MPV LANDSKAP DAN NURSERI
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Thursday, June 18, 2015

NOTA RINGKAS AMALI KEMAHIRAN LANDSKAP DAN NURSERI

Berikut adalah nota ringkas semasa pelajar-pelajar MPV Landskap melakukan kerja kursus. Pelajar-pelajar mesti mengikuti prosedur setiap kriteria yang ditetapkan. Mereka mesti kompeten dalam setiap amali.



1.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN BIJI BENIH HALUS

2.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN BIJI BENIH BESAR

3.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN KERATAN BATANG

4.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN KERATAN DAUN

5.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN SECARA CANTUMAN BAJI

6.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN SECARA TUT

7.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN SECARA SANDINGAN

8.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN ORGAN PENYIMPANAN

9.  MEMBIAK TANAMAN HIASAN MENGGUNAKAN PEMBAHAGIAN RUMPUN

10.  MEMILIH BEKAS DAN MEDIUM PENANAMAN

11.  MENANAM ANAK BENIH TANAMAN HIASAN DALAM BEG POLITENA

12.  MENANAM ANAK BENIH TANAMAN HIASAN DALAM PASU

13.  MEMBUAT INVENTORI DAN ANALISIS TAPAK

14.  MELAKAR GAMBAR RAJAH BUIH

15.  MELUKIS PELAN KONSEP

16.  MELUKIS PELAN INDUK

17.  MEMBINA MODEL REKA BENTUK LANDSKAP

18.  MENANAM TANAMAN HIASAN

19.  MENANAM RUMPUT

20.  MEMBINA PROJEK SIMEN FERRO

21.  MENYENGGARA KAWASAN LANDSKAP DAN NURSERI

22.  MELAKSANAKAN RANCANGAN PERNIAGAAN

Posted by LN at 9:19 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Nota Ringkas KLN

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Hari ini Khamis 18 Jun 2015 atau 1 Ramadhan adalah hari pertama umat Islam di Malaysia mula berpuasa. Selamat mengerjakan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.



"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa." Surah Al Baqarah, ayat 183 

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud: "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan..."
Posted by LN at 6:30 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Perayaan

Thursday, June 4, 2015

FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015

Festival Floria Diraja Putrajaya 2015 bermula hari ini sehingga 7 Jun bertemakan 'Alunan Pancarona' yang menggunakan bunga Lily sebagai bunga tema dengan himpunan 100 jenis bunga Lily serta 400,000 pokok dari pelbagai spesis yang lain.

Festival tahun ini diiktiraf oleh World Flower Council  International dengan anugerah 'Joyce White, World Flower Council International Award of Excellence ' yang diiringi hadiah wang tunai US$500 untuk peserta terpilih di Floral Pavilion.

Festival tahun ini mencatat rekod dengan penglibatan lebih 50 pereka bentuk taman dan penyusun bunga antarabangsa dari 28 negara antaranya Afrika Selatan, Australia, Denmark, Ecuador, Hong Kong, Korea, Belanda, Perancis, Sepanyol, United Kingdom dan Oman. Terdapat 50 lot komersial berkonsep Garden Bazaar dan 'hort mart', lebih 60 gerai jualan makanan dan minuman serta 83 lot hasil kraf dan seni.

Floria Diraja Putrajaya ini dibuka kepada lawatan umum mulai hari ini hingga 7 Jun dari 9 pagi hingga 10.30 malam pada Isnin hingga Khamis dan dari 9 pagi hingga 12  tengah malam pada Jumaat hingga Ahad.
 

Pada kami pabila berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2015, adalah Taman Persahabatan China-Malaysia. Taman ini menjadi bualan dan tumpuan orang ramai di Putrajaya ekoran keunikannya. Berkonsepkan taman kekal di tapak Floria Diraja Putrajaya di Presint 4, Taman Persahabatan China-Malaysia seluas 0.24 hektar yang berci­rikan gaya Lingnam itu dibina sebagai tanda hubungan yang semakin kukuh antara kedua-dua negara. Dengan kos perbelanjaan sebanyak RM1.5 juta, pastinya keunikan dan kecantikan Taman Persahabatan China-Malaysia itu berjaya menarik ribuan pengunjung sepanjang berlangsungnya Floria Diraja Putrajaya 2015. Tinjauan Utusan Malaysia juga mendapati pengunjung Floria Diraja Putrajaya 2015 tidak putus-putus mengunjungi Taman Persahabatan China-Malaysia, malah mereka ju­ga tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kena­ngan di taman tersebut.

Bayaran tiket masuk ke Floria Diraja Putrajaya 2015 juga amat berpatutan dan bayaran itu berbaloi dengan keindahan bu­nga-bungaan yang dipamerkan, jadi tidak rugi bagi pengunjung menghabiskan masa terluang di situ.

Dalam pada itu, antara tarikan lain yang terdapat di Floria Diraja Putrajaya 2015 ialah Taman Lili, Taman Diraja, Taman Pereka Bentuk, Tea Party Garden, Taman Inovasi, Taman Kucing, Taman Kanak-kanak. Turut disediakan ialah Bazar Tanaman dan Pasar Hortikultur yang menjual segala keperluan perkebunan dan tumbuh-tumbuhan seperti pokok hiasan, pokok ulam-ulaman, pokok buah-buahan, pokok bunga berpasu, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap.

Bertemakan 'Begonia-Pesona Warna' festival kali ini mempamerkan 400,000 pokok pelbagai spesies dan kultivar bunga-bungaan serta tanaman hiasan dari kawasan tropika dan subtropika termasuk lebih 60 dari spesies Begonia atau pokok asam batu.

Status diraja pada festival kali ini akan mengangkat imej festival dalam peta pesta bunga-bungaan dunia. Status ini setanding dengan sesetengah floria antarabangsa seperti Royal Chelsea Flower Show dan dengan status ini juga bermakna Yang di-Pertuan Agong akan berkenan merasmikannya setiap tahun.

Floria Diraja Putrajaya merupakan satu-satunya festival bunga dan taman di Malaysia yang menyediakan pakej pameran bunga serta pelbagai acara dan aktiviti.


































Posted by LN at 11:06 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Festival Landskap
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

MALAYSIA MERDEKA 2015

MALAYSIA MERDEKA 2015

SEHATI SEJIWA MERDEKA

BEAUTIFUL LANDSCAPE PICTURES

100 MOST BEAUTIFULGARDENS IN THE WORLD

ISLAMIC GARDEN

LOVE YOUR GARDEN

IDEAS AND ADVISE

LANDSCAPE CONCEPT DESIGN

MY MOM'S FLOWER GARDEN

FRONT YARD LANDSCAPE MAKEOVER

OLD TROPICAL GARDEN WALKAROUND

OUTDOOR TROPICAL PLANTS

WONDERLAND TROPICAL GARDEN

WATER GARDEN IN TROPICS

BALINESE TROPICAL GARDEN

DESIGN TAMAN

PANDUAN PENGAJARAN MPV LANDSKAP DAN NURSERI

Panduan pengajaran mpv landskap dan nurseri from Nabila_Ayuni
TERUS SETIA BERSAMA KAMI DI MEKARHARUM






MPV Landskap Penjana Transformasi Landskap Negara.

PENGETUA

PENGETUA
PN. HJH. AZIZAH BT OMAR

GPK PENTADBIRAN

GPK PENTADBIRAN
EN. MOHIDIN B SUYOT

GPK HEM

GPK HEM
EN. MOHD. ISHAK B. MALIKI

GPK KOKURIKULUM

GPK KOKURIKULUM
TN. HJ. MOHD AZMI B MARKAM

GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL

GKMP TEKNIK DAN VOKASIONAL
EN. ABD. HADI B AMBOK INGTANG

KETUA PANITIA MPV LANDSKAP

KETUA PANITIA MPV LANDSKAP
EN. HASAN B KASMURI

GURU MPV LANDSKAP

GURU MPV LANDSKAP
EN. NORDIN B EHSAN

PEMBANTU GURU MPV LANDSKAP

PEMBANTU GURU MPV LANDSKAP
EN. ROSLEE B MOHD KHAIR

KREATIVITI

“The ability to bring something new existence”. Seolah-olah melambangkan suatu tingkah laku dan pemikiran manusia yang hebat, dapat melakukan apa saja yang diinginkan..

PERANCANGAN AKTIVITI PELAJAR-PELAJAR LANDSKAP

Januari:
Projek bangku simen ferro.
Pertandingan bangku simen ferro.
Februari:
Menyenggara landskap sekolah.
Mac:
Membina taman sekolah.
April:
Pertandingan pelan landskap.
Mei:
Lawatan ke taman-taman di sekitar Johor Bahru.
Jun:
Lawatan ke Cameron Highland dan Floria Putrajaya.
Julai:
Pertandingan model landskap.
Ogos:
Pertandingan terrarium
September:
Penyenggaraan landskap sekolah

LANDSKAP

Landskap adalah pemandangan di atas daratan/muka bumi. Perlandskapan pula adalah melibatkan usaha-usaha manusia untuk memelihara persekitarannya supaya dapat hidup dengan selesa, puas, dan harmoni. Usaha ini termasuklah merancang, membangun dan menyelenggara sesuatu landskap. Landskap yang baik terhasil daripada perancangan yang teliti dengan mengambil kira semua faktor di sekelilingnya agar dapat mengekalkan fungsi dan keindahannya.

NURSERI

Nurseri ialah tempat anak benih pokok dihasilkan sebelum ditanam di tempat kekal atau dipasarkan . Dinurseri anak pokok dijaga dan disusun dengan rapi.

Beberapa jenis nurseri ialah

1. Nurseri runcit: Nurseri ini adalah tempat menghasilkan dan memasarkan tanaman hiasan yang diusahakan secara kecil.kecilan. Selain anak pokok, nursery ini juga menjual bahan-bahan lain seperti pasu, baja, racun rumpai dan perosak. Anak pokok buah-buahan juga ada dijual di sini.

2. Nurseri borong: Nurseri borong mengusahakan, menyemai dan memasarkan bahan tanaman hiasan dalam kuantiti yang besar. Nurseri borong memasarkan tanaman hiasan secara pukal kepada nursery runcit dan kepada kontraktor landskap.

3. Nurseri landskap: Kebanyakan nurseri ini tidak mengeluarkan tanaman hiasan sendiri. Ia mendapat bekalan daripada nursery borong dan nursery runcit. Nurseri ini lebih memberi perkhidmatan seperti menyediakan pelan landskap, menjalankan kerja perlandskapan dan kerja-kerja penyenggaraan kawasan landskap.

LANDSKAP DAN NURSERI SMK TELOK KERANG

  • Rancangan Perlandskapan Di SMK Telok Kerang.pdf
  • Permohonan Pembinaan Bengkel Landskap dan Nurseri SMK Telok Kerang.pdf
SPM Countdown

LABELS

  • Aksesori Landskap (12)
  • Aktiviti Pelajar-pelajar LN (37)
  • Bahan Rujukan (12)
  • BBM Landskap (1)
  • Festival Landskap (10)
  • Jalan-jalan (16)
  • JSU MPV Landskap (1)
  • Landskap dan Taman (44)
  • Landskap Kejur (5)
  • Modul/Kursus/Laporan (1)
  • MPV (2)
  • NOTA LANDSKAP TINGKATAN 4 (1)
  • NOTA LANDSKAP TINGKATAN 5 (1)
  • Nota Ringkas KLN (1)
  • Nurseri (5)
  • Organisasi (5)
  • Panduan Membina Landskap (45)
  • Penyenggaraan Landskap (6)
  • Peperiksaan (4)
  • Perayaan (14)
  • Rancangan Pengajaran Harian (RPH) (1)
  • Rekabentuk Landskap (27)
  • Sejarah (6)
  • Soalan Latihan (1)
  • Teknik Menanam Pokok (17)
  • Tempat Menarik (8)
  • Tumbuhan Hiasan (22)

BLOG ARCHIVE

  • ▼  2015 (61)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (18)
    • ►  July (5)
    • ▼  June (3)
      • NOTA RINGKAS AMALI KEMAHIRAN LANDSKAP DAN NURSERI
      • SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
      • FLORIA DIRAJA PUTRAJAYA 2015
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (5)
    • ►  February (4)
    • ►  January (7)
  • ►  2014 (33)
    • ►  December (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (5)
  • ►  2013 (45)
    • ►  December (1)
    • ►  November (5)
    • ►  October (6)
    • ►  September (3)
    • ►  August (4)
    • ►  July (2)
    • ►  June (5)
    • ►  May (3)
    • ►  April (5)
    • ►  March (4)
    • ►  February (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2012 (41)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (11)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (47)
    • ►  December (5)
    • ►  November (9)
    • ►  October (5)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (5)
    • ►  April (2)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2010 (81)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (7)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (10)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (11)
    • ►  March (11)
    • ►  February (14)

MY BLOG LIST

  • FERTIGASI LIMAHA
  • LAMAN PAK GURU ASAN
  • SMK TELOK KERANG

LINK

  • BOGOR BOTANIC GARDENS
  • FAKULTI REKABENTUK DAN SENIBINA UPM
  • GARDENING
  • IDEAL GARDEN
  • JABATAN LANDSKAP NEGARA
  • KEW ROYAL BOTANIC GARDEN
  • STUDIO LANSKAP
  • TENTANG TUMBUHAN

ABOUT ME

My photo
LN
View my complete profile

FOLLOWERS

POPULAR POSTS

  • CARA BUAT PROJEK SIMEN FERRO
  • BULUH SEBAGAI PILIHAN PENYERI TAMAN
  • CADANGAN PERLANDSKAPAN KAWASAN RUMAH LIMAS JOHOR MILIK EN. ABDUL HADI BIN AMBOK INGTANG
  • TAMAN RAMUAN/TAMAN HERBA MARDI DI MAEPS, SERDANG, SELANGOR
  • ELEMEN TAMAN
  • SENI SUSUN ATUR TUMBUHAN HIASAN DI RUMAH TUMBUHAN
  • LANDSKAP KAMPUNG FELDA NITAR 2

PAGEVIEWS

Blog MPV Landskap & Nurseri ini dihasilkan untuk memberi maklumat umum mengenai nurseri, landskap dan taman atau yang berkaitan dengannya. Tidak ada jaminan bahawa maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah tepat dan lengkap. Blogger secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko yang dialami oleh para pelawat kerana menggunakan maklumat di dalam blog ini. Di sini juga kami mohon keizinan kepada penulis asal dimana sebahagian hasil tangan itu kami muatkan dalam blog ini. Kami mohon maaf atas kelemahan kami itu. Sama-samalah kita berkongsi ilmu dan maklumat. Selamat melayari blog kami ini. Terima kasih.



Watermark theme. Theme images by Nikada. Powered by Blogger.