Cool House yang saya lawati ini letaknya di National Orchid Garden dalam kawasan Singapore Botanic Garden. Rumah yang dibuat daripada kaca ini berhawa dingin dan bersesuaian dengan tumbuh-tumbuhan yang berhawa sejuk. Saya dapati orkid yang tumbuh di dahan-dahan pokok sememangnya cantik dan unik.
Cool House ini adalah rumah kaca untuk mempamerkan spesies orkid berhawa sejuk. Biasanya hutan di pergunungan kawasan tropika beriklim sejuk sepanjang tahun tanpa ada perubahan cuaca. Kawasan ini menerima banyak hujan kerana awan-awan terperangkap di kawasan pergunungan. Tanah, dahan dan ranting pokok-pokok selalunya diselaputi oleh lapisan lumut yang tebal.
Dalam Cool House ini ditanam dengan tumbuh-tumbuhan asal dari kawasan pergunungan Asia Tenggara yang berhawa sejuk seperti orkid, fern dan lumut. Pada dahan-dahan pokok tumbuhlah spesies orkid yang cantik dan menarik.
No comments:
Post a Comment