Assalamu'alaikum dan salam sejahtera..........Selamat datang ke blog Mekarharum, Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri, SMK Telok Kerang, Pontian, Johor..........Indahkan kawasan tempat kediaman kita dengan landskap yang cantik dan menarik

Friday, August 30, 2013

PELAJAR LANDSKAP MENYERIKAN SEKOLAH DENGAN MEWUJUDKAN PENCAHAYAAN YANG INDAH

Cantik, indah dan berwarna-warni. Inilah hasil usaha 8 pelajar Tingkatan 4 Landskap yang bersama-sama membantu Cikgu Hasan Kasmuri dan Abang Roslee Abd Khair untuk mewujudkan pencahayaan berwarna-warni di kawasan sekolah pada malam sambutan kemerdekaan Malaysia ke-56. 

Oleh kerana sekolah kitorang masuk pertandingan keceriaan, pencahayaan dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat daerah Pontian, maka itu yang menambah semangat kami untuk melakukan yang terbaik. Seramai 8 orang pelajar itu ditugaskan untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut. Lampu-lampu diletakkan di sudut-sudut tertentu untuk memberi impak dan penojolan kawasan sekolah.

Terima kasih semua....


















Monday, August 26, 2013

PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 4 LANDSKAP BERSUNGGUH MEMBANTU MENYEMARAKKAN KIBARAN JALUR GEMILANG SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-56

Hari ini pelajar-pelajar Tingkatan 4 Landskap di bawah kelolaan Cikgu Hasan b Kasmuri bertungkus-lumus mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah. Mereka di bantu oleh Abang Roslee mengibarkan Jalur Gemilang dan memasang lampu untuk pencahayaan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-56.

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan, manakala September merupakan hari Malaysia. Negara  kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, manakala penubuhan Malaysia pula ialah pada 16 September 1963. Ini bermakna pada tahun ini kita menyambut hari kemerdekaan negara ke-56 dan hari Malaysia yang ke-50.

Antara aktiviti atau amalan yang boleh dikatakan sinonim dengan sambutan bulan kemerdekaan  ialah aktiviti kibar ‘Jalur Gemilang’, iaitu bendera rasmi negara. Bendera melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan sesebuah negara. Ia juga memiliki makna ideologi bagi negara itu.

Sudah sewajarnya di seluruh pelosok tanah air, pada saat bulan kemerdekaan ini mengibarkan Jalur Gemilang di premis-premis bangunan, kediaman dan kenderaan. Apatah lagi jika ia dilakukan dengan penuh penghayatan terhadap erti sebuah kemerdekaan. Oleh itu, tradisi mengibarkan bendera kemegahan negara pada bulan kemerdekaan tidak seharusnya luntur dari sanubari rakyat negara ini.














Thursday, August 1, 2013

SENI PANCURAN AIR HIASI TAMAN ISLAM

Di beri gambaran bahawa syurga yang akan menjadi tempat tinggal bagi orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT terdapat satu ciri persamaan yang berulang kali disebut iaitu taman-taman syurga mempunyai sungai atau mata air. Air yang mengalir adalah ciri utama yang menjadi tarikan dalam gambaran syurga di dalam al-Quran. Ia memberi gambaran keindahan dan kedamaian. Gambaran ini telah menjadi inspirasi kepada para pemerintah Islam dalam membina taman-taman yang mempunyai konsep keislaman dalam empayar mereka.


Fungsi taman dalam empayar Islam mungkin berbeza dengan fungsi taman pada hari ini. Taman sewaktu zaman pemerintahan Islam sering dinaungi oleh pemerintah Islam yang mempunyai pelbagai gelaran seperti khalifah, sultan, maharaja dan raja.

Air adalah salah satu sumber alam semulajadi yang penting dalam kehidupan manusia. Air juga sering dikaitkan dengan sifat yang nyaman dan menyejukkan. Dalam seni rekaan taman Islam, elemen air banyak digunakan dalam menghiasi kediaman, istana dan juga taman-taman diraja. Pancuran air mendapat perhatian istimewa dalam rekaan taman dan kediaman masyarakat Islam.


Ayat-ayat al-Quran yang memberi gambaran mengenai syurga juga menjadi inspirasi kepada pereka Islam dalam menyusun atur seni hiasan taman dan mereka seni pancuran air yang menarik dengan mengambil kira keluasan kawasan dan fungsi yang akan dimainkan oleh pancuran air yang akan dibuat. Ia bukan tugas mudah.

Taman dibina bukan semata-mata untuk bersuka ria. Taman dalam empayar Islam adalah tempat koleksi tumbuhan diraja. Sekali gus menjadikannya tempat kajian ahli sains dan botani diraja mengenai sifat dan kegunaan tumbuhan yang ditanam. Selain bunga-bungaan, ia juga mempunyai pohon buah-buahan dan juga herba. Kajian itu kemudiannya akan digunakan dalam beberapa bidang yang lain seperti perubatan.


Oleh itu, elemen air yang ada di dalam taman mempunyai dua fungsi iaitu sebagai hiasan dan sumber air bagi tanaman di dalam taman. Pancuran air dalam taman Islam selalunya berpunca daripada sumber air semula jadi seperti sungai atau mata air. Ini boleh dilihat dengan jelas dalam rekaan taman di bawah pemerintahan empayar Mughal di India, Safavid di Iran, Mamluk di Syria dan Umaiyah di Sepanyol.

Sumber semulajadi seperti mata air penting kerana ia lebih efektif dalam bekalan air berbanding kolam buatan terutamanya sewaktu musim kemarau. Bekalan air daripada sumber semulajadi ini kemudiannya disalurkan di seluruh taman dengan rekaan kolam air yang dilengkapi pancuran air.



Kolam pancuran sering menjadi titik fokus dalam rekaan taman Islam. Ia diletakkan di bahagian tengah taman yang dilihat sebagai pembahagi keseluruhan susun atur taman.

Terdapat beberapa rekaan asas pancuran air yang sering digunakan iaitu rekaan kolam air yang besar bagi taman diraja yang luas dan kolam pancuran yang kecil bagi taman di dalam kediaman dan istana. Bagi kolam dan pancuran air di dalam tempat kediaman seperti di istana ia dapat menyejukkan suasana di dalam kediaman tersebut.

Sewaktu zaman pemerintahan Kerajaan Mughal di India, salah seorang maharajanya iaitu Jahangir telah membina beberapa taman diraja di dalam empayarnya. Salah sebuah taman yang dibina beliau adalah Shalimar Bagh yang terletak di Kashmir. Ia merupakan hadiah buat permaisuri baginda yang amat dikasihi iaitu Nur Jahan.

Sunday, July 21, 2013

PANCURAN AIR TAMAN DI SMK TELOK KERANG MENGGUNAKAN TENAGA SOLAR

Ianya satu projek yang boleh dikatakan inovatif dan kreatif. Malahan ia juga satu idea yang bagus. Pancuran air di taman dijana dengan menggunakan tenaga solar tidak seperti kebiasaannya yang menggunakan elektrik. Projek menaiktaraf kolam dan air terjun simen ferro yang terletak di tepi gelanggang bola tampar ini diideakan oleh Cikgu Hirmanazif dan Cikgu Hasan Kasmuri. Semua peralatan penjanaan solar ini disumbangkan oleh Caltex Malaysia melalui programnya Caltex Fuel Your School. Terima kasih kami ucapkan kepada Caltex Malaysia.

Tenaga solar ini sebenarnya tenaga asli, dalam erti kata lain sebagai pengganti tenaga elektrik dan sekaligus mengurangkan bil elektrik. Tenaga solar merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Punca tenaga utama bagi tenaga solar adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga solar dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran matahari dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi.

Bagi mendapatkan tenaga solar sebagai sumber tenaga pelbagai kaedah telah digunakan. Antaranya ialah kaedah plat (panel) pengumpul mendatar. Pengumpul jenis ini popular digunakan bagi pemanasan ruang yang besar-besaran ataupun secara kecil- kecilan.

Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga matahari setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga solar secara maksimum. Pada masa ini, tenaga solar boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul penumpu. Dengan menggunakan kaedah ini, ia dapat menghasilkan suhu yang sangat tinggi untuk menghasilkan tenaga.

Salah satu kebaikan tenaga alternatif ini adalah mesra alam. Hal ini adalah kerana kadar pencemaran yang berlaku adalah rendah berbanding dengan pengunaan sumber tenaga yang lain. Selain daripada dapat menjana tenaga dengan lebih efektif sifat tenaga alternatif yang mesra alam ini mendorong banyak negara untuk memproses tenaga alternatif sebagai sumber tenaga utama negara mereka.













Saturday, July 6, 2013

ORKID PERGUNUNGAN DIKOTARAYA

Orkid dan tumbuhan pergunungan berhawa sederhana ini sebenarnya berada di kotaraya Singapura. Lebih tepat ia terletak di Singapore Botanic Gardens. Pertumbuhannya yang memerlukan suhu sederhana di kawasan pergunungan tropika dikawal dan disesuaikan kedinginannya apabila ia ditanam di kawasan rumah kaca.