Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Wednesday, November 20, 2013

SHALAMAR GARDEN, LAHORE, PAKISTAN



Tersenarai antara Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1981, sudah cukup menjadi bukti taman ini menarik dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Dibina ketika pemerintahan Shah Jehan iaitu Maharaja Mughal yang dikenali sebagai penaung seni bina pada abad ke-16, Shalamar Garden, Lahore, Pakistan bukan lagi nama asing.

Amat membanggakan apabila taman itu antara inspirasi dari Asia Tengah, Kashmir, Punjab Barat, Parsi dan Kesultanan Delhi. Ketika itu, taman-taman yang dibina dalam Shalamar Garden sebagai lokasi untuk keseronokan golo­ngan diraja.



Taman itu dibina dalam sistem teres dengan tiga lapisan turun dari selatan ke utara.Teres atas dinamakan Farah Baksh, lapisan tengah dinamakan Faiz Baksh dan lapisan yang lebih rendah dipanggil Hayat Baksh. Status taman kekal itu berterusan hingga awal abad ke -19. Kemudian keindahan taman itu diubah suai semula ketika pemerintahan Inggeris pada 1842 hingga 1947.

Kini Shalamar Garden semakin popular di kalangan masyarakat dunia. Lebih menarik perhatian apabila taman indah itu turut mempunyai mata air zaman purba yang dulunya menggunakan bantuan unta. Keunikan itu terus dikekalkan apabila mata air berkenaan kini dikendalikan motor elektrik.


Dinding benteng besar yang dibina di zaman Mughal pula masih gagah berdiri di sekitarnya. Kelainan yang ada pada taman ini juga membuatkan ia sering menjadi lokasi kegemaran masyarakatnya bersantai. Pada masa sama menjadi lokasi majlis tertentu dianjurkan kerajaan.

Kadang kala ada yang menggelarkan taman itu Shalamar Garden. Menurut Anna Suvorova dalam buku bertajuk ‘Lahore: Topophilia of Space and Place,’ berkata ia sudah pasti satu nama Arab atau Parsi. Ini kerana raja Islam tidak menggunakan nama bahasa Sanskrit atau Hindu untuk taman diraja.  Kedudukannya berhampiran Baghbanpura sepanjang Trunk Road Grand iaitu kira-kira lima kilometer dari bandar Lahore utama.

Sumber

No comments:

Post a Comment