Subhanallah, Maha Agung Allah SWT. Begitu indah landskap alam semula jadi ciptaan Allah SWT. Segala macam yang didapati di dunia ini berupa nikmat yang diberikan
oleh Allah SWT. Semuanya akan digunakan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
Pancaindera kita merupakan nikmat yang terbesar pada diri manusia.
Dengan mata boleh melihat warna warni kehidupan, dengan pertuturan
kemesraan terjalin, dengan pendengaran pencetus kepada kefahaman.
"Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi, yang menciptakan (semua alam) lalu menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'laa: 1-2). Begitulah bunyi ayat al-Quran yang menceritakan mengenai kebesaran Allah mencipta alam ini. Dan alangkah indahnya alam ini, sempurna dan selesa didiami, lengkap dengan sumber yang boleh menampung kehidupan semua makhluk di dalamnya.
"Dan (memerhatikan) langit bagaimana ia ditinggikan, dan (perhatikan) gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan, dan (perhatikan) bumi, bagaimana ia didatarkan." (Al-Ghaasiyah: 18-20). Segala apa yang ada di langit dan bumi membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah. Alam ini tidak dijadikan sia-sia kerana ia menjadi tanda kebesaran Allah. Dengan merenung kepada alam semula jadi, manusia boleh berasa betapa besarnya kuasa Allah dan betapa kecil serta lemahnya semua makhlukNya.
"Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk orang yang beriman." (Al-Jaatsiyah: 3). Manusia sungguh istimewa kerana diberi kelebihan oleh Allah swt sebagai satu-satunya makhluk yang berakal dan berilmu serta berupaya untuk memanfaatkan segala yang ada di muka bumi ini untuk kegunaannya. Bagaimana manusia menggunakan pemberian Allah ini bergantung kepada iman dan ilmu seseorang itu kerana tanpa kedua-duanya, manusia tidak akan bersyukur ke atas segala nikmat yang dikurniakan Allah.

Susunan alam yang mengkagumkan, indah dan tersusun rapi adalah bukti
Allah Maha Pencipta. Jika alam boleh berkata-kata, dia akan menyatakan
bahawa dirinya makhluk ciptaan Allah Subhanahuwata’ala. Orang yang
berakal waras akan berkata bahawa alam ini dijadikan oleh satu Zat Yang
Maha Berkuasa, iaitu Allah Subhanahuwata’ala. Tidak ada orang yang
berakal waras akan menyatakan bahawa sesuatu itu boleh berlaku dengan
sendirinya. Memang sungguh menakjubkan alam ciptaan-Nya ini. Hargai dan nikmati lah alam semulajadi ini.
Seluas langit terbentang, seindah mata memandang. Itulah yang dikaitkan
dengan alam semulajadi ciptaan Allah SWT yang indah dan menyegarkan. Di sini adalah sebahagian daripada kebijaksanaan Allah SWT Maha Pencipta
semesta alam. Dia merencanakan semuanya mengikut jadual tanpa sebarang
kesilapan. Maka seharusnya kita yang dibekalkan akal dapat menggunakan
segala nikmat yang diberikan dengan sepenuh kesedaran, tanggunjawab,
amanah, berpandangan jauh serta prihatin dengan apa jua bentuk kerosakan
yang terjadi di muka bumi ini.
"Sesungguhnya
Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia
melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan
(Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang,
(semuanya) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu
urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah
yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam". [al-A’raaf
7:54].