Kami mengucapkan selamat mengerjakan ibadah puasa kepada semua umat Islam di Malaysia dan umat Islam di seluruh dunia. Selamat berpuasa.
Nabi Muhammad SAW menyebut yang bermaksud: Solat lima waktu,  solat Jumaat hingga solat Jumaat berikutnya dan Ramadan (puasa) hingga  Ramadan berikutnya adalah merupakan penebus dosa di antara selagi mana  dosa-dosa besar dijauhi. (riwayat Imam Muslim).
Puasa adalah  perisai buat membenteng diri daripada melakukan dosa dan menjauhi api  neraka. Nabi pernah berkata: "Puasa merupakan perisai daripada neraka  seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana  ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat". (Hadis Imam Ahmad  dan an-Nasai daripada sahabat Usman bin Abi al-As)
 

 
 
No comments:
Post a Comment