Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Tuesday, July 20, 2010

KEISTIMEWAAN DAN UNIKNYA SENI BONSAI





Bonsai dirujuk bermula pada sekitar 4000 tahun lalu pada zaman Dinasti Han di China. Ia berkembang ke Jepun, Korea dan Vietnam. Bonsai adalah tanaman di pot merupakan salah satu seni pemangkasan tumbuhan dengan membesarkan tanaman di pot saja. Seni ini berasal dari daratan China pada zaman Dinasti Han.


Perkataan 'bonsai' berasal daripada bahasa Jepun manakala dalam bahasa Mandarin pula disebut "pen zai". Kata 'Bonsai' di Barat digunakan untuk semua macam tanaman atau pokok mini yang ditanam di dalam bekas tertentu atau pot. 


Tumbuhan yang di bonsai umumnya berupa tumbuhan berkayu (misalnya pokok beringin, dll) atau pokok buah-buahan dan kadang berupa pokok bunga. Bonsai yang baik dapat diletakkan diluar pekarangan sepanjang tahun.


Nilai dan efek artistik dari bonsai dilihat dari keseimbangan dalam ukuran batang, daun, ranting bunga atau buah dan pot yang digunakan. Pot yang dipakai haruslah yang mendukung suasana pohon yang ditanam.

 
Seni mengerdilkan tumbuh-tumbuhan di Cina lebih dikenali dengan sebutan Penjing (Pinyin). Pen - pot/bekas/dulang dan Ying - panorama alam. Penjing adalah merupakan seni mengerdilkan tanaman dengan mengambil inspirasi dari bentuk panorama alam. Gambaran dari panorama alam inilah yang mereka tata dalam sebuah tanaman yang dikerdilkan, hingga tanaman itu berbentuk lukisan alam yang indah dan hidup.
Pohon bonsai yang tertua yang diketahui ada di dalam koleksi Happo-en (kebun pribadi dan restoran eksklusif) di Tokyo, Jepun dimana boleh ditemui bonsai-bonsai yang berusia 400 sampai 800 tahun.


Ada empat ukuran bonsai yang biasa dipakai, yaitu mini, kecil, sedang, dan rata-rata. Bonsai mini biasanya berukuran tinggi sekitar 5 cm. Umumnya bonsai mini disiapkan dalam waktu sekitar 5 tahun. Bonsai kecil biasanya mempunyai tinggi antara 5 sampai 15 cm dan memerlukan sekitar 5-10 tahun. Bonsai ukuran sedang mempunyai tinggi antara 15 sampai 30 cm, dan bonsai rata-rata mempunyai tinggi 60 cm dengan mengambil masa sekitar 3 tahun.


Pokok bonsai dikerdilkan dengan cara memotong akar dan rantingnya. Pokok bonsai dibentuk dengan bantuan kawat pada ranting dan tunasnya. Kawat harus sudah dibentuk sebelum menggores kulit ranting pokok tersebut. Untuk memenuhi kriteria ukuran tertentu kita harus lakukan pengerdilan yang antara lain memotong ujung batang/pucuk, ditanam pada media yang terbatas (dalam pot kecil), pemangkasan akar secara berkala, terus menerus membuang tunas yang baru tumbuh (bud nipping) dan diletakkan pada tempat yang mendapat cahaya matakari penuh.


Bentuk bonsai harus cantik, wajar (alami) dan harus berbentuk serupa dengan tanaman sejenisnya yang tumbuh di alam bebas. Pada umumnya bonsai berbentuk segi tiga asimetris. Antara batang, cabang dan ranting ada keseimbangan pertumbuhan sehingga sedap dipandang. Ada lima gaya bentuk asas bonsai iaitu tegak lurus (chokkan), tegak berliku (tachiki), condong (shakan), setengah menggantung (hankengai) dan menggantung (kengai). Bonsai memiliki sisi depan dan belakang.

Bonsai yang sempurna memerlukan kerja-kerja training, meliputi pendawaian (wiring), pemangkasan bahagian batang, cabang dan ranting yang tidak diperlukan (prunning), membuang tunas dan daun baru yang tidak diperlukan agar tetap rapi (trimming) dan penyempurnaan bentuk pohon.

Umur bonsai harus tua atau nampak tua. Cara penuaan antara lain dengan memaksa dahan dan ranting tumbuh mendatar atau agak menurun, akar-akar pada pangkal batang ditonjolkan agar nampak menjalar di permukaan tanah, mematikan sebagian batang/cabang (jin) atau membuat lubang/rongga pada batang (uro) agar nampak seperti pohon tua yang sebagian batangnya sudah mati dan lapuk kerana usia.


Pengerdilan, training dan penuaan memerlukan waktu yang lama, bahkan hasil yang diharapkan pada ketiga kegiatan tersebut belum tentu nampak dalam waktu dua atau tiga bulan. Oleh itu kita perlukan kesabaran, ketekunan dan sedikit rasa seni agar tercipta bonsai yang benar-benar bonsai. Memelihara banyak bonsai jauh lebih baik daripada memelihara satu atau dua bonsai, karena dapat mengurangi rasa bosan waktu menunggu hasil yang diharapkan.


Secara umum media tanam bonsai adalah campuran pasir, tanah dan humus dengan perbandingan sama (1:1:1). Untuk tanaman tertentu yang memerlukan komposisi berbeza boleh disesuaikan, misalkan untuk jenis cemara (Juniperus) memerlukan 3 bagian pasir dan 2 bagian humus. Pot yang digunakan mesti bersesuaian dengan ukuran, bentuk dan bonsainya. Untuk bonsai bergaya tegak lurus dan tegak berliku sesuai dengan pot dangkal berbentuk bulat atau persegi panjang. Untuk bonsai bergaya condong sesuai dengan pot dangkal berbentuk persegi panjang atau oval. Untuk bonsai bergaya setengah menggantung dan menggantung sesuai dengan pot tinggi berbentuk bulat atau persegi.


Syarat-syarat tumbuhan yang sesuai dijadikan bonsai:

  1. Dapat hidup di tempat dengan media yang terbatas (pot kecil).
  2. Berumur panjang, puluhan bahkan ratusan tahun.
  3. Pertumbuhannya lambat sehingga tidak cepat berubah.
  4. Berdaun kecil, rimbun dan tidak mudah gugur.
  5. Batang lebih cepat membesar dan tidak cepat meninggi.
  6. Secara alami sudah memiliki bentuk yang indah.
  7. Tahan dan mudah ditraining.
  8. Merupakan tanaman berkayu (berbatang keras).
  9. Memiliki akar tunjang (sulur), seperti beringin.
  10. Memiliki permukaan kulit (tekstur) menarik seperti pinus dan asam jawa.
  11. Memiliki bentuk batang yang berliku, indah secara artistik-dekoratif seperti cemara udang.
  12. Memiliki buah kecil yang berwarna warni seperti murbai, jeruk kingkit dan kemuning.
  13. Memiliki bunga yang indah.


Thursday, July 15, 2010

FESTIVAL BUNGA & TAMAN PUTRAJAYA (FLORIA PUTRAJAYA) 2010

Festival Bunga & Taman Putrajaya (Floria) 2010 dah bermula. Ia berlangsung selama 10 hari dari 10 Julai hingga 18 Julai. Biasanya ia mendapat sambutan menggalakkan. Festival ini  bertempat di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya. Pameran dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9 pagi hingga 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Pada tahun ini festival berkenaan bertemakan 'Keindahan Tropika', yang menyaksikan pameran koleksi heliconia (bunga sepit udang) antara terbesar pernah diadakan dalam suasana taman. Malah, bunga berkenaan turut mewarnai setiap sudut Floria 2010 seperti di zon floral alley, floral avenue, gerbang bunga, meadow, taman permainan kanak-kanak dan taman penggiat dan penanam bunga heliconia atau di zon festival.


Floria 2010 dianjurkan Perbadanan Putrajaya dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Festival itu adalah kesinambungan Floria 2007 dan 2009 yang penuh warna warni. Floria 2010 menggambarkan kecantikan alam semula jadi yang diserikan dengan pelbagai bunga-bungaan yang unik dalam suasana taman sebenar.

Antara tarikan lain Floria 2010 ialah taman pameran reka bentuk terkini arkitek landskap dari dalam dan luar negara. Sementara itu, pavilion bunga berhawa dingin dijangka menarik perhatian pengunjung. Merangkumi laman heliconia eksotik, laman antarabangsa, laman Twilight, arca bunga, hiasan meja makan, dinding flora, sudut pereka dan pameran lukisan cat air heliconia. "Buat pertama kali, laman Twilight menggunakan kesan penataan cahaya. 

Tidak ketinggalan laman seni yang menjadi sudut khas kepada pencinta seni lukisan dan kraf. Penyertaan antarabangsa pula dijangka menjadi tumpuan pengunjung dengan penghasilan reka bentuk taman dan bunga-bungaan kreatif.

Saya berkesempatan berkunjung ke festival tersebut. Berikut adalah foto-foto suasana di festival tersebut yang saya ambil.





























SINGAPORE BOTANIC GARDEN (TAMAN BOTANI SINGAPURA)

Taman Botani Singapura (Singapore Botanic Garden) dianggap sebagai salah satu taman botani yang tercantik di dunia. Luas taman ini ialah 63.7 hektar yang ditanam dengan pelbagai tumbuhan tropika yang dalam pelbagai bentuk landskap. Taman ini adalah taman botani yang satu-satunya dibuka dari pukul 5 pagi hingga 12 malam.
Idea membina Taman Botani Singapura bermula pada tahun 1822 apabila Sir Stamford Raffles membina taman seumpamanya yang pertama di Fort Canning. Ia ditutup pada 1829. Sehingga 30 tahun kemudian taman ini di buka semula sehingga kini.

Tumbuhan yang pertama diperkenalkan di taman ini ialah pokok getah yang ditanam pada tahun 1877. Pada tahun 1920-an bermulalah penanaman orkid.

Tempat-tempat yang menarik di taman ini:

  1.  Botany Centre: Tempat pendidikan dan penyelidikan mengenai botani. Dibina pada tahun 1989.
  2. Swan Lake: Taman ini siap dibina pada tahun 1866. Terdapat banyak itik swan di tasik ini.
  3. Bandstand: Binaan warisan Victorian yang dikelilingi oleh pokok-pokok ‘yellow rain’ . Dulu rumah ini digunakan oleh pemain muzik.
  4. Ginger Garden: Terdapat ratusan spesies halia dan tumbuhan lain yang berkaitan dengan halia di sini. Taman ini istimewa kerana terdapat pancuran air terjun.
  5. National Orchird Garden: Di taman ini terdapat ribuan pokok-pokok orkid yang sentiasa berbunga.
  6. Palm Valley: Terdapat pokok-pokok palma dari yang kecil hingga yang paling besar. Terdapat stage orchestra di sini.
  7. Rain Forrest: Terdapat 314 spesies tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika di kawasan seluas 6 hektar. Sesetengahnya setinggi 50 meter dan ada pokok yang tumbuh sebelum tahun 1819.
  8. Evolution Garden: Taman perkembangan dunia dari dulu sehingga kini. Taman yang banyak batu-batu granite.
  9. Eco Garden: Taman dengan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada manusia seperti herba, rempah ratus dan pokok-pokok perubatan.
  10. Jacob Ballas Children’s Garden: Taman yang menggalakkan eksplorasi dan kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak boleh melihat, memegang dan mencium tumbuh-tumbuhan yang boleh membangkitkan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu.


Komen saya:
Masuk ke taman ini percuma. Bayar 5 dollar untuk masuk ke National Orchid Garden. Taman ini memang cantik dan menarik. Alangkah bagusnya jika ada taman seperti ini di Malaysia. Taman Botani Putrajaya belum setaraf denganya. Semasa saya bersiar-siar di taman ini, ramai pelancong terutamanya pelancong barat mengunjungi taman ini. Kawasan yang menjadi tumpuan ialah National Orchid Garden. Saya amat tertarik dengan Ginger Garden, National Orchid Garden, Bandstand, Tan Hoon Siang Misthouse, Cool House dan Evolution Garden.


 Bandstand

 Pemandangan pertama selepas melalui pintu masuk.

 'Bench' yang betul-betul asli.

 'Plant House'

Cissus cicyoides bergantungan.


Keladi raksasa.


Swan Lake


Pintu masuk ke Orchid Garden.


Pemandangan pertama di Orchid Garden.


Tempat mengabadikan kenangan.


Kawasan orkid VVIP.


Orkid pada dahan di Cool House. Saya suka di sini kerana kedinginannya.


Evolution Garden. Lumut pada batu.


Batu granite di Evolution Garden.


Air terjun buatan di Ginger Garden.


Symphony Stage.


Holttum Hall.


'Yellow rain' mengelilingi Bandstand.


Sun Garden.


Ketenangan aliran air di batu-batu.


Dua buah bangku taman setia menanti pengunjung duduk di atasnya.