Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Sunday, July 25, 2010

EVOLUTION GARDEN (TAMAN EVOLUSI)

Sewaktu ke Singapura, saya tidak lepaskan peluang pergi melawat Singapore Botanic Garden. Dalam taman itu ada pula Taman Evolusi (Evolution Garden). Taman ini direkabentuk untuk menggambarkan perkembangan dan perubahan tumbuh-tumbuhan dari semenjak zaman dahulu (zaman batu) dan zaman jurassic sehinggalah sekarang.  

Evolusi bererti perubahan pada sifat-sifat yang diwarisi daripada sesuatu populasi organisme dari satu generasi ke generasi berikutnya. Perubahan-perubahan ini disebabkan oleh kombinasi tiga proses utama: variasi, reproduksi, dan seleksi. Sifat-sifat yang menjadi dasar evolusi ini dibawa oleh gen yang diwariskan kepada keturunan suatu makhluk hidup dan menjadi bervariasi dalam suatu populasi.

Pada umumnya mengikut teori evolusi, period kehidupan di bumi ini di sekitar 3–4 milion  tahun yang lalu (bumi adalah ciptaan Allah swt, hanya Allah sahaja yang maha mengetahui). Tumbuhan pertama dipercayai tumbuh di sekitar tiga ratus ribu juta tahun yang lalu. Jenisnya adalah tumbuhan laut dan bentuknya bersel satu. Dipercayai pada masa itu di darat belum ada tumbuhan sama sekali. Tumbuhan darat pertama bernama cooksonia, yang mula tumbuh sekitar empat ratus juta tahun yang lalu. Bentuknya seperti rumput tetapi hanya berupa tunas tanpa daun, bunga dan akar yang baik. Menurut para ahli biologi, tumbuhan-tumbuhan itu benihnya berasal dari tumbuhan laut yang terdampar didaratan akibat air pasang. Awalnya memang seperti rumput, tetapi setelah mengalami evolusi, tumbuhan darat itu menjadi tinggi-tinggi seperti tumbuhan darat sebagaimana yang ada sekarang. Ini kerana tumbuh-tumbuhan ini berebut untuk mendapatkan sinar matahari sebagai sumber kehidupannya.

Taman ini sesuai untuk pebelajaran bagi pelajar-pelajar dan mereka yang berminat mengenai Cycad palm. Taburan batu-batu dan binaan daripada batu-batu, tumbuhan lumut dan Cycad palm yang ada di taman ini berjaya memberi gambaran seakan-akan sebuah taman yang berevolusi. Saya rasa taman ini memang cantik.  










No comments:

Post a Comment