Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 bermula hari ini sehingga 7 Jun bertemakan 'Alunan 
Pancarona' yang menggunakan bunga Lily sebagai bunga tema dengan 
himpunan 100 jenis bunga Lily serta 400,000 pokok dari pelbagai spesis 
yang lain.
Festival tahun ini diiktiraf oleh 
World Flower Council  International dengan anugerah 'Joyce White, World 
Flower Council International Award of Excellence ' yang diiringi hadiah 
wang tunai US$500 untuk peserta terpilih di Floral Pavilion.
Festival tahun ini mencatat rekod dengan penglibatan lebih 50 
pereka bentuk taman dan penyusun bunga antarabangsa dari 28 negara 
antaranya Afrika Selatan, Australia, Denmark, Ecuador, Hong Kong, Korea,
 Belanda, Perancis, Sepanyol, United Kingdom dan Oman. Terdapat 50 lot komersial berkonsep 
Garden Bazaar dan 'hort mart', lebih 60 gerai jualan makanan dan minuman
 serta 83 lot hasil kraf dan seni.
 
Floria Diraja Putrajaya ini dibuka kepada lawatan umum mulai hari ini hingga 7 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.
Floria Diraja Putrajaya ini dibuka kepada lawatan umum mulai hari ini hingga 7 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12 tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.
Pada kami pabila 
berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2015, adalah Taman Persahabatan China-Malaysia. Taman ini menjadi 
bualan dan tumpuan orang ramai di Putrajaya ekoran keunikannya. Berkonsepkan taman kekal di tapak Floria Diraja Putrajaya di Presint 
4, Taman Persahabatan China-Malaysia seluas 0.24 hektar yang bercirikan
 gaya Lingnam itu dibina sebagai tanda hubungan yang semakin kukuh 
antara kedua-dua negara. Dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta, pastinya keunikan dan 
kecantikan Taman Persahabatan China-Malaysia itu berjaya menarik ribuan 
pengunjung sepanjang berlangsungnya Floria Diraja Putrajaya 2015. Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati pengunjung Floria Diraja 
Putrajaya 2015 tidak putus-putus mengunjungi Taman Persahabatan 
China-Malaysia, malah mereka juga tidak melepaskan peluang untuk 
merakamkan gambar kenangan di taman tersebut.
Bayaran tiket masuk ke Floria Diraja Putrajaya 2015 juga amat 
berpatutan dan bayaran itu berbaloi dengan keindahan 
bunga-bungaan yang dipamerkan, jadi tidak rugi bagi pengunjung menghabiskan 
masa terluang di situ.
Dalam pada itu, antara tarikan lain yang terdapat di Floria Diraja 
Putrajaya 2015 ialah Taman Lili, Taman Diraja, Taman Pereka Bentuk, Tea 
Party Garden, Taman Inovasi, Taman Kucing, Taman Kanak-kanak. Turut disediakan ialah Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur yang 
menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok 
hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan, pokok bunga berpasu, 
perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan 
landskap.
Bertemakan 'Begonia-Pesona Warna' festival kali ini mempamerkan 400,000 
pokok pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan 
dari kawasan tropika dan subtropika termasuk lebih 60 dari spesies 
Begonia atau pokok asam batu.
Status 
diraja pada festival kali ini akan mengangkat imej festival dalam peta pesta 
bunga-bungaan dunia. Status ini setanding dengan sesetengah floria antarabangsa seperti 
Royal Chelsea Flower Show dan dengan status ini juga bermakna Yang 
di-Pertuan Agong akan berkenan merasmikannya setiap tahun.
Floria Diraja Putrajaya merupakan satu-satunya festival bunga dan taman
 di Malaysia yang menyediakan pakej pameran bunga serta pelbagai acara 
dan aktiviti. 

































No comments:
Post a Comment