Taman ini direka begitu teliti dengan mengekalkan keaslian aliran air panas, batu-batuan dan warnanya, dan tumbuh-tumbuhan di sekelilingnya. Walaupun terdapat juga ornamen-ornamen tambahan yang dibuat oleh manusia, kelihatannya ia nampak bersahaja dan serasi dengan konsep taman. Percaya atau tidak, keseluruhan air di kawasan ini sama ada dalam bentuk terjunan, pancuran atau dalam kolam, airnya adalah hangat. Di tempat-tempat tertentu kelihatan ianya berasap. Air di taman ini seterusnya dialirkan jauh ke sawah padi jauh di bawah. Air yang banyak mengandungi sumber mineral ini dapat menyuburkan tanah dan tumbuh-tumbuhan.
Pengunjung dapat menikmati sumber mata air panas yang berasal dari kawah aktif Gunung Tangkuban Perahu yang terletak tidak jauh dari Sari Ater ini. Sumber mata air panas tersebut disajikan dalam bentuk kolam, air terjun, pancuran dan bilik rendaman dengan rekabentuk yang unik. Seterusnya air panas ini mengalir dan dialirkan tersebar ke beberapa lokasi di Sari Ater Hot Spring ini. Dengan keluasan 30 hektar dan pesona alam khas pegunungan, Sari Ater Hot Spring ini banyak memberikan kemudahan bagi para pengunjung yang berekreasi bersama keluarga untuk menikmati keindahan alam.
Selain dijadikan sebagai sarana rekreasi keluarga, air panas di Sari Ater Hot Pring, Ciater ini juga dapat dimanfaatkan untuk kesihatan. Berdasarkan hasil penelitian serta analisa Balneologi, sumber air hangat mineral yang ada mengandung Calsium, Magnesium, Chloride, sulfat, Thermo, Mineral, serta Hypertherma dengan kadar aluminium yang tinggi yaitu 38,5 equiv persen, dan keasidannya juga sangat tinggi yaitu PH 2.45. Sementara suhu air panasnya yang berasal dari mata air di sekitar 43 - 46 darjah celsius. Sedangkan yang berada dalam kolam kadar temperaturnya mencapai di antara 37 - 42 darjah celsius.
Oleh kerana kandungan belerang di dalam airnya, pemandian ini tidak hanya mampu menghangatkan badan pengunjungnya namun juga boleh menyembuhkan penyakit tertentu terutamanya penyakit kulit. Konon, air di sini boleh menyembuhkan rematik, gangguan syaraf, tulang dan berbagai penyakit kulit lainnya.
Kalau ada kesempatan dan ongkos yang mencukupi, bolehlah berkunjung ke sini. Sambil berendam dan mandi air panas, rehatkan mata dan minda dengan menatapi keindahan taman ini.

No comments:
Post a Comment