Keadaan sungguh dingin sekali apabila kami menjejakkan kaki di bumi Dieng Plateau pada jam 4.15 pagi hari itu (Mengapa jam 4.15 pagi? Kerana kami nak melihat keindahan matahari terbit di celah-celah bukit dan gunung). Kabus putih menyelimuti di kebanyakan kawasan di bumi ini terutamaya di kawasan rendah atau lembah. Di kejauhan di ufuk timur kelihatan langit berwarna jingga sebagai tanda sang matahari akan munculkan diri. Berbalam kebiruan bukit-bukau dan pergunungan mengelilingi kami yang masih takjub dengan keindahan anugerah Ilahi ini. Lensa kamera biasa kami tidak dapat memberi gambaran sebenar keindahan anugerah ini. Hanya dengan apabila kita berada di kawasan ini maka barulah kita dapat menikmati dan menghayati landskap indah bumi Dieng Plateau ini.
Itulah Dieng Plateau, di Wonosobo, Magelang. Terletak pada ketinggian 2000 meter dari paras laut. Masyarakat Dieng Plateau patut bersyukur atas melimpahnya kekayaan yang dianugerahkan kepada tanah mereka yang cantik dan eksotik ini. Suhu udara pada siang hari berkisar antara 15-20 darjah celcius sementara pada malam hari berkisar antara 10 darjah celcius. Pada bulan Julai dan Ogos suhunya boleh mencapai 0 darjah celcius pada siang hari dan -10 darjah celcius pada malam hari.
Nama Dieng berasal dari bahasa Sanskrit iaitu "di" yang berarti tempat, dan "hyang" yang berarti dewa pencipta. Secara keseluruhan Dieng dapat diartikan sebagai tempat bersemayamnya para dewa. Sementara para penduduk Dieng mengartikan bahwa Dieng berasal dari kata "edi" yang berarti cantik dalam bahasa Jawa, dan "aeng" yang berarti aneh. Dengan kata lain Dieng adalah sebuah tempat yang cantik namun memiliki banyak keanehan.
Dieng dulunya adalah sebuah gunung berapi yang sangat besar dan tinggi. Satu ketika gunung ini meletus dahsyat menumpahkan dan melemparkan lavanya di sekeliling Dieng. Letusan ini membentuk bukit-bukit besar maupun kecil. Melahirkan Gunung Perahu (2.565 m), Jurang Grawah (2.450 m), dan Gunung Kendil (2.326 m). Serta, perbukitan lain di antaranya Gunung Pakuwojo, Bismo Pangonan dan Sipendu berketinggian antara 2.245 m – 2.395 m. Datarannya terbentuk dari kawah gunung berapi yang telah mati. Bentuk kawah ini terlihat jelas dari dataran yang dikelilingi oleh gugusan pegunungan disekitarnya. Namun meskipun gunung api ini telah berabad-abad mati, beberapa kawah vulkanik masih aktif hingga sekarang. Dieng menawarkan setiap sudutnya terukir lekuk keindahan, kekayaan alam serta kesuburan tanah luar biasa. Begitu pula budayanya.
Cuaca dingin yang cukup ekstrim bagi sebuah tanah tinggi yang terletak di daerah tropika telah menjelmakan gaya hidup dan gaya berpakaian yang unik para penduduknya. Udara sejuk dan dingin ini benar-benar dimanfaatkan oleh penduduk untuk memaksimakan usaha pertanian mereka. Kawasan dan tanah yang subur ini amat sesuai untuk menjadi perkebunan aneka sayur-sayuran dan buah-buahan. Komoditi utama Dieng adalah ubi kentang dan kubis (Dieng adalah pengeluar ubi kentang yang berkualiti tinggi dan terbesar di Indonesia). Carica (sejenis papaya Dieng) menjadi makanan lazat yang selalu diburu sebagai oleh-oleh khas Dieng. Purwaceng, salah satu jenis rumput yang tumbuh liar, diolah menjadi minuman khas Dieng yang berkhasiat untuk menambah kejantanan lelaki.
Seorang rakan di Dieng mengungkapkan, Dieng adalah syurga dunia di Tanah Jawa. Bumi vulkaniknya terukir beraneka ragam landskap semula jadi, lokasi untuk menikmati dan menghayati keindahan bumi tanah tinggi, kesuburan tanah yang memberi nafas penghidupan, dan kekayaan alam yang luar biasa. Pesona budayanya terhampar berserakan mewarnai setiap sudut ruangnya. Di sini juga lahirnya anak gimbal Dieng yang unik dan penuh mistik.
Inilah landskap indah bumi Dieng Plateau...
Assalamualaikum wr wb.
ReplyDeleteSebelumnya saya mohon maaf jika Tuan/ Puan/ Abang/ Akak kurang berkenan. Salam perkenalan nama saya Jati dari syarikat pelancongan Ganesha Jogja Tour & Travel. Kami adalah perusahaan pelanjongan khususnya dalam pakej pelancongan Jogja. Bilamana tuan/puan, abang/akak hendak melancong kat Jogja sila bole kol / whatsapp saya. Insya Allah saya bagi quotation menarik dengan harga yang berpatutan.
Kami bagi harga yang berpatutan dengan pelayanan maksimal kerana semua kami handle langsung dari Jogja. Jika tuan/puan, abang/akak hendak melawat ke Jogja jangan sungkan whatsapp saya +628985101301 atau kol +62 85104919010, bole juga email ganeshabantul@yahoo.com. Tanya2 dulu tidak mengapa..
Selain pakej pelancongan Jogja kami juga melayani paket pelancongan luar kota seperti Solo, Dieng, Bali, Lombok, Bromo, Karimunjawa, Bandung dan lain-lain.
Ada juga sewa kereta (avanza, xenia, innova, etc) / van (elf, travello, dyna, hiace 11-17 seats) / bus (29-50) seats dengan harga yang berpatutan. Harga bole kami sesuaikan dengan bajet Tuan/ Puan/ Abang/ Akak sekalian.
Berikut contoh pakej pelancongan dari kami:
Jogja 4D3N Tour (FULL BOARD / ALL IN)
Day 1
Kami jemput Tuan/ Puan/ Abang/ Akak di airport. Selepas itu kita nak pergi ke local resto untuk makan tegah hari. Lalu menuju ke hotel guna check in. Selepas istirahat sekejap di hotel kita menuju Kasongan iaitu tempat kerajinan gerabah yang ada di Bantul, selepas itu menuju Pantai Parangtritis, disini kita bole naik delman (kereta kuda dengan dua roda), atau naik ATV atau bole duduk2 sahaja di pinggir pantai. Selepas dari pantai Parangtritis kita menuju Manding, iaitu pusat kerajinan kulit semacam dompet, kasut, jaket dan lain sebagainya. Selepas shopping di manding kita menuju local resto untuk makan malam, lalu menuju hotel untuk istirahat perseiapan tour esok hari.
Day 2
Pagi hari sekitar pukul 07.00 kita menuju Borobudur Temple iaitu candi Budha yang dulu pernah menjadi satu dari keajaiban dunia, selepas itu kita menuju gunung merapi menikmati sisa erupsi merapi guna jeep adventure. Selepas itu kita makan tengah hari lalu melanjutkan menuju masjid tertua di Jogja yang masih meninggalkan bangunan Hindu kerana pada masa itu merupakan peralihan dari kebudayaan Hindu ke Islam. Selepas dari masjid Kotagede kita menuju ke pusat kerajinan Silver dan chocolate di Kotagede, lalu menuju local resto untuk makan malam. Kembali ke hotel untuk istirahat.
Day 3
Menuju Kraton, iaitu bangunan peninggalan dari Raja Hamengkubuwono dan juga sebagai salah satu icon Jogja. Lalu menuju tamansari watercastle, tempat pemandian gundik raja, bilaman sempat bole tengok masjid bawah tanah. Selepas dari Tamansari Watercastle kita nak menuju local resto guna makan tengah hari. Setelah itu kita menuju Goa pindul iaitu menyusuri sungai bawah goa menggunakan ban. Selepas itu kita menuju indrayanti / drini / baron beach (optional), lalu menuju bukit bintang untuk menikmati keindahan kota Jogja dari atas. Kembali menuju hotel.
Day 4
Drop airport
Harga bermula dari: RM 482
All package types include:
• Private Car AC (Toyota Avanza / Grand Livina for 2-6 pax, isuzu elf 11 seats for 7-11 pax, isuzu elf 16/17 seats for 12-16 pax, medium bus 31-33 seats for 17-33 pax, bigbus 44-54 seats for more than 33 pax)
• Hotels 3 nights *2/*3/*4 (optional)
• Driver
• Driver Meals
• Parking fees
• Tour guide (by request)
• Entrance ticket’s stated in itinerary
• Dinner and lunch based itinerary
• Documentation (by request)
Exclude:
• Airport taxes
• Personal expences (laundry, pulsa, shopping dll)
• Additional menu for dinner / lunch (if included)
• Driver, driver’s assistant, guide tips (optional)
Note:
Harga dapat berubah sewaktu-waktu
Harga tidak berlaku bagi high season
Banyak lagi pakej yang lain seperti Jogja + Solo, Jogja + Dieng, Jogja + Semarang dan lain2. Sila jangan sungkan kol saya di +6285104919010, atau
whatsapp +628985101301 (FREE).
Email: ganeshabantul@yahoo.com
FB: jati182@yahoo.co.id (Jati Wijaya)
Atas perhatiannya kami ucapkan banyak2 terimakasih.
Wassalamualaikum Wr Wb