Kami berada di Pulau Bali selama 4 hari. Pulau Bali ini memang unik. Pulau yang juga dikenali sebagai Pulau Dewata ini hidup dengan budayanya yang tersendiri dan masih kekal sehingga ke hari ini. Di hadapan setiap rumah penduduknya yang beragama Hindu terdapat beberapa binaan tempat beribadat. Banyak pura di pulau ini sama ada yang besar atau yang kecil. Pembinaan pura ini kelihatannya begitu tradisional. Namun bukannya pura yang kami cari. Yang kami cari adalah taman Bali yang begitu terkenal itu. Kami mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pak Agus iaitu supir kami yang banyak memberi info mengenai konsep taman Bali di pulau ini. Beliau juga membawa kami menyelusuri pulau Bali ini untuk melihat lebih dekat apa yang dikatakan sebagai taman Bali. Terima kasih Pak Agus.
Untuk lebih memahami mengenai taman Bali ini, selain daripada apa yang dinyatakan oleh Pak Agus, kami ambil terus pernyataan mengenainya yang sumbernya daripada beberapa sumber termasuk Bali Post.
Taman tradisional Bali adalah suatu tempat, wadah atau ruang yang sengaja ditata untuk berbagai tujuan yang berdasarkan atas syarat fungsi, bentuk dan estetika, yang dijiwai oleh hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam lingkungannya. Ciri khas taman Bali ini tidak sahaja tercermin dari segi senibina, fungsi dan estetikanya saja, bahkan juga dari segi penempatan elemen tamannya sesuai dengan energi kekuatan Tuhan di sembilan penjuru mata angin. Jadi, pada hakikatnya ciri taman tradisional Bali dijiwai falsafah budaya Bali. Taman bali merupakan taman tropika yang merujuk lokasi Bali di Indonesia sebagai icon utama. Penyusunan rekabentuk taman sebenarnya mempunyai gaya yang sama dengan taman tropika yang lain iaitu susunan yang tidak sama namun memperlihatkan kelainan berasaskan budaya Bali. Elemen utama ialah pengaruh budaya Pulau Dewata yang kelihatan jelas seperti penggunaan tanaman yang berasal daripada Bali yang menjadi salah satu ciri taman ini. Contohnya pohon kemboja dan pandan bali.
Secara konsep, pengertian tentang taman Bali ini sama dengan pengertian taman pada umumnya. Namun secara khusus, perancangan taman tradisional Bali lebih menekankan pada taman alami yang merupakan wujud miniatur jagad raya (bhuwana agung) berlandaskan tri hita karana. Dalam falsafahnya, senibina taman Bali adalah keselarasan dan keseimbangan antara Tuhan, alam dan sesama manusia. Itulah tiga penyebab kebaikan. Ketiga-tiga unsur keselarasan itu, dalam suatu rumah Bali diimplemenasikan berupa tempat suci, natah (halaman), flora fauna dan elemen pelengkap ruang luar. Berdasarkan kajian warisan budayanya, taman tradisional Bali merupakan salah satu unsur lingkungan yang mencerminkan keindahan, perdamaian, kesuburan dan kemakmuran, serta atribut kestabilan dan keagungan.
Komponen taman tradisional Bali meliputi unsur-unsur seperti lokasi, tata ruang, air, tanah, batuan, topografi dan iklim. Termasuk juga unsure-unsur vegetasi dan fauna serta budaya Hindu. Dari segi fungsinya, taman tradisional Bali memiliki fungsi rekreasi, tempat melilacita, sosial, tempat pertemuan sosial masyarakat, pertanian (mata airnya juga dimanfaatkan untuk mengairi sawah), agama, tempat aktiviti keagamaan, ekologi, dan perlindungan alam sekelilingnya.
Pembinaan taman Bali dapat dibagi kepada dua iaitu taman alam dan taman buatan. Konsep dari taman Bali itu sendiri adalah merupakan sebahagian dari seni masyarakat Bali. Di peringkat antarabangsa, taman Bali telah diakui banyak orang karena keindahannya. Keindahan dari taman tersebut dipengaruhi oleh bentuk rekabentuk serta komponen yang digunakan kerana ia mempunyai keunikan tersendiri. Misalnya dengan memasukkan dan menggunakan lampu taman yang dibentuk seperti bangunan atau rumah panggung kecil yang terbuat dari bahan kayu. Sementara itu atapnya menggunakan ijuk yang berwarna hitam atau lalang dan kemudian adanya patung yang dibiarkan berlumut serta menggunakan batu alam yang kesannya sangat alami dan natural. Disamping menggunakan elemen air, dalam taman gaya Bali ada kolam tanaman air, waterspout dan water feature.
Elemen penyusun taman Bali terdiri dari elemen kejur (keras) dan elemen lembut. Elemen kejur adalah penampilan penyusun taman yang bersifat keras seperti batu, patung, gazebo dan lain-lain. Umumnya, elemen keras juga merupakan benda mati. Sementara elemen lembut adalah segala hal sebagai penyusun taman yang bersifat lembut seperti tumbuh-tumbuhan/tanaman, dan air. Umumnya, elemen lembut merupakan mahluk hidup, baik berupa tanaman maupun haiwan. Namun, dari porsinya, tanaman sangat mendominasi sebagai elemen lembut penataan taman. Kebanyakan taman Bali menggunakan patung sebagai salah satu elemen kerasnya. Patung dewa lebih mendominasi dalam hal ini. Tujuannya antara lain untuk menjaga taman beserta rumah tinggalnya. Selain patung, elemen keras lain yang biasa digunakan pada taman Bali adalah gazebo, batu-batuan, kolam, lampu, dan jalan setapak.
Eemen lembut yang paling mendominasi pada taman Bali adalah tumbuhan/tanaman. Ini adalah ciri paling penting dalam taman Bali. Biasanya, tumbuhan dalam taman Bali memiliki ciri keunikan dan klasik seperti pucuk paku, kemboja, heliconia dan alocasia. Memandangkan Bali terletak di kawasan tropika, mana-mana tumbuhan tropika sesuai untuk taman ini. Tanaman yang dipilih adalah tanaman gaya tropika seperti bamboo, palem, daun-daunan, Irish, Filodenron, Spatipilum, Adenium, dan Tricolor (mirip pohon kelapa). Untuk membuat suasana teduh, dapat dipilih kemboja cendana atau kamboja jepun (adenium obesum). Kemboja ini adalah kamboja khas Bali dan ini wajib ada dalam tanam Bali. Tanaman lain yang dapat mendukung suasana pedesaan Bali adalah tanaman air tifa yang sekilas mirip tanaman padi. Tanaman lain yang boleh dipilih untuk memperindah taman Bali adalah tanaman gaya tropika lain dan biasanya berdaun lebar seperti kembang sepatu (Hibiscus rosa-sinensis), palem bali, kenanga, pisang bali. Tanamann landskap yang mendominasi adalah tanaman yang mempunyai daun lebar seperti pisang bali, pandan bali, bunga sepatu, pisang kipas dan lain sebagainya. Tanaman airnya misalkan teratai, lotus dan lain-lain.
Elemen pergerakan air mesti ada dalam setiap taman Bali. Ini kerana aliran dan titisan air melambangkan kesejahteraan dan kedamaian.
Ciri lain yang mesti ada dalam taman Bali adalah arca atau patung. Sekurang-kurangnya perlu ada satu arca atau patung dalam laman konsep ini. Asalnya, arca dan patung ini melambangkan kecintaan kepada dewa-dewa dan ketuhanan kerana penduduk asal Bali mengamalkan agama Hindu dan Buddha. Namun, untuk zaman moden, patung-patung itu digantikan dengan arca berbentuk haiwan seperti gajah, harimau, ikan, pepatung dan rama-rama. Kini, ramai yang menggunakan hiasan seperti pasu, tempayan, terendak lampu dan arca corak abstrak menggantikan penggunaan patung.
Kehadiran barangan dan aksesori tradisional terutamanya patung etnik Bali juga dapat menjadi identiti tersendiri yang unik dan berbeza dari taman- taman tropikal yang lain namun ciri- ciri mistik juga dikatakan kuat terasa. Oleh itu, taman gaya Bali ini boleh menjadi trend di tanah air bahkan juga di luar negara. Namun begitu bagi penganut Islam,elemen patung tidak harus di masukan dalam taman bali ini, kerana banyak lagi elemen yang menarik boleh di masukan.
Taman berkonsep Bali sering dilabelkan sebagai penataan hias yang penuh misteri dan seri 'lapuk' walaupun kebanyakan hiasan yang ditampilkan mengetengahkan keunikan flora dan fauna. Hakikatnya, konsep Bali bukan hanya tertakluk kepada hiasan klasik dengan motif misteri tetapi turut menampilkan elemen moden sesuai tuntutan masyarakat yang lebih mementingkan hiasan abstrak serta imej tiga dimensi.
Elemen tambahan dalam taman Bali adalah batu-batuan untuk laluan di sepanjang laman. Bagaimanapun, batu yang biasa digunakan adalah batu sungai dan batu pasir dengan warna-warna semula jadi, lapuk dan gelap. Ramai yang memilik menggunakan batu lava kerana ia begitu sinonim dengan Bali.
Taman Bali ini berkarakter tropika, penuh elemen dan ornamen, alami dan vegetasi alam. Jika dilihat karakter dari taman Bali, ia mempunyai kesan mistikk dan magis kerana penampilannya kelihatan boleh membuat perasaan menjadi takut dan suasananya kelihatan seram. Agar kita melihatnya tidak begitu seram, kita boleh mengkombinasikan dengan elemen-elemen yang lebih moden.