Malam tadi pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap menghadiri jamuan minit-minit akhir mereka di SMK Telok Kerang. Jamuan yang dianjurkan secara suka-suka oleh mereka sendiri dibuat di Restoran Mandela Tom Yam & Sea Food di Kampung Permas Hulu, Pontian. Majlis tersebut bermula tepat pada pukul 8.30 malam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ciggu Hasan Kasmuri (guru tingkatan), Pn. Lili Maznah Tajul Ariffin (isteri Cikgu Hasan), Abang Roslee Md Khair (pembantu bengkel landskap), dan En. Samsudin Ami (bekas kakitangan SMKTK). Semua nampak gembira dan ceria lebih-lebih lagi apabila menikmati hidangan yang lazat penangan tukang masak Restoran Mandela.
Dalam ucapannya, Cikgu Hasan Kasmuri mengingat kembali nostalgia sepanjang 2 tahun kami bersama-sama belajar di Tingkatan 4 Landskap dan Tingkatan 5 Landskap. Beliau amat berharap agar pelajar-pelajar di hadapan beliau (calon SPM) dapat menjawab soalan-soalan dengan tepat dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Di akhir majlis, pelajar-pelajar bersalaman dengan Cikgu Hasan Kasmuri.
No comments:
Post a Comment