PERATURAN KESELAMATAN AM
- Bengkel Landskap dan Nurseri ialah kawasan larangan. Tidak sesiapapun dibenarkan masuk tanpa kebenaran guru.
- Utamakan keselamatan.
- Sebelum memasuki bengkel perlu mendapat kebenaran guru dan berada dibawah pengawasan guru sepenuhnya.
- Peraturan dari segi tatacara berpakaian di bengkel mesti difahami dan dipatuhi. Pakaian hendaklah sesuai dan kemas. Mesti pakai kasut.
- Peralatan dan bahan dalam bengkel tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru.
- Sentiasa mematuhi arahan guru dan berhati-hati dalam setiap kerja di bengkel.
- Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.
- Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.
- Semua peralatan hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan.
- Amali atau eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.
- Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan bengkel.
- Dilarang bermain-main dengan segala peralatan dan kelengkapan di dalam bengkel.
- Dilarang bergurau senda di dalam bengkel.
- Tidak dibenarkan berpindah dari tempat duduk yang dikhaskan ke tempat lain tanpa kebenaran guru.
- Kerusi, meja dan kemudahan lain di bengkel hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam bengkel hendaklah bersih dan kemas sepanjang masa.
- Keadaan persekitaran bengkel perlu dipastikan sentiasa kemas, bersih dan teratur.
- Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel.
- Semua suis elektrik perlu dimatikan sebelum meninggalkan bengkel.
- Tidak dibenarkan menggunakan peti pertolongan cemas tanpa pengetahuan guru.
- Langkah-langkah keselamatan mersti dipatuhi setiap masa.
PERATURAN KESELAMATAN DIRI DAN ORANG LAIN
- Jadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan.
- Utamakan keselamatan diri sendiri dan orang lain semasa di bengkel.
- Pakailah pakaian yang sesuai dan kemas ketika berkerja di dalam bengkel,
- Pakai pakaian yang sesuai dan kasut yang bertutup.
- Bagi pelajar yang mamakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika berkerja.
- Bagi pelajar-pelajar perempun,rambut yang panjang hendaklah diikat. Bagi yang bertudung, pastikan tundung dipakai dengan kemas.
- Jangan bermain atau bergurau-senda semasa berada di bengkel Landskap dan Nurseri.
- Amalan sentiasa berkerjasama dan bantu-membantu sesama rakan dan orang lain adalah digalakkan.
- Tangan perlu dibasuh dengan betul setelah selesai kerja di bengkel Landskap dan Nurseri.
PERATURAN
KESELAMATAN ALATAN DAN BAHAN
- Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum pelajar boleh menggunakannya.
- Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.
- Perancangan penggunaan alatan dan bahan dibuat dengan teliti sebelum memulakan sesuatu kerja.
- Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.
- Dilarang menggunakan peralatan yang rosak.
- Penggunaan bahan kimia seperti baja mesti dibuat dibawa bimbingan dan pemantauan guru.
- Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan di bengkel Landskap dan Nurseri.
AMARAN
Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab atas
apa-apa kejadian yang tidak diingini sekiranya seorang pelajar itu tidak
mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.
No comments:
Post a Comment