Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Monday, August 30, 2010

TEKNIK PENANAMAN PENUTUP BUMI

Teknik Menanam Penutup Bumi



 • Keluasan tapak ditandakan dengan tali dan kayu penanda. Gemburkan sedalam 0.3m. Biarkan selama seminggu.

• Taburkan campuran tanah atas dan baja organik atas tanah yang telah digembur.

• Tanaman ini boleh ditanam secara keratan atau pembahagian rumpun.

• Jika tanaman dari bekas polibeg, buat lubang, tanggalkan pembalut bebola akar, lalu masukkan bahan anaman dengan rimbunan daunnya pada paras permukaan tanah. Isikan lubang dengan tanah campuran, padatkan dan siram dengan air. Buat sungkupan.

Sunday, August 29, 2010

TEKNIK PENANAMAN POKOK RENEK

Teknik Penanaman Pokok Renek/Pokok Kecil


 • Langkah-langkah penanaman adalah sama seperti penanaman pokok utama tetapi saiz lubang adalah lebih kecil. (Gali lubang penanaman sama ada berbentuk U atau V. Dedahkan selama seminggu. Isi dengan tanah campuran 2 : 1 : 1 sehingga 5 – 7.5 cm lebih tinggi dari paras permukaan tanah. Biarkan selama seminggu. Selepas satu minggu, gali ¾ daripada lubang dan seterusnya masukkan bebola akar pokok ke dalam lubang. Ikat pokok pada kayu pancang di sisi bebola akar supaya pokok tegah dan tidak rebah. Masukkan tanah selebihnya dan padatkan sekeliling pokok).

Saiz lubang untuk menanam pokok renek:

 • Pokok renek saiz besar: 0.5m X 0.5m X 0.5m
• Pokok renek saiz sederhana: 0.3m X 0.3m X 0.3m
• Pokok renek saiz kecil: 0.2m X 0.2m X 0.2m

Wednesday, August 18, 2010

TEKNIK PENANAMAN POKOK UTAMA

Teknik Menanam Pokok Utama/Pokok Naungan/Pokok Besar




• Gali lubang penanaman berukuran 1 m X 1 m X 1 m sama ada berbentuk U atau V. Dedahkan selama seminggu.



• Isi lubang dengan tanah campuran 2 : 1 : 1 sehingga 5 – 7.5 cm lebih tinggi dari paras permukaan tanah. Biarkan selama seminggu.



• Selepas satu minggu, gali ¾ daripada lubang dan seterusnya masukkan bebola akar pokok ke dalam lubang. Ikat pokok pada kayu pancang di sisi bebola akar supaya pokok tegah dan tidak rebah. Jaraknya antara 0.5 – 0.9m. Masukkan tanah selebihnya dan padatkan sekeliling pokok.

Wednesday, August 11, 2010

COOL HOUSE (RUMAH SEJUK) UNTUK ORKID BERHAWA SEJUK

Cool House yang saya lawati ini letaknya di National Orchid Garden dalam kawasan Singapore Botanic Garden. Rumah yang dibuat daripada kaca ini berhawa dingin dan bersesuaian dengan tumbuh-tumbuhan yang berhawa sejuk. Saya dapati orkid yang tumbuh di dahan-dahan pokok sememangnya cantik dan unik.

Cool House ini adalah rumah kaca untuk mempamerkan spesies orkid berhawa sejuk. Biasanya hutan di pergunungan kawasan tropika beriklim sejuk sepanjang tahun tanpa ada perubahan cuaca. Kawasan ini menerima banyak hujan kerana awan-awan terperangkap di kawasan pergunungan. Tanah, dahan dan ranting pokok-pokok selalunya diselaputi oleh lapisan lumut yang tebal.

Dalam Cool House ini ditanam dengan tumbuh-tumbuhan asal dari kawasan pergunungan Asia Tenggara yang berhawa sejuk seperti orkid, fern dan lumut. Pada dahan-dahan pokok tumbuhlah spesies orkid yang cantik dan menarik.