Hari ini murid-murid Tingkatan 4 Landskap membuat penyenggaraan pada aksesori taman. Mereka mengecat bangku dan meja simen ferro serta simen ferro air terjun di taman. Semua aksesori taman itu dah pudar warnanya. Dengan cuaca yang panas ini, eloklah kerja-kerja mengecat dilakukan.
Tuesday, February 25, 2014
Sunday, February 16, 2014
MENGHIAS PENTAS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SMKTK 2014
Murid-murid Tingkatan 4 Landskap bersama Cikgu Hasan Kasmuri di beri tugas untuk menghias pentas dan backdrop majlis sambutan Maulidurrasul sekolah yang berlangsung pada 15 Feb 2014. Kami diminta menggunakan tanaman hiasan hidup, pemasangan backdrop Islamik dan pencahayaan cahaya berwarna-warni di kawasan pentas. Inilah hasil kerja kami.......
Tuesday, January 21, 2014
USAHA BERTERUSAN MENGHIJAUKAN KAWASAN SMK TELOK KERANG
Usaha-usaha
untuk menghijaukan kawasan SMK Telok Kerang iaitu sekolah kitorang ke arah sekolah yang yang lebih mesra dengan alam
sekitar telah lama dilakukan dan masih diteruskan sehingga kini. Peringkat demi peringkat kerja-kerja
pembinaan taman dan penanaman pokok-pokok hiasan dilakukan oleh
guru-guru dan murid-murid sekolah ini. Pelakon utamanya tentulah murid-murid dan guru-guru mata pelajaran MPV Landskap dan Nurseri. Mereka sama-sama merancang,
merekabentuk, membina taman serta menanam pokok-pokok hiasan yang sesuai
dengan persekitaran sekolah. Dengan bantuan pekerja-pekerja swasta,
kebersihan kawasan taman sentiasa dijaga. Pekerja-pekerja ini akan
memangkas, membersihkan daun-daun yang gugur, menyiram dan membaja
pokok-pokok tersebut.
Sunday, January 19, 2014
TAMAN BESTARI SMK TELOK KERANG
Taman
ini dinamakan Taman Bestari. Letaknya taman ini ialah di antara Blok D
dan Blok E sekolah kitorang SMK Telok Kerang. Ia dibina oleh murid-murid MPV Landskap di bawah bimbingan dan tunjuk ajar guru mata pelajaran Landskap dan Nurseri, Cikgu Hasan Kasmuri. Taman yang berkonsepkan
'sekolah lestariku' dibina ala-ala resort. Taman ini mempunyai sebuah pondok, sebuah kolam, pergola
dan pelbagai tumbuhan hiasan yang hijau seperti buluh
kuning berdaun hijau, bakung, phoenix dan pokok pinang. Ia dibina pada tahun 2003 dan
mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan. Kewujudannya diruang antara
bangunan ini memberi satu suasana yang nyaman dan menyegarkan.
Saturday, January 18, 2014
MENEBANG DAN MEMANGKAS POKOK HIASAN
Mereka belajar secara teori
dan praktikal. Itulah cara pembelajaran MPV Landskap dan Nurseri. Mereka
mempraktikkan apa yang mereka pelajari dari buku. Pelajar-pelajar
Tingkatan 4 Landskap belajar menebang dan memangkas pokok hiasan. Bukan
mereka tak sayang pada pokok-pokok hiasan itu. Bahkan abang-abang mereka yang terdahulu yang
menanam pokok-pokok itu. Tetapi memandangkan pertumbuhan pokok tersebut
yang meninggi dan mengganggu keselesaan pengguna, memang sepatutnya
pokok-pokok itu ditebang atau dipangkas.
Subscribe to:
Posts (Atom)





















































