Taman Rekreasi Awam Rambah terletak di kuala Sungai Rambah, Kampung Rambah, di daerah Pontian. Tak jauh dari rumah saya dan tak jauh dari SMK Telok Kerang. Jaraknya adalah lebih kurang 3 kilometer sahaja.
Di barat taman ini ialah Selat Melaka, di selatannya ialah Kampung Parit Bilal Laut, dan di utaranya pula ialah Kampung Rambah. Ia terletak di kuala Sungai Rambah di tepi laut Selat Melaka. Sungai Rambah membelah dan membahagi Kampung Rambah. Jarak taman ini dari bandar Pontian hanya lebih kurang 10 km arah ke selatan (Kukup). Apabila sampai di jambatan Sungai Rambah, belok ke kanan menghala ke barat. Taman ini terletak lebih kurang 500 meter dari jalan besar Pontian-Kukup.
Dulu kawasan ini hanya hutan paya bakau dan hutan nipah. Pantainya tidak ada pasir langsung, yang ada adalah selut kelodak kukup liat. Yang banyak di sini ketam dan belangkas. Sungainya bengkang-bengkok dan sempit. Sungai lurus yang ada sekarang adalah projek Pembangunan Saliran Rancangan Johor Barat pada tahun 1974 dulu.
Tak sangka kawasan yang dulunya belantara kini
Apa yang istimewanya di taman ini?
Yang pertama ialah taman ini sememangnya cantik! Yang keduanya ialah pemandangan
No comments:
Post a Comment