Bonsai
dan seni berpisah tiada. Bonsai merupakan tanaman yang tumbuh, berkembang dan
dibentuk mengikut kehendak dan acuan perekanya/pemilik. Ia adalah persahabatan
akrab antara tumbuhan dan manusia. Bijak manusia membentuk seni bonsai maka
lahirlah bonsai yang berseni, cantik dan indah. Umumnya tanaman yang dapat
dijadikan bonsai adalah tanaman pokok berbatang kayu yang mudah dikecilkan
(dikerdilkan) dengan mengawal pertumbuhan akar, dahan, ranting dan daun.
Peralatan
yang biasa digunakan ialah skateur, mini rake for the mini container, playar,
gunting besi, dan dawai untuk membentuk bonsai. Seterusnya cari dan dapatkan
anak pokok yang sesuai untuk di bonsaikan. Beberapa spesies yang popular
dibonsaikan ialah Ficus sp., Pinus sp. dan lain-lain yang sesuai. Anak pokok
untuk dibonsaikan jarang sekali dihasilkan dari hasil pembiakan daripada biji
(generatif) melainkan dibiakkan secara vegetatif.
Bonsai
yang cantik dan indah dipandang seelok-eloknya memiliki kesan tua dan kuno.
Biasanya pokok bonsai yang dipilih adalah daripada potongan tanaman yang telah
dewasa dan cukup tua. Anak pokok bonsai di nurseri biasanya sudah
dibiakkan daripada spesis pilihan.
Pilih
'Bon' yang sesuai dengan pokok yang dipilih. 'Bon' dari kata bonsai
bererti pot atau bekas tanaman. Bekas tanaman tidak perlu yang besar,
yang penting dapat menampung pokok bonsai. Bekas bonsai yang berbentuk leper
ini banyak didapati di nurseri-nurseri. Pada peringkat permulaan pertumbuhan,
medium bonsai sering diganti. Bonsai yang sudah dewasa dan cukup tua,
mediumnya tidak perlu selalu diganti, cukup 2 hingga 3 tahun sekali.
Penggantian medium dilakukan bertujuan mengelakkan akar melekat pada bekas/pot
yang akhirnya ia merosakkan bekas/pot.
Sebelum
bonsai ditanam
- Buanglah dahan-dahan dan
ranting-ranting yang tidak diperlukan.
- Mengurangkan atau mengganti
tanah yang asal daripada pot/bekas pembiakan. Ini untuk mengurangkan
pengakaran dan menyahhama. Tanah dari pot/bekas pembiakan anak benih tidak
sesuai untuk dipakai terus dalam pot bonsai.
- Sebagai langkah menyahhama,
tanah di alam pot/bekas disiram racun serangga dan racun kulat terlebih
dahulu.
- Biarkan bekas/pot ditempat
teduh selama 10-15 hari.
- Sewaktu memindahkan tanaman
bonsai ke dalam pot/bekas, seelok-eloknya dibuat ditempat teduh.
- Untuk memudahkan pembuangan
tanah, sebaiknya ia dibasahkan terlebih dulu.
- Dengan menaggunakan
pencungkil dari buluh, tanah bahagian bawah dibuang dulu dengan diikuti
pemangkasan akar yang sudah panjang.
- Sebelum tanaman bonsai
ditanam, pot/bekas harus sudah disiapkan termasuk pemberian lapisan
kerikil di dasarnya.
- Seterusnya siapkan pula
medium yang berupa campuran tanah loam/liat 50%, pasir 20%, dan kompos
30%.
- Diatas lapisan kerikil tadi
diberi medium secukupnya untuk penanaman tanaman bonsai.
Medium penaman bonsai
- Medium menanam bonsai
biasanya merupakan campuran tanah sekam bakar, tanah pasir, dan
kerikil.
- Mediumnya harus dapat
menyerap kelembapan secara optimal kerana bonsai memerlukan tahap
kelembapan tanah yang cukup tinggi.
- Mediium yang cukup terkenal
di Jepun adalah akadama. Akadama merupakan tanah yang tersusun atas
bulir-bulir yang besar. Akadama terbentuk akibat aktivitas vulkanik,
kemudian tanah tersebut dibakar. Penggunaan akadama juga menambah nilai
estetika bonsai yang ditanam.
Langkah-langkah penanaman bonsai:
- Siapkan pot/bekas, medium
penaman, dan bahan bonsai.
- Kurangkan akar tanaman
bonsai agar sesuai dengan ukuran pot.
- Masukkan sebahagian medium
tanaman ke dalam pot. Kalau boleh tanah-tanah tersebut dipadatkan dengan
menggunkan kayu kecil.
- Tanam tanaman bonsai di
tempat yang telah ditetapkan. Setelah penempatan akar selesai, permukaan
akar ditutup medium hingga berhampiran leher akar.
- Masukkan kembali medium
penanaman untuk menguatkan letak tanaman bonsai tersebut. Kemudian
padatkan menggunakan ujung jari dan tapak tangan.
- Permukaan medium boleh
diratakan, namun lebih berseni jika ia diatur agak landai dengan batang
bonsai sebagai puncaknya.
- Setelah ditanam siramlah
tanaman bonsai tersebut dengan menggunkan sprayer/perenjis air.
- Kalau boleh permukaan
tanahnya diberi sungkupan/mos kering.
- Langkah selanjutnya
membentuk kerangka dasar tanaman bonsai. Hal ini dapat dilakukan jika
tanaman bonsai tersebut sihat dan kukuh. Caranya, dahan-dahan yang
dianggap berlebihan dipangkas dengan gunting. Upayakan pangkasan tersebut
tepat pada pangkalnya sehingga merata dengan permukaan batang.
- Jaga tanaman bonsai dengan
baik

Membentuk batang pokok bonsai
- Tegak lurus dengan dahan
membentuk mahkota yang simetri.
- Berliku-liku namun menjulang
ke atas.
- Miring/condong hingga seakan
tergantung.
- Berbatang pokok lebih dari
satu yang tumbuh dekat leher atau lebih tinggi.
Merubah/mengubah bentuk dan arah pertumbuhan batang pokok bonsai serta
dahan-dahannya merupakan suatu paksaan. Ini tentunya memakan waktu yang lama
sehingga bentuk dan arah yang dikehendaki tercapai. Untuk mencapai tujuan
tersebut diperlukan dawai tembaga (tidak karat), tali rafia, skateur, gunting
biasa, pisau kecil dan silotape. Kemudian lilitlah batang, cabang, atau ranting
dengan dawai tembaga bersesuaian dengan bentuk yang dikehendaki. Untuk
mengarahkan cabang yang dililit tadi, cukuplah ia ditarik dengan tali rafia.
Penjagaan
bonsai
- Penyiraman: Oleh kerana bonsai diletakkan
di tempat yang terbuka (mengikut jenisnya) dan disinari matahari penuh,
penyiraman dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pagi dan petang
kecuali pada waktu musim hujan. Pastikan air di bekas penyiraman harus mengalir
keluar dari lubang bawah pot/bekas untuk mengelakkan pembusukan akar.
- Pembajaan: Beri baja secukupnya
secara teratur. Baja mengandungi unsur-unsur N (nitrogen), P (phosphopr) dan K
(kalium). Unsur N terdapat dalam pupuk urea untuk menyuburkan tanaman dan
pembentukan daun-daun. Unsur P diperlukan bonsai untuk pertumbuhan bunga atau
untuk tanaman baru yang baru mulai tumbuh dan mulai berbunga. Unsur K terdapt
kalium sulfat gunanya untuk menguatkan serabut-serabut tanaman sehingga tanaman
menjadi kukuh. Pembajaan diberikan 3 kali dalam setahun. Lebih baik lagi
menambahkan baja organik atau kompos secukupnya.
- Pemangkasan: Pada prinsipnya, pemangkasan
dilakukan untuk membuang batang, daun dan ranting yang tua dan tidak
dikehendaki. Pertumbuhan boleh diperbanyak dengan cara pemotongan akar mengarah
ke tepi/sisi.
- Pemasangan dawai: Dawai dipasang bertujuan
membentuk batang, dahan, dan ranting agar tumbuh sesuai dengan arah yang
diinginkan. Pemasangan dawai hendaklah dilakukan dengan hati-hati. Jangan
terlalu ketat, dan jangan pula terlalu longgar.
- Kedudukan bonsai di bekas/pot: Kedudukan yang sempurna
ditentukan oleh tata letak tanaman di bekas/pot yang digunakan. Kedudukan
bonsai bergantung kepada gaya yang digunakan. Tidak ada prinsip tertentu untuk
tata letak bonsai dalam bekas/pot. Ia juga bergantung kepada bentuk bekas/pot
yang mungkin pot persegi panjang, lonjong, oval, atau pot memanjang. Tanaman
boleh diletakan dengan jarak sepertiga dari tepi pot/bekas.
- Menciptakan kesan tua: Bonsai akan lebih bernilai jika
tanaman tersebut diberi kesan tua. Kesan tua ini biasanya ditandai dengan
pertumbuhan cabang yang rata-rata merunduk ke bawah dan akar yang menjalar
sampai membonjol permukaan tanah. Di dalam dunia bonsai ada juga yang disebut
dengan proses penuaan (ageing). Proses ini bertujuan untuk memberikan kesan tua
dan kelihatan sudah lama hidup. Akar-akarnya kelihatan menjuntai tertanam
ke tanah, menonjol di pepermukaan, dan batangnya yang lapuk seoalah dimakan
usia. Ini memberikan kesan tua dan juga indah dipandang.
- Mengecilkan/mengkerdilkan daun: Selain memperpendek batang dan
mengerdilkan ukuran bunga dan buahnya, daun juga perlu di kerdilkan. Boleh
membuang terus menerus daun pada pucuk ranting. Maka daun-daun baru akan
berukuran lebih kecil lagi dari daun sebelumnya. Sebelum mengkerdilkan daun,
seminggu atau dua minggu sebelumnya, tanaman harus diberikan baja daun terlebih
dahulu untuk pembentukan daun-daun baru. Penyiraman juga perlu dikurangkan
seminimum. Selain itu, kita boleh secara terus menerus memetik dan membuang
hujung-hujung ranting daun muda agar daun yang tumbuh kemudian tetap berukuran
kecil.
- Ganti medium dan pangkas akar: Bonsai yang sihat dapat dilihat
dari pertumbuhan akarnya. Pertumbuhan akar tidak akan berhenti malah terus
bertambah banyak dan panjang sehingga memenuhi bekas/pot. Apabila mengganti
medium atau tanah pada tanaman bonsai, harus diiringi dengan memangkas akarnya
juga. Ini dilakukan secara berkala bergantung kepada jenis, umur tanaman serta
keadaan tanaman. Umumnya penggantian media ini dilakukan setiap 1 hingga 5
tahun dan diiringi juga dengan memangkas akar-akarnya.