Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Saturday, March 29, 2014

PILIH PERABOT SESUAI DENGAN KONSEP TAMAN

Perabot dan aksesori di taman kekal menarik dan mempu­nyai jangka hayat lebih lama jika aspek penjagaan diberi perhatian. Tidak semua perabot taman di pasaran mempu­nyai ciri-ciri tahan daripada cuaca panas, hujan atau embun. Tambahan pula ada ha­nya sesuai di tempat berbumbung seperti dekoratif gazebo atau wakaf.

Sebelum membeli, pastikan lokasi, reka bentuk, kesesuaian, bajet dan aspek penyelenggaraan. Paling utama kesesuaian perabot perlu diselarikan dengan konsep taman supaya idea yang anda ingin zahirkan lebih menyeluruh.

  • Bagi kerusi santai umpamanya, persekitaran sesuai perlu diwujudkan supaya fungsinya boleh dipelbagaikan. Dalam meraikan tetamu dan mewujudkan tempat bersembang, kehadiran kerusi yang mempunyai pemegang dengan meja kopi di tengahnya, amat penting. 
  • Sementara itu, ruang istirahat pula memerlukan kesesuaian dan reka letak seperti kerusi malas atau kerusi goyang. 
  • Seterusnya, bajet perlu selari dengan kemampuan kita bagi mengelak pembaziran atau tersalah beli perabot. 
  • Jika bercadang membeli perabot kegunaan minum petang, pastikan jumlah kerusi atau keluasan meja. 
  • Tentukan lokasi sama ada berbumbung atau sebaliknya. Elak meletak kusyen atau hiasan fabrik untuk ruang terbuka bagi menghindari kepudaran warna atau terkena hujan.

Bagi mengekal seri dan ketahanan perabot taman, beberapa panduan berikut mungkin boleh membantu.
  • Guna penyapu debu berasaskan bulu ayam bagi menanggalkan debu di celah rotan. 
  • Dapatkan kain bersih untuk mencuci perabot, selain menyembur pengilat perabot untuk mengekalkan serinya. 
  • Letakkan perabot di tempat teduh seperti beranda ketika matahari terik. Ini kerana pancaran cahaya secara berterusan boleh melunturkan warna asal rotan atau buluh. 
  • Elak meninggalkan perabot taman di luar ketika hujan kerana ia menyerap air dan menyebabkan kurang daya ketahanan. 
  • Dalam usaha mengekalkan warna kayu jati, gunakan bahan perlindu­ngan sesuai bagi mengelak ia pudar. 
  • Perabot taman perlu dalam keadaan kering sebelum membuat rawatan atau dicat pelindung. 
  • Sementara itu, perabot taman yang dilengkapi payung boleh melindungi kepudaran dan mengekal daya ketahanannya.

Thursday, March 20, 2014

POKOK TANAMAN YANG SESUAI DIJADIKAN BONSAI


Di negara kita banyak sekali tanamaan yang termasuk dalam keluarga bonsai dan dapat dijadikan bonsai yang artistik dan tentunya cantik. Tanaman-tanaman ini apabila kita pelihara sesuai dengan pemeliharaan bonsai pada umumnya, maka akan dapat hasil bonsai yang sangat memuaskan.


Di antaranya ialah:
  1. Pokok Beringin (Ficus) - terutama berdaun kecil
  2. Pokok Bunut (ficus) - cantik kalau daunnya batu bertunas
  3. Pokok Ranting Putri - akarnya tahan air (tidak membusuk kerana terlalu banyak air)
  4. Pokok Sisir - berbatang keras dan berduri
  5. Pokok Limau Lingkit - (citrus) berjenis kecil (daun dan buah)
  6. Pokok Murbay (Morus alba)
  7. Pokok Sianthau - Dewa Daru, cheryy suriname ( Eugenia michelli)
  8. Pokok Lobi - lobi ( Flacourtia inermis)
  9. Pokok Nam-nam (Gynometra cauliflora)
  10. Pokok Jambu Biji (Psidium guajaya L)
  11. Pokok Sawo Kecil (Maniulkara kauki Dub)
  12. Pokok Asam Jawa (Tamarindus indica L) - tekstur batangnya yg indah
  13. Pohon Serut - daunnya boleh dikecilkan

 
Jenis pokok tanaman di atas memang sangat sesuai untuk kita jadikan bonsai. Apalagi jenis itu banyak terdapat di negara kita. Bagi penggemar atau peminat bonsai disarankan mencari tanaman yang sesuai untuk dijadikan bonsai terserah pokok apa saja. Namun perlu diingat bahwa tidak semua tanaman atau pokok boleh dijadikan bonsai. Sebagai langkah pertama apabila ingin mencuba, sebaik-baiknya mulakan dengan beberapa jenis tanaman yang mudah dibentuk dan mudah hidup. Ingat, membentuk dan menjadikan bonsai memerlukan masa yang cukup lama bahkan bertahun-tahun. Sabar sahajalah...

Saturday, March 8, 2014

MENYENGGARA PONDOK SANTAI

Pagi ini murid-murid Tingkatan 4 Landskap membuat kerja-kerja penyenggaraan di pondok santai. Pondok ini dulu dibina oleh 'abang-abang' mereka yang juga murid-murid MPV Landskap. Mereka mengecat semula pondok tersebut setelah warna asal pondok itu kusam dan tidak berseri. Selain daripada itu, mereka juga memperbaiki tangga yang telah rosak. Kerja penyenggaraan ini siap dalam masa tiga jam.





Tuesday, March 4, 2014

MEMBINA TAMAN UNTUK PENDIDIKAN KHAS (1)

Kami kumpulan murid-murid Tingkatan 4 Landskap diberi tugas untuk membina sebuah taman di hadapan bilik darjah Tingkatan Pendidikan Khas. Kawasan yang kosong ini akan dijelmakan menjadi sebuah taman mini khusus untuk murid-murid Pendidikan Khas. Konsep yang hendak diterapkan ialah 'taman herba'. Ketika ini kami sedang membentuk permukaan tanah, membina kepungan-kepungan dan mendirikan tiang 'focal point'. Projek ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Hasan Kasmuri dan Abang Roslee Md. Khair. Reka bentuk taman diideakan oleh Cikgu Hasan Kasmuri setelah beliau berbincang dengan guru-guru Pendidikan Khas. In sya Allah projek ini boleh siap dalam tempoh 2 bulan.