Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Wednesday, September 29, 2010

MAKNA DISEBALIK KECANTIKAN DAN KEINDAHAN BUNGA BERWARNA-WARNI

Mengapa bunga berwarna-warni?


Bunga memiliki pigmen, Bunga mempunyai berbagai macam warna. Kalau pada daun, pigmen yang dominan adalah klorofil. Zat ini menyebabkan warna hijau yang lebih dominan. Begitu juga dengan kelopak bunga. Selain pigmen, keadaan dan alam ikut mempengaruhi warna kelopak bunga. Contohnya seperti, cuaca, ketinggian aras muka bui dan suhu udara.

Bunga lambang kasih sayang.

Oleh kerana bunga yang berwarna warni itu sememangnya dipandang cantik, biasanya bunga dijadikan lambang kasih sayang. Bunga memang sinonim dengan simbol kasih saying. Sebenarnya bunga bukan hanya merupakan pengganti ungkapan cinta untuk seseorang. Ia lebih daripada itu. Makna dari sekuntum atau sebakul bunga mempunyai makna yang lebih luas. Antaranya sebagai tanda kasih sayang, permohonan pemaafan, dan tanda atas rasa simpati terhadap seseorang. Pada masa ini kebiasaan memberi bunga untuk menyampaikan rasa dan ekspresi ini sudah menjadi trend masa kini tanpa mengira sempadan bangsa walaupun pada mulanya ia dipelopori oleh masyarakat barat. Dalam hal yang berkaitan dengan cinta dan kasih sayang bungalah kuncinya. Oleh yang demikian setiap warna bunga memiliki maknanya masing-masing.

Manfaatkan kuasa warna bunga mengikut Feng Shui

Warna bunga menyimbolkan kuasa Yin atau Yang. Posisi tanaman dan padu-padan warna yang selaras di taman, akan mendatangkan keberuntungan dan kedamaian bagi penghuni rumah. Dengan kata lain feng shui adalah seni hidup di dalam harmoni dengan alam, agar memperoleh manfaat dari kekuatan untuk menciptakan kedamaian, dan kesejahteraan.

Kuasa Yang (aktif maskulin/positif) disimbolkan matahari dan warna-warna terang misanya merah, oren, dan kuning. Kuasa Yin (pasif feminin/negatif) disimbolkan bulan dan warna-warna lembut misalnya warna ungu, biru,dan hijau. Taman depan menyimbolkan kuasa Yang. Sementara taman belakang, adalah simbol kuasa Yin.

Jadi bagaimana memilih warna-warna bunga?. Oleh kerana taman depan mewakili kuasa Yang, sebaiknya ditanami bunga warna panas dan cerah misalnya oren, merah, dan kuning. Warna-warna itu dapat menyerap kuasa positif ke dalam rumah.Bunga-bunga seperti ini sememangnya memerlukan panas. Ia sesuai ditanam di depan yang banyak terkena sinar cahaya matahari.

Bagaimana pula warna bunga di di taman belakang? Untuk menciptakan kedamaian di taman belakang sebagai tempat relaksasi, pilihlan bunga warna Yin seperti biru, ungu yang menyejukkan, atau tanaman berdaun perak (silver). Jagalah agar varian warna bunga tetap simpel. Kalau ragam warnanya terlalu banyak, justru akan mengganggu keseimbangan aliran Kuasa..

Makna di sebalik warna-warni bunga

  • Bunga berwarna merah: Ini adalah bunga dengan warna yang paling lazim. Warna merah diartikan sebagai lambang kecantikan sekaligus kegairahan cinta. Merah memang warna yang paling berani dan terkesan kejam, tetapi untuk warna bunga justru kebalikannya, lebih melambangkan cinta yang mendalam.
  • Bunga berwarna putih: Putih melambangkan cinta secara rohani yang suci dan meneduhkan, bukan merupakan cinta badani yang penuh gairah . Di Jepun warna putih melambangkan duka cita. Lahir tradisi yang menjadikan mawar putih sebagai simbol kekuatan cinta yang tidak pernah mati.
  • Bunga berwarna kuning: Di Amerika Syarikat bunga berwarna kuning sering digunakan untuk mengungkapkan keakraban serta kesederhanaan,manakala di Britain warna ini bermakna simbol rasa cemburu.
  • Bunga berwarna pink: Ia merupakan ungkapan dari ekspresi rasa percaya. Pink pekat boleh diertikan sebagai rasa syukur, atau ucapan terima kasih. Sementara pink muda atau pucat boleh diertikan sebagai pernyataan simpati.
  • Bunga berwarna coklat: Warna ini memang mirip warna bebatuan. Apabila kita ingin mengenal seseorang lebih jauh, berikan saja bunga berwarna coklat ini.
  • Bunga berwarna oren: Sebagaimana terang dan hebatnya warna oren, warna ini juga mewakili sebuah pujian ataupun rasa terpesona pada seseorang.
  • Bunga berwarna ungu: Jangan pedulikan ungkapan, 'ungu si warna janda'. Bunga yang berwarna ungu justru mengungkapkan rasa kagum dan keterpikatan kepada seseorang.

Monday, September 20, 2010

LANDSKAP LED DI i-CITY, SHAH ALAM (LED LANDSCAPE)

i-City terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Mudah nak sampai ke sana. Ikut sahaja papan penunjuk arah, insyaallah sampai. Elakkan melawat ke sana pada waktu pagi atau tengah hari atau petang. Pada waktu itu tak ada apa-apa, hanya panas terik matahari. Datanglah pada waktu malam. Barulah dapat apa yang kita cari-cari.

Di i-City, kita akan mengagumi keindahan pancaran cahaya LED yang membentuk sebuah taman seolah-olah taman fantasi. Landskap taman tema yang penuh keunikan bertambah cantik dan indah apabila kawasan tersebut diterangi pancaran cahaya LED berwarna-warni di merata tempat. Tidak rugi kita berkunjung ke taman tersebut dengan apa yang kita lihat dan nikmati yang dipersembahkan kepada kita. 

i-City bukan sekadar tempat pelancongan, ia lebih daripada itu. Ia kini merupakan sebuah kampus dan ia bakal menjadi pusat maklumat, pusat pertemuan golongan intelektual, usahawan serta pusat rujukan teknologi dan pusat pembelajaran kepada generasi muda pada masa akan datang. 

Setakat ini, 20 peratus projek i-City yang mula dibangunkan pada tahun 2008, telah dilaksanakan dan bakal siap sepenuhnya antara tahun 2015 hingga 2018. Pembangunan i-City yang meliputi taman tema, kini menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negara terutamanya pada waktu malam kerana keindahan landskap lampu ED dan lot-lot kedai yang membentuk pusat perniagaan di kawasan tersebut. i-City telah menerima pengiktirafan sebagai pusat tarikan pelancong kerana keunikan reka bentuk dan taman temanya.


Mengapa kita perlu mengunjungi i-City?

  • Tempat yang cantik dan indah dengan pancaran cahaya berwarna-warni.
  • Tempat bersantai dan bersiar-siar bersama keluarga dan teman.
  • Tempat lokasi mengambil gambar bersama keindahan pancaran cahaya LED
  • Lokasi pelancongan terbaru yang lain daripada yang lain di Malaysia.
  • Melihat dan menghayati hasil seni yang unik dan berteknologi.
 



















Friday, September 10, 2010

Sunday, September 5, 2010

MAJALAH LAMAN IMPIANA - KANDUNGANNYA DIBUAT RUJUKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR LANDSKAP DAN NURSERI


Majalah Laman Impiana merupakan sebuah majalah berkonsepkan hiasan berbahasa Melayu yang diterbitkan dan ada di pasaran Malaysia. Ia diterbitkan secara dwi-bulanan. Laman Impiana merupakan sebuah majalah landskap dan taman yang khusus bagi menampilkan perkongsian idea dan inspirasi hiasan laman, khusus bagi pencita seni taman. Majalah ini diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, Malaysia.



Majalah yang padat diisi dengan artikel-artikel yang berkaitan dengan landskap dan taman disamping persembahannya yang penuh dengan gambar foto berwarna merangsang minda pelajar-pelajar untuk meminati bidang perlandskapan. Majalah ini telah kami gunakan untuk membantu pelajar-pelajar memahami dengan lebih jelas mengenai perlandskapan.


Beberapa komen mereka mengenai isi kandungan majalah ini:

Gambar-gambar landskap yang cantik.
  1. Dapat mengenal pasti reka bentuk dan pembinaan landskap yang sebenar.
  2. Dapat mengenal pasti konsep sesuatu taman.
  3. Dapat mengenal nama tumbuh-tumbuhan hiasan.
  4. Dapat mengenal aksesori taman.
  5. Dapat mengetahui cara membuat beberapa aksesori taman.
  6. Dapat mengetahui mengenai reka bentuk landskap (Solusi Reka).
  7. Pertanyaan - Mengapa tiada gambar foto reka bentuk atau artikel mengenai taman di kawasan perkampungan tradisional? (...yang ini editor Laman Impiana kena jawab).

Terima kasih Laman Impiana....

Di antara isi kandungan majalah ini yang amat berguna dan boleh dijadikan dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar-pelajar Landskap dan Nurseri ialah:

  1. Gaya Hias
  2. Container Garden
  3. Cantik Dipandang
  4. Idea Botani
  5. Klinik Laman
  6. Hortikultur
  7. Solusi Reka
  8. Taman Hebat
  9. Idea Kreatif
  10. Mebina Perabot/Aksesori Taman
  11. Do It Yourself (DIY)

Berikut adalah isi kandungan sukatan pelajaran mata pelajaran MPV Landskap dan Nurseri Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

1. Nurseri
1.1 Pengenalan
1.2 Tumbuhan Landskap
1.3 Pembiakan Tumbuhan - Pembiakan seks dan Pembiakan aseks
1.4 Bekas Tanaman dan medium penanaman
1.5 Penanaman dan Penyelenggaraan tanaman
1.6 Penubuhan Nurseri

2. Landskap
2.1 Jenis andskap
2.2 Pemilihan Tumbuhan Landskap
2.3 Proses mereka bentuk landskap
2.4 Pelaksanaan Landskap
2.5 Penyenggaraan kawasan landskap

3. Pengurusan dan Keusahawanan
3.1 Pengurusan tempat kerja
3.2 Keusahawanan

Berikut pula ialah kemahiran-kemahiran yang yang perlu dikuasai oleh pelajar-pelajar Landskap dan Nurseri dalam Modul Pentaksiran. Pelajar-pelajar mesti kompeten semua kemahiran ini:

KLN01 - Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan biji benih halus.
KLN02 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan biji benih kasar.
KLN 03 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan keratin batang.
KLN 04 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan keratin daun.
KLN 05 – Membiakkan tumbuhan hiasan secara tut (markot).
KLN 06 – Membiakkan tumbuhan hiasan secara cantuman.
KLN 07 – Membiakkan tumbuhan hiasan menggunakan organ penyimpanan.
KLN 08 – Membiakkan tumbuhan hiasan secara pembahagian rumpun.
KLN 09 – Menyediakan bekas dan medium penanaman.
KLN 10 – Menenam anak benih tumbuhan hiasan dalam beg politena.
KLN 11 – Menanam anak benih tumbuhan hiasan dalam pasu.
KLN 12 – Membuat inventori tapak dan analisis tapak.
KLN 13 – Melakar gambar rajah buih.
KLN 14 – Melukis pelan konsep.
KLN 15 – Melukis pelan induk.
KLN16 – Membina model reka bentul landskap.
KLN 17 – Menanam tumbuhan hiasan.
KLN 18 – Menanam rumput turf.
KLN 19 – Membina simen ferro
KLN 20 – Menyenggara kawasan landskap dan nurseri.
KLN 21 – Melaksanakan rancangan perniagaan.