Rumah ini memang cantik. Ianya rumah bekas
penghulu-penghulu Merlimau, Melaka iaitu Penghulu Abddul Majid (1831-1834),
Demang Abdul Ghani Abdul Majid (1834-1934) dan Penghulu Mat Natar Abdul
Ghani (1934-1978). Ia terletak di Merlimau, Melaka. Sekarang jadi premis warisan. Ada yang panggilnya sebagai Rumah Demang Merlimau, Rumah Demang Raja Kecil, Istana Merlimau dan Rumah Penghulu Natar.
Rumah yang kaya dengan sejarah ini dibina oleh Datuk Demang Haji Abdul Ghani Demang Haji Abdul Majid lebih kurang pada tahun 1895. Ia dianggap sebagai Istana Merlimau kerana ketika itu Melaka tak ada istana. Rumah ini sangat luas dan ada pengaruh Palembang, Champa, Filipina dan Kemboja. Tidak terdapat rumah atau istana lain sezaman dengannya yang boleh menandingi rumah ini.
Seni binanya begitu menakjubkan. Jika sebuah rumah mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan, rumah warisan ini mengambil masa tiga tahun sebelum ia boleh didiami.
Bentuk Rumah Penghulu Natar ini bercirikan Melayu tetapi anjungnya berbumbungkan limas. Rumahnya besar dua sebandung dengan dapurnya berbumbung lintang. Terdapat tiga buah anjung, sebuah pelantar simen, serambi yang luas dan sebuah dapur.
Pada pandangan kami, alangkah menariknya jika disekeliling atau di kawasan rumah ini turut dibina taman yang bersesuaian dengan konsep yang hendak ditonjolkan oleh keberadaan rumah itu di situ. Mungkin boleh diwujudkan taman yang berkonsepkan istana dulu-dulu. Maka dapatlah generasi kini merasai dan menghayati taman istana dulu-dulu...

No comments:
Post a Comment