Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Friday, November 18, 2011

BUKU-BUKU UNTUK PEMINAT LAMAN DAPUR (EDIBLE GARDEN)

Reka bentuk landskap trend masa kini ialah yang berkonsepkan laman dapur (Edible Garden). Taman sebegini selain cantik, ianya boleh dimanfaatkan oleh pengguna taman sehingga ke kuali dan hasilnya dapat dinikmati oleh ahli keluarga.

Laman edibel menggunakan tanaman edibel seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ulam-ulaman, rempah, bunga-bungaan edibel dan bukan edibel yang diadun menjadi satu taman yang berfungsi disamping mengekalkan nilai estetik. Laman edibel amat berpotensi sebagai salah satu penyelesaian kreatif untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan juga boleh dibangunkan sebagai satu program yang dapat membina masyarakat lestari.

Laman edibel mempunyai nilai tambahan. Sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan yang dihasilkan dapat dinikmati dan boleh menjimatkan perbelanjaan dapur. Pertukaran dan perkongsian hasil tuaian dengan jiran tetangga dapat mengeratkan silaturrahim. Tambahan pula hasil tanaman yang ditanam dan dijaga sendiri adalah segar dan berkualiti serta bebas daripada racun perosak.

MARDI telah mengeluarkan dua buah buku khusus untuk peminat taman dapur iaitu Laman Edibel - Konsep dan Inovasi yang disunting oleh Zabedah Mahmood, Hanim Ahmad dan Abd Kahar Sandrang, dan Koleksi Spesies  Landskap Edible  Tanaman Makanan, Herba dan Hiasan.



Buku Laman edibel yang berwarna-warni ini dipersembahkan dengan kandungan yang amat berguna untuk peminat taman dapur. Di antara isi kandungannya ialah:
  1. Konsep Laman Edibel
  2. GreenKit
  3. Fertikit
  4. Sayur-sayuran Memanjat Di Pergola
  5. Laman Vertikal
  6. Rumah Teduhan Mini
  7. Reka Bentuk Laman Edibel
  8. Inovasi Pengurusan Laman Edibel



Buku ini mengetengahkan kompilasi pelbagai spesies tanaman landskap edibel dan menerangkan maklumat asas pelbagai jenis tanaman makanan, herba dan hiasan yang tumbuh di Malaysia. Semua foto adalah berwarna dan ditulis mengenai nama tempatan, nama saintifik, famili dan kegunaannya. Di antara spesies dalam buku ini ialah:
  1. Spesies edibel - Pandan wangi (Pandanus odorus), Tenggek burung (Euodia ridlevi), Kelor (Moringa oleifera), Pegaga (Centella asiatica) dan lain-lain.
  2. Spesies herba - Dukung anak (Phyllanthus major), Kaduk (Piper sarmentosum), Lempoyang (Zingiber aromaticum), Bidara (Ziziphus mauritiana) dan lain-lain.
  3. Spesies hiasan - Kemunting cina (Catharanthus roseus), Mengkudu siam (Pisonia alba), Kelumpang (Sterculia sp.), Senduduk putih (Melastoma alba), Bunga tasbih (Canna sp.) dan lain-lain.

Thursday, November 17, 2011

GURU-GURU MPV LANDSKAP & NURSERI BERKURSUS PENANAMAN TANAMAN HIASAN UNTUK LANDSKAP (BPG/KPM) DI PUSAT LATIHAN TEKNIKAL MARDI SERDANG, SELANGOR


Duduk dari kiri:  Norma Sulaiman, Norlida Mohamed Hamim (Penyelaras), Sakinah Idris,
Siti Paridah Jailani (Penyelaras KPM),  Dr. Hanim Ahmad, Zainal Abidin Idris, Mohd Sharif Mohd
Badar. Baris tengah dari kiri:  Rogayah Abdullah, Rasidah Md Zain, Amrina Rasyada Mhd Fadhil,
Loh Yiew Sian, Arzana Kassim, Zurina Fadzil, Noor Hasliza Mahmud, Jusinar Rosli, Noor Haslila
Ibrahim.  Wan Hafizah Wan Ibrahim. Baris belakang dari kiri:  Renellcen Jipson, Silverius JA,
Ariff Bidin, Zakaria Md Saad, Muhammad Zainuddin Abdullah, Mohd Adib Md Darom,
Hasan Kasmuri, Sarip Jayos, Rospa'aizi Rokik.

Guru-guru MPV Landskap dan Nurseri dari seluruh Malaysia telah menghadiri Kursus Pengeluaran Tanaman Hiasan Untuk Landskap (BPG/KPM). Kursus yang bermula dari 13 November hingga 17 November 2011 dijalankan di Pusat latihan Teknikal, MARDI, Serdang, Selangor. Seramai 25 orang guru telah mengikuti kursus ini. Kumpulan ini adalah Kumpulan 6 iaitu kumpulan terakhir dalam siri kursus LDP anjuran BPG/KPM.

Diantara pengisian kursus ialah:
  1. Standard Kualiti Guru Dalam Pendidikan.
  2. Status dan Prospek Industri Tanaman Hiasan
  3. Pengenalan Kepada Tanaman Hiasan
  4. Landskap dan Tanaman Hiasan
  5. Pembiakan dan Penanaman
  6. Pengairan dan Pembajaan Tanaman Hiasan
  7. Pengurusan Penyakit dan Perosak Tanaman Hiasan.
  8. Pengalaman Usahawan Nurseri
  9. Keusahawanan
  10. Penilaian Ekonomi Untuk Nurseri Tanaman
  11. Pembiakan Kaedah Keratan Mikro
  12. Pembiakan Kaedah 'Double Cutting'
  13. Pembiakan Kaedah Cantuman Baji
  14. Pembiakan Kaedah Cantuman Mata Tunas
  15. Close Capillary Propagation System (CCPS)
  16. Lawatak ke Kalis Nursery & Landscapping, Janda Baik, Bentong, Pahang.

Penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada BPG/KPM dan MARDI kerana memberi peluang kepada guru-guru MPV Landskap dan Nurseri untuk menambah ilmu pengetahuan.

























Friday, November 11, 2011

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 2011

Pagi ini bertempat di Dewan A, pelajar-pelajar Tingkatan 5 menghadiri Majlis Graduasi Tingkatan 5 2011. Ini termasuklah pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap. Majlis yang dirasmikan oleh En. Abdul Rahim Bin Lamin, Pegawai Pelajaran Daerah Pontian nampak meriah apabila pelajar-pelajar memakai pakaian graduasi serba biru.

Selain daripada guru-guru, ibu dan bapa pelajar-pelajar turut hadir untuk meraikan anak-anak mereka buat kali terakhir di SMKTK sebelum menghadapi peperiksaan SPM pada minggu hadapan. Selepas tamat menghadapi peperiksaan nanti, tentunya diorang bertaburan mengikut haluan masing-masing. Datang ke sekolah lagi apabila nak ambil slip keputusan SPM pada Mac 2012.

Semoga dengan pakaian graduasi yang dipakai itu, menjadikan pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap ini bersemangat untuk menghadapi peperiksaan SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Itulah harapan kami warga SMKTK dan ibubapa kalian. Semoga kalian berjaya.





ABD RAHMAN BIN AHMAD

NORAFAZIRA BINTI MOHD ZAIN

ABDUL AZEEM BIN JASNI

NUR AMYZAH BINTI AHMAD

MOHD HASRUL ADHA BIN HASHIM

MOHD ASWARD BIN KAMIS

MOHAMMAD SYUKRI BIN RAMLI

NUR SYUHADA BINTI ARRAZI

MUHAMMAD KAMIL BIN MUSTAFAR

NORJANNAH BINTI MUSA

SITI KHAJAR  BINTI HAMIDNUDDIN

NURUL NAZUA BINTI OSMAN

NUR ATIKAH BINTI ABD.AZIZ

MUHAMMAD HAMIZAN BIN HAZMAN

MOHAMMAD MAWARIDI BIN MOHD TAIB

MOHAMAD ASPI BIN ZULKARNAIN

Thursday, November 10, 2011

JAMUAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 5 LANDSKAP

Malam tadi pelajar-pelajar Tingkatan 5 Landskap menghadiri jamuan minit-minit akhir mereka di SMK Telok Kerang. Jamuan yang dianjurkan secara suka-suka oleh mereka sendiri dibuat di Restoran Mandela Tom Yam & Sea Food di Kampung Permas Hulu, Pontian. Majlis tersebut bermula tepat pada pukul 8.30 malam.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ciggu Hasan Kasmuri (guru tingkatan), Pn. Lili Maznah Tajul Ariffin (isteri Cikgu Hasan), Abang Roslee Md Khair (pembantu bengkel landskap), dan En. Samsudin Ami (bekas kakitangan SMKTK). Semua nampak gembira  dan ceria lebih-lebih lagi apabila menikmati hidangan yang lazat penangan tukang masak Restoran Mandela.

Dalam ucapannya, Cikgu Hasan Kasmuri  mengingat kembali nostalgia sepanjang 2 tahun kami bersama-sama belajar di Tingkatan 4 Landskap dan Tingkatan 5 Landskap. Beliau amat berharap agar pelajar-pelajar di hadapan beliau (calon SPM) dapat menjawab soalan-soalan dengan tepat dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Di akhir majlis, pelajar-pelajar bersalaman dengan Cikgu Hasan Kasmuri.