Semasa merayau di Bali, kami singgah di beberapa nurseri menjual aksesori taman. Di beberapa jaan utama di sekitar Denpasar banyak nurseri-nurseri yang menjual aksesori bagi membina taman Bali.
Peminat taman berkonsepkan Bali berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi dengan beberapa elemen penting termasuk gazebo atau wakaf, kolam air dan aksesori taman. Apabila dah berminat dengan taman berkonsep taman Bali, seseorang itu mula memburu lampu-lampu taman bergaya Bali atau lampu tempel berbahan batu paras Jogja, serta batu-batu koral besar yang berkesan alami, serta ornamen patung dan arca berbentuk haiwan ataupun bunga kemboja, sebagai pelengkap sebuah taman Bali.
Kehadiran pintu kayu berukiran ala Bali dengan tiang kayu yang menyokong teduhan ke gazebo memberikan sudut pandangan berbeza. Hamparan rumput permaidani terpilih dengan reka letak kayu pemijak mengubah visual taman secara total. Reka letak pasu dengan tekstur menarik turut mewarnai segenap penjuru ruang taman selain memberikan kesan pemandangan menarik sepanjang masa. Berbekalkan rimbunan tanaman hijau, deruan kolam air berpancuran dan batu-batuan, pastinya lebih menarik. Kehadiran air berpancuran mencipta unsur bunyi semula jadi dan memberikan ketenangan.

Lampu taman gaya Bali ini biasanya dijual dengan harga Rp 100 ribu/unit, lampu tempel yang terbuat dari batu paras Jogja harganya boleh mencapai Rp 300 ribu/unit, sesuai dengan rekabentuk dan ukurannya. Sementara, ornamen patung dan arca khas taman gaya Bali harganya biasanya di antara Rp 50 ribu - Rp 300 ribu, bergantung rekabentuk dan ukurannya. Pot tanaman yang terbuat dari tanah liat dijual dengan harga Rp 30 ribu, tetapi ada juga yang mencapai Rp 300 ribu. Bangku taman pun sangat beragam jenis dan rekabentuknya. Untuk jenis standard yang dibuat dari besi tempa dan batu alam dengan ukuran 1 meter berharga Rp 200.000, bahkan ada yang seharga sampai RP 1 juta. Biasanya, material bangku taman dipilih dari bahan batu alam karena tahan cuaca, tahan panas matahari dan tahan hujan. Harga batu alam yang dijual bermula pada harga dari Rp 70 ribu - Rp 265 ribu per satuan dengan ukuran yang bervariasi mulai antara 10 x 10 cm persegi sampai 30 x 60 cm persegi.
No comments:
Post a Comment