Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Monday, September 20, 2010

LANDSKAP LED DI i-CITY, SHAH ALAM (LED LANDSCAPE)

i-City terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Mudah nak sampai ke sana. Ikut sahaja papan penunjuk arah, insyaallah sampai. Elakkan melawat ke sana pada waktu pagi atau tengah hari atau petang. Pada waktu itu tak ada apa-apa, hanya panas terik matahari. Datanglah pada waktu malam. Barulah dapat apa yang kita cari-cari.

Di i-City, kita akan mengagumi keindahan pancaran cahaya LED yang membentuk sebuah taman seolah-olah taman fantasi. Landskap taman tema yang penuh keunikan bertambah cantik dan indah apabila kawasan tersebut diterangi pancaran cahaya LED berwarna-warni di merata tempat. Tidak rugi kita berkunjung ke taman tersebut dengan apa yang kita lihat dan nikmati yang dipersembahkan kepada kita. 

i-City bukan sekadar tempat pelancongan, ia lebih daripada itu. Ia kini merupakan sebuah kampus dan ia bakal menjadi pusat maklumat, pusat pertemuan golongan intelektual, usahawan serta pusat rujukan teknologi dan pusat pembelajaran kepada generasi muda pada masa akan datang. 

Setakat ini, 20 peratus projek i-City yang mula dibangunkan pada tahun 2008, telah dilaksanakan dan bakal siap sepenuhnya antara tahun 2015 hingga 2018. Pembangunan i-City yang meliputi taman tema, kini menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara terutamanya pada waktu malam kerana keindahan landskap lampu ED dan lot-lot kedai yang membentuk pusat perniagaan di kawasan tersebut. i-City telah menerima pengiktirafan sebagai pusat tarikan pelancong kerana keunikan reka bentuk dan taman temanya.


Mengapa kita perlu mengunjungi i-City?

  • Tempat yang cantik dan indah dengan pancaran cahaya berwarna-warni.
  • Tempat bersantai dan bersiar-siar bersama keluarga dan teman.
  • Tempat lokasi mengambil gambar bersama keindahan pancaran cahaya LED
  • Lokasi pelancongan terbaru yang lain daripada yang lain di Malaysia.
  • Melihat dan menghayati hasil seni yang unik dan berteknologi.
 



















3 comments:

  1. salam, mohon penggunaan nota untuk pembelajaran kursus...terima kasih banyak2 kerana telah mengupload nota2 ini dalam internet...
    saya doakan tuan/puan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu kerana sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat ini bersama dengan orang lain...
    dengan adenya nota ini saya dpt mempelajari landskap dan mengajarkan ke[pada orang lain..

    ReplyDelete
  2. akum.... saya nak baru mendapat tugasan betajk perlandskapan dan pengurusan nurseri...boleh saya minta pendapat cik berkaitan dengan apakah yang perlu saya masukkan kedalam tugasan saya itu....selain itu apa rujukan yang boleh saya guna kan berkaitan tajuk 2....ni email sya ... bielasyam8885@gmail.com...tank

    ReplyDelete