ke dalam pot. Kalau boleh tanah-tanah tersebut dipadatkan dengan menggunkan kayu kecil.
  4. Tanam tanaman bonsai di tempat yang telah ditetapkan. Setelah penempatan akar selesai, permukaan akar ditutup medium hingga berhampiran leher akar.
  5. Masukkan kembali medium penanaman untuk menguatkan letak tanaman bonsai tersebut. Kemudian padatkan menggunakan ujung jari dan tapak tangan.
  6. Permukaan medium boleh diratakan, namun lebih berseni jika ia diatur agak landai dengan batang bonsai sebagai puncaknya. 
  7. Setelah ditanam siramlah tanaman bonsai tersebut dengan menggunkan sprayer/perenjis air. 
  8. Kalau boleh permukaan tanahnya diberi sungkupan/mos kering. 
  9. Langkah selanjutnya membentuk kerangka dasar tanaman bonsai. Hal ini dapat dilakukan jika tanaman bonsai tersebut sihat dan kukuh. Caranya, dahan-dahan yang dianggap berlebihan dipangkas dengan gunting. Upayakan pangkasan tersebut tepat pada pangkalnya sehingga merata dengan permukaan batang.
  10. Jaga tanaman bonsai dengan baik

 Membentuk batang pokok bonsai
  • Tegak lurus dengan dahan membentuk mahkota yang simetri. 
  • Berliku-liku namun menjulang ke atas.
  • Miring/condong hingga seakan tergantung.
  • Berbatang pokok lebih dari satu yang tumbuh dekat leher atau lebih tinggi.

Merubah/mengubah bentuk dan arah pertumbuhan batang pokok bonsai serta dahan-dahannya merupakan suatu paksaan. Ini tentunya memakan waktu yang lama sehingga bentuk dan arah yang dikehendaki tercapai. Untuk mencapai tujuan tersebut diperlukan dawai tembaga (tidak karat), tali rafia, skateur, gunting biasa, pisau kecil dan silotape. Kemudian lilitlah batang, cabang, atau ranting dengan dawai tembaga bersesuaian dengan bentuk yang dikehendaki. Untuk mengarahkan cabang yang dililit tadi, cukuplah ia ditarik dengan tali rafia.

Penjagaan bonsai
  1. Penyiraman: Oleh kerana bonsai diletakkan di tempat yang terbuka (mengikut jenisnya) dan disinari matahari penuh, penyiraman dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali pada waktu musim hujan. Pastikan air di bekas penyiraman harus mengalir keluar dari lubang bawah pot/bekas untuk mengelakkan pembusukan akar. 
  2. Pembajaan: Beri baja secukupnya  secara teratur. Baja mengandungi unsur-unsur N (nitrogen), P (phosphopr) dan K (kalium). Unsur N terdapat dalam pupuk urea untuk menyuburkan tanaman dan pembentukan daun-daun. Unsur P diperlukan bonsai untuk pertumbuhan bunga atau untuk tanaman baru yang baru mulai tumbuh dan mulai berbunga. Unsur K terdapt kalium sulfat gunanya untuk menguatkan serabut-serabut tanaman sehingga tanaman menjadi kukuh. Pembajaan diberikan 3 kali dalam setahun. Lebih baik lagi menambahkan baja organik atau kompos secukupnya. 
  3. Pemangkasan: Pada prinsipnya, pemangkasan dilakukan untuk membuang batang, daun dan ranting yang tua dan tidak dikehendaki. Pertumbuhan boleh diperbanyak dengan cara pemotongan akar mengarah ke tepi/sisi. 
  4. Pemasangan dawai: Dawai dipasang bertujuan membentuk batang, dahan, dan ranting agar tumbuh sesuai dengan arah yang diinginkan. Pemasangan dawai hendaklah  dilakukan dengan hati-hati. Jangan terlalu ketat, dan jangan pula terlalu longgar. 
  5. Kedudukan bonsai di bekas/pot: Kedudukan yang sempurna ditentukan oleh tata letak tanaman di bekas/pot yang digunakan. Kedudukan bonsai bergantung kepada gaya yang digunakan. Tidak ada prinsip tertentu untuk tata letak bonsai dalam bekas/pot. Ia juga bergantung kepada bentuk bekas/pot yang mungkin pot persegi panjang, lonjong, oval, atau pot memanjang. Tanaman boleh diletakan dengan jarak sepertiga dari tepi pot/bekas. 
  6. Menciptakan kesan tua: Bonsai akan lebih bernilai jika tanaman tersebut diberi kesan tua. Kesan tua ini biasanya ditandai dengan pertumbuhan cabang yang rata-rata merunduk ke bawah dan akar yang menjalar sampai membonjol permukaan tanah. Di dalam dunia bonsai ada juga yang disebut dengan proses penuaan (ageing). Proses ini bertujuan untuk memberikan kesan tua dan kelihatan  sudah lama hidup. Akar-akarnya kelihatan menjuntai tertanam ke tanah, menonjol di pepermukaan, dan batangnya yang lapuk seoalah dimakan usia.  Ini memberikan kesan tua dan juga indah dipandang. 
  7. Mengecilkan/mengkerdilkan daun: Selain memperpendek batang dan mengerdilkan ukuran bunga dan buahnya, daun juga perlu di kerdilkan. Boleh membuang terus menerus daun pada pucuk ranting. Maka daun-daun baru akan berukuran lebih kecil lagi dari daun sebelumnya. Sebelum mengkerdilkan daun, seminggu atau dua minggu sebelumnya, tanaman harus diberikan baja daun terlebih dahulu untuk pembentukan daun-daun baru. Penyiraman juga perlu dikurangkan seminimum. Selain itu, kita boleh secara terus menerus memetik dan membuang hujung-hujung ranting daun muda agar daun yang tumbuh kemudian tetap berukuran kecil. 
  8. Ganti medium dan pangkas akar: Bonsai yang sihat dapat dilihat dari pertumbuhan akarnya. Pertumbuhan akar tidak akan berhenti malah terus bertambah banyak dan panjang sehingga memenuhi bekas/pot. Apabila mengganti medium atau tanah pada tanaman bonsai, harus diiringi dengan memangkas akarnya juga. Ini dilakukan secara berkala bergantung kepada jenis, umur tanaman serta keadaan tanaman. Umumnya penggantian media ini dilakukan setiap 1 hingga 5 tahun dan diiringi juga dengan memangkas akar-akarnya.

No comments:

Post a Comment