Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Monday, June 24, 2013

FLORIA PUTRAJAYA 2013

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenaan merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria Putrajaya) 2013. Festival ini adalah kali keenam di adakan dan berlangsung selama sembilan hari bermula 22 hingga 30 Jun 2013.

Pada majlis itu, Seri Paduka berkenaan menghabiskan masa hampir sejam untuk melawat sekitar tapak festival yang terletak di Persisiran Tasik, Presint 2. Antara tempat yang dilawati adalah Taman Diraja, Taman Inovasi, Taman Jamuan Teh, Pameran Koleksi Bunga Orkid dan Taman Pereka.

Floria Putrajaya 2013 dengan slogan Orkid-Khazanah Tropika dijangka menarik lebih sejuta pengunjung sekali gus mengatasi rekod sebelumnya iaitu sekitar 800,000 pengunjung. Para pengunjung pasti terpukau dengan kreativiti dan keunikan hiasan seni reka taman yang mengandungi lebih 400,000 bunga terdiri daripada pelbagai spesies.

Festival ini menyediakan pakej pameran bunga serta pelbagai acara dan aktiviti yang sesuai disertai oleh rakyat negara ini tanpa mengira kaum, agama dan budaya. Festival ini  membolehkan rakyat Malaysia pelbagai kaum, budaya, kepercayaan dan peringkat umur untuk turut serta dalam lebih 200 program dan aktiviti yang disediakan.

Perbadanan Putrajaya yang menjadi penganjur mengharapkan Floria Putrajaya yang diadakan setiap tahun itu dapat menyumbang kepada peningkatan potensi industri bunga, landskap dan pelancongan. Secara tidak langsung festival ini  menjadi faktor penggalak pertumbuhan dan membantu dalam mempercepatkan transformasi industri bunga, landskap dan agro-pelancongan negara.
















































Monday, June 17, 2013

HOW TO PLANT A CONTAINER GARDEN




Choosing the Best Soil
To create a successful container garden, the most important ingredient is good potting soil. Choose a mixture that provides a good combination of excellent drainage and aeration.

"Look for 'professional' on the label," suggests Dr. Susan Hamilton, who oversees the University of Tennessee Gardens. 

"That word puts the potting soil in a whole different category. You'll be paying a little bit more, but it will be high quality."

Many growers like to mix their own and prefer particular blends.

"Every greenhouse manager has his or her favorite potting soil recipe, and each thinks theirs is the one to use," she says. 

Here, says Hamilton, are three great recipes:

Mix 1
2 parts peat: 1 part perlite: 1 part builder's sand

Mix 2
2 parts peat: 1 part builder's sand

Mix 3
1 part peat: 1 part builder's sand: 1 part pine-bark mulch

Is it really worth it to mix your own if you're a typical backyard gardener?

"No," Hamilton says.

"When you look at price and volume versus what you really need, you usually have a lot of material left over. Besides, bagged soils are pretty cost-effective because all the guesswork has been taken out of it. Professional blends have already been charged with starter nutrients and pH adjusted."

Selecting Plants
Select plants that are compatible in terms of light, water, growth and the conditions in the chosen site. Don't mix a shade- and water-lover like impatiens with a dry-and-sunny plant like thyme. Some plants like mint are such aggressive growers they need a pot of their own.

Watering Your Container Garden
Pay close attention to watering. For containers in sunny, hot or windy areas, watering twice a day may be necessary. A plant that has outgrown its pot will also need more frequent watering.

Consider using a water-absorbing polymer; it will improve the moisture retention of the potting soil. Follow the directions on the package.

Dressing Your Plants
Top-dress your plants with mulch and a slow-release fertilizer. You'll be reducing the evaporation rate and eliminating regular feedings.


 Source and thanks:  hgtv.com

Sunday, June 16, 2013

CANTIK RUMAH INI RUMAH PENGHULU NATAR DI MERLIMAU, MELAKA NAMUN IA LEBIH CANTIK JIKA DISERTAI TAMAN YANG MENARIK

Rumah ini memang cantik. Ianya rumah bekas penghulu-penghulu Merlimau, Melaka iaitu Penghulu Abddul Majid (1831-1834), Demang Abdul Ghani Abdul Majid (1834-1934) dan Penghulu Mat Natar Abdul Ghani (1934-1978). Ia terletak di Merlimau, Melaka. Sekarang jadi premis warisan. Ada yang panggilnya sebagai Rumah Demang Merlimau, Rumah Demang Raja Kecil,  Istana Merlimau dan Rumah Penghulu Natar. 

Rumah yang kaya dengan sejarah ini dibina oleh Datuk Demang Haji Abdul Ghani Demang Haji Abdul Majid lebih kurang pada tahun 1895. Ia dianggap sebagai Istana Merlimau kerana ketika itu Melaka tak ada istana. Rumah ini sangat luas dan ada pengaruh Palembang, Champa, Filipina dan Kemboja. Tidak terdapat rumah atau istana lain sezaman dengannya yang boleh menandingi rumah ini.

Seni binanya begitu menakjubkan. Jika sebuah rumah mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk disiapkan, rumah warisan ini mengambil masa tiga tahun sebelum ia boleh didiami.

Bentuk Rumah Penghulu Natar ini bercirikan Melayu tetapi anjungnya berbumbungkan limas. Rumahnya besar dua sebandung dengan dapurnya berbumbung lintang. Terdapat tiga buah anjung, sebuah pelantar simen, serambi yang luas dan sebuah dapur.

Pada pandangan kami, alangkah menariknya jika disekeliling atau di kawasan rumah ini turut dibina taman yang bersesuaian dengan konsep yang hendak ditonjolkan oleh keberadaan rumah itu di situ.  Mungkin boleh diwujudkan taman yang berkonsepkan istana dulu-dulu. Maka dapatlah generasi kini merasai dan menghayati taman istana dulu-dulu...