Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenaan 
merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2013. Festival ini adalah kali keenam di adakan dan berlangsung selama sembilan hari bermula 22 hingga 30 Jun 2013.
Pada majlis itu, Seri Paduka berkenaan menghabiskan masa hampir sejam
 untuk melawat sekitar tapak festival yang terletak di Persisiran Tasik,
 Presint 2. Antara tempat yang dilawati adalah Taman Diraja, Taman Inovasi, Taman Jamuan Teh, Pameran Koleksi Bunga Orkid dan Taman Pereka.
Floria Putrajaya 2013 dengan slogan Orkid-Khazanah Tropika dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu sekitar 800,000 pengunjung. Para pengunjung pasti terpukau dengan kreativiti dan keunikan hiasan 
seni reka taman yang mengandungi lebih 400,000 bunga terdiri daripada 
pelbagai spesies.
Festival ini menyediakan pakej pameran bunga 
serta pelbagai acara dan aktiviti yang sesuai disertai oleh rakyat 
negara ini tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Festival ini  membolehkan rakyat Malaysia pelbagai kaum, budaya, 
kepercayaan dan peringkat umur untuk turut serta dalam lebih 200 program
 dan aktiviti yang disediakan.
Perbadanan Putrajaya yang menjadi penganjur mengharapkan Floria Putrajaya yang 
diadakan setiap tahun itu dapat menyumbang kepada peningkatan potensi 
industri bunga, landskap dan pelancongan. Secara tidak langsung festival ini  menjadi faktor penggalak 
pertumbuhan dan membantu dalam mempercepatkan transformasi industri 
bunga, landskap dan agro-pelancongan negara.














































No comments:
Post a Comment