Di sini kami tuliskan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan apabila kita berhajat membeli atau mendapatkan pokok/tumbuhan landskap. Walaupun duit untuk membelinya adalah duit kita namun jika pembaziran dapat dielakkan, duit itu boleh digunakan untuk membeli aksesori landskap yang lain.
- Berbincang dengan pereka bentuk landskap mengenai jenis tumbuhan/pokok/tanaman yang dipersetujui dan bersesuaian dengan reka bentuk, fungsinya dan iklim.
 - Pastikan pokok itu tumbuh mengikut arah pertumbuhan semula jadi seperti menegak, mendatar dan memanjat.
 - Anak pokok harus berdaun segar, sihat dan menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan yang baru.
 - Pilih pokok yang muda dan bersaiz kecil kerana ia lebih mudah menyesuaikan diri di kawasan dan iklim yang baru.
 - Dapatkan pokok yang sesuai dengan penerimaan cahaya matahari sama ada pokok itu sesuai di dalam atau di luar bumbung.
 - Elakkan memilih pokok yang daunnya bergulung atau layu.
 - Tanda-tanda seperti daun berwarna kekuningan atau berlubang menunjukkan pokok ini diserang serangga atau perosak. Abaikan.
 - Teliti dan periksa di bawah daun jika terdapat serangga perosak bersembunyi di sini.
 - Jangan beli pokok yang sedang berbunga lebat kerana ia mungkin hasil penggunaan hormon penggalak yang di luar pengetahuan kita.
 - Pilih pokok yang ada pucuk daun dan bunga muda yang banyak.
 - Pilih pokok yang penyenggaraannya mudah dan murah.
 - Jika memilih pokok bunga bermusim, seharusnya kita telah bersedia untuk menggantikannya apabila pokok itu mati dalam tempoh waktu tertentu.
 - Apabila memilih pokok pasuan, pilihlah pokok yang boleh bertahan jika kita lupa untuk menyiramnya.
 - Harga yang berpatutan. Rundinglah baik-baik dengan penjual.
 - Beli sekali tanah campuran (medium) sama ada untuk digunakan dalam pasu atau di atas tanah.
 - Jangan lupa beli penggalak akar, baja dan racun pengawal perosak.
 - Kalau nak free, minta pada rakan, taulan, saudara mara dan jiran tetangga.
 - Fikirlah sendiri.... hehehehe......
 





No comments:
Post a Comment