Segala-galanya bunga dan semuanya kuntum-kuntum bunga. Cantik, menarik dan unik sekali apabila dipandang. Kerjanya bukan calang-calang dan tidak boleh berlebih kurang semasa merekabentuk dan menjalinnya.
Kalau zaman dulu sering kita digambarkan seorang nenek kebayan dan cucunya menjual karangan bunga sehingga ke istana raja lalu putera raja terpikat dengan cucu nenek kebayan. Tetapi kini ahli atau pakar mengarang bunga tidak lagi seperti apa yang nenek kebayan lakukan bahkan mereka menjalin dan mengarang beribu kuntum bunga untuk dijadikan objek yang bertema secara besar-besaran bagi tujuan pameran atau pertandingan.
Semuanya bunga. Daripada yang sekecil-kecil kuntum bunga sehingga sebesar-besar bunga, bunga-bunga itu dijalin satu persatu tanpa ada kesilapan bagi susunan yang tepat dengan kehendak objek yang direkabentuk. Disinilah ianya menagih kepakaran para pengarang bunga agar jalinan kuntum-kuntum bunga itu nampak cantik dan jitu.
Jalinan kuntuman bunga itu harus berketepatan pula dengan warna-warna objek yang dikehendaki. Jadi warna kuntum bunga dan besar atau kecilnya kuntum bunga mesti bersesuaian dengan rekabentuk objek. Ketelitian pemilihan saiz, jenis dan warna kuntum bunga akan menyerlahkan lagi kehebatan jalinan objek yang dihasilkan.
Di sini kami hidangkan untuk tatapan beberapa objek yang dihasilkan oleh jalinan beribu kuntum bunga. Unik dan menarik sekali....
No comments:
Post a Comment