Di tengah-tengah pusat Bandaraya Kuala Lumpur, wujud sebuah taman yang indah yang dikenali sebagai Taman Kuala Lumpur City Centre. Taman KLCC ini berlatar belakangkan struktur kaca yang hebat iaitu Menara Kembar Petronas, salah satu bangunan tertinggi di dunia. Keindahan landskapnya dapat menggamit mana-mana pengunjung dan menjadi tempat yang paling sesuai untuk menghilangkan rasa stress kehidupan kota.
Taman KLCC ini seluas 17 ekar (69,000 m²) yang tersedia lorong berjoging dan bersiar-siar, kolam air pancut yang dihiasi pertunjukan cahaya, kolam randuk, dan taman permainan kanak-kanak. Taman ini memang menakjubkan dan unik sekali kerana kewujudannya di tengah-tengah kota dapat menghijaukan kawasan yang dikelilingi dan dipenuhi bangunan-bangunan konkrit.
Ia telah dibuka dengan rasminya oleh Tun Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ketika itu) pada 29 Ogos 1998. Ia mempunyai landskap yang cantik dan menarik penuh dengan kombinasi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan landskap dan air.
Taman yang direka oleh Roberto Burle Marx seorang arkitek landskap berbangsa Brazil mengharapkan agar hajatnya iaitu "meninggalkan dunia yang lebih peka sedikit dan lebih terdidik sedikit mengenai kepentingan alam semula jadi" akan tercapai. Maka hajatnya di nyatakan dalam reka bentuk taman ini.
Taman ini direka untuk memperagakan warisan kehijauan tropika dengan menyepadukan ciptaan manusia dengan alam. Taman ini sendirinya menyediakan persekitaran tenang yang berbeza sekali dengan kesibukan sebuah bandaraya utama (namun kebisingan dari enjin kenderaan di sekelilingnya masih kedengaran). Taman ini bercirikan gabungan rekaan buatan manusia seperti simen, air dan sifat semula jadi seperti pokok hijau, batu-batan dan kayu-kayan. Unsur-unsur bentuk dan topografi direka untuk menimbulkan ilusi ruang legar. Ada unsur penyatuan antara kolam randuk dan Tasik Simfoni melalui anak air yang mengalir jernih di bawah struktur jambatan. Gabungan pokok, pokok renek dan arca disusun untuk menyerlahkan warna dan bentuk dalam taman.
Taman ini diwujudkan sebagai sebahagian daripada komitmen Petronas terhadap usaha penjagaan dan pemuliharaan warisan alam negara. Maka kawasan yang asalnya Pusat Lumba Kuda Kuala Lumpur ini kini menjadi kawasan rehat dan riadah kegemaran warga kota dan rakyat Malaysia yang datang melawat Kuala lumpur khasnya apabila melawat KLCC.
Sentuhan Marx, perekanya, dilihat melalui penggunaan pohon-pohon tempatan yang subur, reka bentuk bulat dan bersegi serta gabungan rupa bumi beralun dan padanan landskap yang pelbagai.
Kawasan kolam randuk yang direka itu menjadi lebih menarik apabila digabungkan dengan deretan pancuran air yang yang jatuh deras lalu menimbulkan bunyi deruan air yang kuat. Kawasan ini amat popular kepada kanak-kanak yang meranduk dan mandi-manda di kolam ini.
Taman KLCC boleh dibanggakan apabila ia mengekalkan sejumlah 63 batang pokok matang yang hidup di tapak taman semasa di bawah pengurusan Kelab Lumba Kuda Kuala Lumpur.
Sebuah tasik buatan manusia dibentuk di tengah taman, di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC dan Menara Berkembar. Pada waktu-waktu tertentu diadakan pertunjukan pancutan air berwarna-warni di sini. Sebatang jambatan 43 meter yang melintasi tasik memudahkan pelawat menikmati pemandangan indah taman dan mendongak tinggi ke arah Menara Berkembar yang mengagumkan.

Apa yang menarik di taman KLCC ini.
- Terletak di tengah-tengan Bandaraya kuala lumpur.
- Berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, salah satu bangunan tertinggi di dunia.
- Dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit.
- Lake Symphony - Ia adalah sebuah tasik buatan manusia seluas 10,000 meter persegis (2 ekar) dengan sistem air pancutan berwarna-warni yang boleh diatur cara. Pancutan utamanya boleh memancutkan air setinggi 42 metres (138 ka).
- Laluan Jogging - Sebatang laluan joging sepanjang 1.3 kilometers (0.81 bt) dipasang dengan bahan EPDM, sejenis bahan kegetahan khas yang direka untuk keselesaan dan keselamatan. Tempat rehat disediakan di sepanjang laluan jalan kaki.
- Taman Permainan Kanak-kanak - Sebuah taman permainan kanak-kanak yang dilengkapi kolam renang awam terletak di sebelah barat taman.
- Kolam Randuk/Kolam Kanak-kanak - Kolam cetek kebiruan yang disediakan untuk diranduk oleh pengunjung. Ia begitu popular kepada kanak-kanak.
- Tumpuan Unggas - Menjadi tumpuan bagi unggas-unggas.
- Ada masjid di kawasan taman.
- Laman teres.
- Tumbuh-tumbuhan tropika.
- Kejernihan air di tasik.
- Bulatan istirehat.
- Arca-arca.
Jika ada masa dan peluang, silalah ke Taman KLCC. Jika belum berpeluang, nikmati suasana di sana melalui foto-foto di bawah.
No comments:
Post a Comment