Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Friday, November 22, 2013

TAMAN JEPUN DI PUNCAK BUKIT HUTAN TROPIKA

Taman Jepun adalah taman gaya tradisional Jepun. Sesetengah taman Jepun adalah taman kering atau taman batu. Dalam budaya Jepun, pembinaan taman adalah kesenian yang tinggi. Taman Jepun telah dibangunkan hampir menyamai taman Cina namun berbeza dari segi gaya.

Walaupun taman Jepun ini sering dikaitkan sebagai tempat membawa diri yang tenteram untuk mereka yang ingin melepaskan diri daripada tekanan kehidupan sehari-hari, taman-taman Jepun juga direka bentuk untuk pelbagai tujuan. Sesetengah taman menggalakkan untuk bertafakur, namun ia juga bertujuan sebagai tempat untuk rekreasi dan untuk mempamerkan spesimen-spesimen tumbuhan yang jarang ditemukan serta memperagakan batu-batu yang luar biasa. 

Kaiyu-shiki atau siar kaki memerlukan pengunjung merentasi taman supaya dapat menghargai taman itu dengan sepenuhnya. Satu jalan yang dirancang terlebih dahulu membawa pengunjung taman ke setiap kawasan yang unik di dalam taman Jepun ini. Permukaan jalan yang tidak rata dibina di ruangan-ruangan yang tertentu untuk menggalakkan para pengunjung supaya melihat ke bawah. Apabila pengunjung melihat ke atas, mereka akan melihat suatu hiasan untuk menyedar dan menyegarkan jiwa. Reka bentuk seperti ini dikenali sebagai "sembunyikan dan dedahkan". 

Elemen batu digunakan untuk membina lorong, jambatan dan laluan pejalan kaki taman. Ia juga digunakan mewakili gunung apabila gunung yang sebenar tidak ada atau tidak dapat dilihat. Bilangan batu yang diletak biasanya ganjil dan kebanyakan kumpulan batu itu berbentuk segi tiga. 

Sumber air di dalam taman Jepun merupakan sebahagian persekitaran semula jadi. Oleh itu air pancut tidak akan kelihatan di dalam taman Jepun. Anak sungai buatan dibina dengan lengkungan dan bentuk yang tidak sekata untuk mencipta wajah yang tenang dan semula jadi. Di sesetengah taman, terdapat kolam atau sungai yang kering. Kolam atau sungai yang kering mempunyai kesan yang lebih kurang sama dengan kolam atau sungai yang mempunyai air. 

Tumbuhan hijau merupakan satu lagi unsur taman Jepun. Tradisi Jepun lebih suka warna hijau yang lembut, tetapi pokok berbunga dan pokok renek juga digunakan. Di dalam taman Jepun tiruan khususnya yang dibina di luar dari negara Jepun, ia  menggunakan pokok-pokok tempatan atas alasan iklim yang berbeza. 

Kalau kita ke Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Bentung, Pahang dan inginkan suasana yang tenang dan mendamaikan, pergilah ke Japanese Village yang berada di puncak bukit pada ketinggian 3500 dari paras laut. Bertambah unik mengenai kampung ini ialah ia terletak di kawasan hutan tropika. Taman yang direalisasi daripada ilham arkitek Jepun, Kaio Ariizumi ini dibina untuk mereka yang mencintai kehijauan hutan tropika tanah tinggi yang dingin dan nyaman. Ariizumi dan kumpulan pereka landskapnya berjaya menghidupkan penataan seni landskap taman dan perkampungan Jepun. 

Taman yang berada dalam Japanese Village ini menyambut pengunjung dengan menawarkan taman Jepun yang mempunyai siar kaki berliku, pintu gerbang chumon, Japanese Tea House, Tatami spa, UME Tatami Suite, Botanical Garden, Ryo Zan Tei Restaurant, dan Souvenir Shop. Dengan laluan taman denai yang kemas, seni dan falsafah Jepun banyak melatari persekitaran taman. 

Berjalan dengan melewati deretan rumpun buluh, pokok-pokok renek, ara bonsai, dan batu-batu gunung, deria pendengaran juga pasti terpaut pada irama aliran air di sungai dan riak bunyi air terjun yang menghempas ke bongkah-bongkah batu berlumut.  Ia sungguh istimewa! Di kolam ikan, dihimpunkan spesies koi dalam warna-warna garang, bersisik kuning, merah, emas, dan perak. Koi-koi itu tidak malu-malu berenang ke sana ke mari seolah-olah menghiburkan pengunjung, namun disebaliknya ia meminta makanan setiap kali ternampak kelibat manusia. 

Pengalaman berkunjung ke Taman jepun ini akan menyimpulkan bahawa sebuah taman Jepun perlu memiliki elemen penting seperti buluh, pulau, jambatan, pelita batu dan juga sebuah pondok teh atau pavilion. Jika elemen-elemen itu tidak dapat direka secara fizikal, ia boleh dibuat secara perlambangan. 

Itulah cerita sebuah taman Jepun di Japanese Village, Berjaya Hills Resort, Bentung, Pahang. Sayonara...
















 

Wednesday, November 20, 2013

SHALAMAR GARDEN, LAHORE, PAKISTAN



Tersenarai antara Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1981, sudah cukup menjadi bukti taman ini menarik dan menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Dibina ketika pemerintahan Shah Jehan iaitu Maharaja Mughal yang dikenali sebagai penaung seni bina pada abad ke-16, Shalamar Garden, Lahore, Pakistan bukan lagi nama asing.

Amat membanggakan apabila taman itu antara inspirasi dari Asia Tengah, Kashmir, Punjab Barat, Parsi dan Kesultanan Delhi. Ketika itu, taman-taman yang dibina dalam Shalamar Garden sebagai lokasi untuk keseronokan golo­ngan diraja.



Taman itu dibina dalam sistem teres dengan tiga lapisan turun dari selatan ke utara.Teres atas dinamakan Farah Baksh, lapisan tengah dinamakan Faiz Baksh dan lapisan yang lebih rendah dipanggil Hayat Baksh. Status taman kekal itu berterusan hingga awal abad ke -19. Kemudian keindahan taman itu diubah suai semula ketika pemerintahan Inggeris pada 1842 hingga 1947.

Kini Shalamar Garden semakin popular di kalangan masyarakat dunia. Lebih menarik perhatian apabila taman indah itu turut mempunyai mata air zaman purba yang dulunya menggunakan bantuan unta. Keunikan itu terus dikekalkan apabila mata air berkenaan kini dikendalikan motor elektrik.


Dinding benteng besar yang dibina di zaman Mughal pula masih gagah berdiri di sekitarnya. Kelainan yang ada pada taman ini juga membuatkan ia sering menjadi lokasi kegemaran masyarakatnya bersantai. Pada masa sama menjadi lokasi majlis tertentu dianjurkan kerajaan.

Kadang kala ada yang menggelarkan taman itu Shalamar Garden. Menurut Anna Suvorova dalam buku bertajuk ‘Lahore: Topophilia of Space and Place,’ berkata ia sudah pasti satu nama Arab atau Parsi. Ini kerana raja Islam tidak menggunakan nama bahasa Sanskrit atau Hindu untuk taman diraja.  Kedudukannya berhampiran Baghbanpura sepanjang Trunk Road Grand iaitu kira-kira lima kilometer dari bandar Lahore utama.

Sumber

Thursday, November 7, 2013

CARA MUDAH TANAM ORKID

Bahan-bahan:
  1. Pecahan batu bata merah
  2. Pecahan arang
  3. Baja tahi kambing yang telah diproses
  4. Pasu yang sesuai
  5. Air
  6. Anak pokok orkid

Peralatan:
  1. Tukul untuk memecahkan batu bata dan arang
  2. Sudip tangan
  3. Sprayer

Langkah-langkah:
  1. Rendam batu bata semalaman.
  2. Pecahkan batu bata.
  3. Pecahkan arang.
  4. Masukkan campuran bata bata dan arang sebagai lapisan dasar pasu.
  5. Keluarkan pokok orkid daripada pasu semaian.
  6. Buang daun yang dah mati.
  7. Buang dahan/ranting yang dah tua/mati.
  8. Buang akar yang tua/mati.
  9. Pokok orkid letakkan di tengah-tengah pasu.
  10. Masukkan pecahan batu bata dan arang di sekeliling pokok orkid.
  11. Tabur baja tahi kambing yang telah diproses.
  12. Siram secukupnya.
  13. Letakkan di tempat 50% naungan.






Sunday, November 3, 2013

POKOK TANDUK RUSA

Pokok Tanduk Rusa merupakan sejenis paku pakis yang menumpang di dahan pokok basar bagi mendapatkan cahaya matahari. Batangnya berupa rizom dengan sisik-sisik yang tebal, mendukung daun dwimorf. Daun pakis ini adalah tebal dan berwarna hijau. Sorusnya menutupi hujung-hujung daun fertil, dan sporanya halus seperti serbuk. 
Tanduk Rusa dapat digunakan untuk mengubati bengkak-bengkak pada anggota badan, iaitu daunnya dihaluskan bersama campuran “adus, pulasari” serta bawang merah, dan kemudian terus ditampalkan pada bahagian yang bengkak. Daun tanduk rusa ditumbuk bersama sedikit garam dan ditambah segelas air, ditapis dan diminum pada waktu pagi dan petang dipercayai dapat merawat demam. Untuk mengatasi masalah haid yang tidak teratur, daun paku tanduk rusa dicampur dalam air mendidih dan diminum sebelum kedatangan haid. Daun paku tanduk rusa dan sedikit kapur sirih ditumbuk halus dan ditampal pada bisul dapat merawat bisul.

Pokok ini dahulu memang popular di tanam di rumah-rumah. Ia jenis epifit dan melekap pada dahan atau batang pokok besar yang lain. Pokok ini mempunyai daun yang unik bentuknya iaitu menyerupai tanduk rusa. Terdapat lebih daripada 17 spesis paku tanduk rusa di seluruh dunia seperti platycerium bifurcatum(Australia Timur, New Guinea dan New Caledonia), platycerium andinum(Peru dan Bolivia, platycerium alcicorne (Madagascar), Platycerium grande (Australia, Malaysia dan Filipina) dan platycerium conorum(Malaysia). Pokok tanduk rusa lebih menggemari cuaca tropika tetapi mampu bertahan dalam cuaca di bawah paras beku(-9 Celcius). Pokok ini membiak melalui spora dan pecahan anak.

Nama Saintifik: Platycerium wallihi
Nama Botani : Platycerium sp.
Nama Lain: Pakis Tanduk Rusa, Staghorn Fern
Famili : Polypodiales@ Polypodiaceace
Genus: Platycerium 

Friday, November 1, 2013

MENGHIAS PENTAS MAJLIS GRADUASI 2013

Pada hari Khamis, 31 Oktober 2013 telah dilangsungkan Majlis Graduasi  di sekolah kami, SMK Telok Kerang. Tugas menghias pentas dan dewan telah diamanahkan kepada Cikgu Hasan b Kasmuri. Seramai 5 orang pelajar Tingkatan 5 Landskap membantu Cikgu Hasan b Kasmuri untuk mendesign dan menata hias pentas utama dan dewan untuk majlis tersebut. Beberapa elemen yang dikehendaki telah kami sediakan terlebih dulu. Sehari sebelum majlis, kami dah siapkan penataan pentas. Inilah sentuhan kami di bawah sifu kami Cikgu Hasan b Kasmuri.